[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Alhamdulillah, sekali lagi saya berkesempatan ke Masjid As-Sahabi Abi Waqqas pada hari ketiga di Guangzhou. Sebelum ini kami datang waktu lewat petang membawa ke malam, tak banyak yang dapat diperhatikan apabila keadaan mulai gelap. Entrinya DI SINI.
Kali ini kami datang waktu tengah hari. Tetapi keadaan di Guangzhou ketika itu sedikit mendung dan basah selepas hujan, jadinya foto-foto yang dirakam agak gelap.
Catatan bahagian kedua ini saya fokus pada keindahan lanskap taman di persekitaran masjid dan bahagian makam yang terdapat di dalam kompleks masjid ini.
⏵ KEINDAHAN LANSKAP TAMAN
Kami masuk ikut South Gate, sama seperti sewaktu kali pertama ke sini kelmarin.
Laluan pejalan kaki menuju ke masjid. Seronok melayan mata memerhatikan pokok-pokok di sini, semuanya kelihatan segar selepas disimbahi hujan pagi tadi.
Eh, jumpa budak comel ni sekali lagi. Lucu tengok gaya kakinya 😆
Terdapat laluan kecil untuk kita jalan-jalan menikmati kehijauan alam di sini.
Saya tertarik dengan pokok buluh ni. Tak tinggi, tapi cantik merimbun. Entah spesis apa.
Unik rupa pokok ni - ada ruangan di tengahnya. Nampak macam spesis pokok Ara.
Bunga-bunga warna merah yang menambah seri taman.
Saya pandang ke atas, eh…ada buah bergantungan. Saiznya besar macam buah limau bali, warna kuning kehijauan.
⏵ MAKAM SAAD BIN ABI WAQQAS DAN PARA SAHABAT
Masjid As-Sahabi Abi Waqqas bukan sahaja terkenal kerana ia merupakan masjid terbesar di Guangzhou, tetapi turut dikenali kerana di sini dikatakan terletaknya makam sahabat Nabi SAW iaitu Saad bin Abi Waqqas.
Beliau ialah sahabat Nabi SAW yang terawal menerima Islam. Beliau juga merupakan komander yang telah membawa agama Islam ke negara China.
Makam Saad bin Abi Waqqas | Ada pendapat yang mengatakan makam beliau terletak di Guangzhou, ada juga pendapat mengatakan makam beliau terletak di Madinah. Apa pun, ia bukanlah isu besar. Paling penting - kita ambil tahu sumbangan beliau, menghargai usaha serta pengorbanan beliau dalam menyebarkan Islam dan mengambil semangat perjuangan beliau dalam menegakkan agama Allah.
Ketika kunjungan saya ke masjid ini, berlaku sedikit kekeliruan berkenaan kedudukan makam. Maklumlah, ini trip mengejut jadinya saya tak mengatur itinerari dan tak membuat carian terperinci. Sewaktu tiba di sini, saya memerhati sekitar dan terpandang binaan kubur di suatu sudut.
Pintu gerbang di kawasan perkuburan. Saya sebut kawasan perkuburan sebab ada lebih kurang 10 buah binaan kubur di sini.
Saya tak masuk melepasi pintu gerbang, sekadar merakam foto dari luar pintu gerbang.
Perhatikan bentuk susunan binaan kubur di sini, unik. Mungkin ada maksud disebaliknya.
Ini pula binaan kubur yang terletak di bahagian sisi. Hasil menggunakan Google Lens, tertera terjemahan tulisan yang menyatakan ‘rebuilt in May 1998’ pada binaan yang terdapat simbol bulan bintang. Perkataan lain gagal diterjemahkan - sama ada gagal diterjemahkan dengan perkataan yang sesuai dengan kuburan atau tiada sebarang terjemahan - mungkin kerana menggunakan bahasa lama.
Saya minta bantuan kawan Encik Suami - orang Cina Malaysia bagi menterjemahkan info pada batu kecil di sudut hadapan kuburan. Ringkasnya, ini ialah kuburan para tentera pada zaman dahulu.
Jadinya, di mana kedudukan makam yang dikatakan milik Saad bin Abi Waqqas? Pada masa sama, saya nampak ada sebuah bangunan dengan pintu kecil berhampiran kuburan ini. Tapi saya tak pergi masuk melihat-lihat kerana menyangka entah bangunan apa. Rupa-rupanya, di situlah letaknya makam tersebut. Saya hanya mengetahui selepas beredar dari masjid, selepas membuat carian internet 😄
Aduhai…saya rasa sedikit terkilan sebab dah sampai tempatnya tapi tak pergi ke kawasan makam tersebut. Apa pun, dari awal memang niat saya cuma nak ziarah/solat di masjid. Ziarah ke makam hanyalah sampingan.
⏵ AZAN ZOHOR DAN SOLAT JEMAAH LEWAT DARI WAKTUNYA
Saya selit sedikit pengalaman waktu solat Zohor di sini. Masuk waktu solat Zohor pada pukul 12.20 tengah hari, tetapi azan dan solat jemaah dilakukan pada pukul 1.30 tengah hari. Ini berbeza dengan pengalaman waktu solat Maghrib sebelum ini yang dilakukan tepat pada masanya.
Carian saya mendapati, azan dan solat jemaah dilakukan lewat dari masuk waktu Zohor kerana mengikut kesesuaian waktu rehat orang bekerja. Ia juga merupakan amalan biasa di negara-negara bukan Islam - azan dan solat jemaah dilakukan ikut kesesuaian waktu di mana ramai jemaah boleh hadir ke masjid. Satu pengalaman baru buat saya.
Sebelum beredar, saya dan Encik Suami berfoto kenangan di hadapan Masjid As-Sahabi Abi Waqqas.
Video pendek - laungan azan Zohor di bumi Guangzhou.
.
Nak ke negara China ni senang kalau faham bahasa cina. Saya ke Beijing dulu susah nak berinteraksi dengan orang Cina Beijing. Nak ke Great Wall pun saya naik tour dgn orang cina sana kemudian translation semua in english tak ada. Kita ke tempat sana tengok permandangan je lah. Lain2 tak faham.
ReplyDeleteBetul, mujur sekarang ada Google Translate mudahlah berbanding dulu.
DeletePernah sampai sini tahun 2019.
ReplyDeleteRedup dan nyaman suasana sekitar, penuh kehijauan.
Banyak versi tentang makan Saad bin Abi Waqqas.
Suasana masjid masih sama macam dulu ya kak.
DeleteWalaupun tak pasti tu makam siapa, kita tetap kenang dan ambil semangat juang Saad bin Abi Waqqas.
Sejuk mata memandang... hijau je pokok-pokok walaupun nampak berlumut sana-sini
ReplyDeleteBinaan konkrit, itu yang mudah berlumut.
Deletepengalaman baru..Alhamdulillah, dapat jejak kaki ke sana..walaupun kuburan dan pintu gerbang nampak lama, tapi tetap terjaga...
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat pengalaman baru berkunjung ke sini.
DeleteKehijauan
ReplyDeletesubhanaullah sejukk mata memandang
Alhamdulillah...memang sejuk mata dan jadi tenang jiwa saya.
DeleteSama di Vietnam, solat Zohor berjemaah dan solat Jumaat ikut lunch hour.
ReplyDeletePokok buluh tu cantik sebab tak tinggi.
Best nya trip ni, moga kami sampai nanti Insyaa Allah.
Oo..betullah itu amalan biasa di negara bukan Islam.
DeleteMoga kak Mulan sekeluarga sampai sini nanti.
Seronoknya masjid dikelilingi kehijauan pokok² begini... Tenang dan sejuk.
ReplyDeleteBaru tahu juga akan waktu Azan tu
Pengalaman baru juga buat kami 😀
DeleteMula-mula rasa pelik kenapa baru azan, padahal kami sampai dah lewat dari masuk waktu. Rupa-rupanya...
Boleh pula lewat azan. Hehe kalau ada orang solat Zohor sebelum azan takde masalahkan?
ReplyDeleteBolehlah sebab memang dah masuk waktu kan…hehe.
DeleteAzan tu cuma panggilan untuk berkumpul solat jemaah.