[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Alhamdulillah saya dan Encik Suami berpeluang menziarahi Masjid Huaisheng - masjid tertua di China ini buat kali kedua. Kunjungan kali ini lebih bermakna kerana lebih banyak perkara yang dapat kami lihat dan perhatikan berbanding ketika kunjungan tahun 2015 dahulu. Foto-foto kali ini juga lebih banyak dan lebih jelas berbanding sebelumnya. Baca catatan kunjungan pertama kami di entri INI.
The Huaisheng Mosque (Chinese: 广州怀圣寺) also known as the Lighthouse Mosque and the Great Mosque of Canton is the main mosque of Guangzhou. Rebuilt many times over its history, it is traditionally thought to have been originally built over 1,300 years ago, which would make it one of the oldest mosques in the world. [sumber info dan bacaan lanjut berkenaan Masjid Huaisheng di wikipedia.org]
Pandangan hadapan Masjid Huaisheng yang terletak di Jalan Guangta. Jika dahulu, kami tercari-cari mana satu masjidnya sebab reka bentuknya tak seperti masjid di tempat kita. Tapi sekarang lebih mudah kerana sudah ada papan tanda besar tertera ‘Huaisheng Mosque’ di jalan (lihat foto di entri INI). Tanda paling mudah untuk kita kenal pasti masjid ini adalah dengan memerhatikan rumah api bercat putih yang tersergam di dalam kawasan masjid.
Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Satu lagi perubahan - Masjid Huaisheng kini diwartakan sebagai ‘Maritime Silk Road (Guangzhou) Cultural Heritage Sites’. Masjid ini boleh dikunjungi oleh sesiapa, tidak terhad kepada pengunjung Muslim sahaja.
Pintu hadapan masjid.
Di pintu seterusnya, terdapat notis makluman buat para pengunjung - ‘do and don’t’. Saya gunakan Google Lens bagi memahami notis makluman ini. Antaranya - perlu berpakaian sopan dan masjid ini tidak dibuka kepada umum pada hari Jumaat.
Carta organisasi di atas pula saya lihat di salah satu dinding bangunan di sini. Salah seorang daripada mereka iaitu lelaki dengan foto di barisan bawah kedudukan tengah, menyapa saya dengan pertanyaan - “Malaysia?”. Dua kali ke sini, dua kali juga kami disapa dengan pertanyaan yang sama 😀
Setelah melewati beberapa pintu, kami tiba di perkarangan Masjid Huaisheng. Bagaikan berada di sebuah taman, tempat ini cantik dengan lanskap tanaman yang dijaga rapi.
Masjid Huaisheng begitu mempesona dengan seni bina bercirikan tradisional Cina.
Pintu utama masjid. Pengunjung bukan Muslim tidak dibenarkan masuk ke ruang solat. Di sini dan beberapa tempat lain ada disediakan tabung derma - hulurkan derma bagi penyelenggaraan masjid dan perkembangan agama Islam di sini.
Suasana di dalam masjid. Ruang solat muslimah dipisahkan dengan tabir warna hijau. Terdapat sebuah pintu di bahagian belakang untuk ke ruang solat muslimah.
Dekorasi ringkas bercirikan budaya Cina dan seni Islam.
Dengan menggunakan Google Lens, saya cuba membaca tulisan di tiang besar di hadapan pintu utama masjid. Tapi hasil terjemahannya agak mengelirukan dan berubah-ubah 😄
Kami berada di sini sekitar pukul 3.30 petang, di luar waktu solat jemaah. Ruang dalam masjid lengang. Di sekitar kawasan masjid pula kelihatan kumpulan kecil pelawat (menurut pemerhatian saya mereka bukan Muslim) sedang melakukan lawatan.
Kelihatan juga seorang petugas lelaki sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Saya menghampiri petugas lelaki tersebut, memberi salam dan menghulurkan skrin dengan paparan Google Translate - bertanyakan di mana tempat wuduk lelaki. Petugas lelaki tersebut terus menunjukkan tangannya ke suatu arah. Saya cuba berbahasa Cina dengan mengucapkan xièxie - terima kasih 😀
Kawasan masjid ini merupakan sebuah kompleks dengan beberapa bangunan di sekelilingnya. Bangunan yang menempatkan tandas/tempat wuduk berada pada kedudukan terpisah daripada bangunan masjid. Saya masih ingat kedudukan tandas/tempat wuduk perempuan, tetapi Encik Suami sudah lupa di bangunan mana satu letaknya tandas/tempat wuduk lelaki. Tiada sebarang papan tanda arah.
Selesai menunaikan solat, kami menuju ke ruang pameran yang berada pada kedudukan yang agak tersorok - di bahagian belakang berhampiran pintu masuk ruang solat muslimah.
Ruang pameran ini menempatkan catatan sejarah berkenaan masjid serta perkembangan agama Islam di China dan aktiviti-aktiviti yang telah pihak masjid lakukan. Semasa kunjungan terdahulu, tempat ini tidak dibuka untuk lawatan.
Semuanya dalam bahasa Cina, perlu bantuan Google Lens untuk memahami catatan di sini. Hasil pembacaan - ada perkara yang membanggakan melihat perkembangan agama Islam di bumi China dan ada perkara yang membuatkan kami insaf serta menghargai hidup sebagai Muslim di Malaysia.
Jom sambung jalan-jalan di sekitar kawasan masjid…
Telaga yang dikatakan wujud sejak zaman dahulu. Kami cuba mengepam air, tapi nampaknya pam tersebut tak berfungsi.
Antara pohon besar yang terdapat di sini. Pohon tua ini nampaknya dijaga dengan baik, tiang konkrit dibina bagi menyangga dahannya.
Sudut fotografi yang menarik - pintu gerbang bercirikan tradisional Cina dengan latar rumah api.
Kami melewati pintu gerbang berbentuk bulatan menuju ke kawasan yang menempatkan rumah api. Deretan kata-kata hikmah atau kata-kata nasihat menghiasi dinding.
Menara berbentuk silinder dengan ketinggian 35.46 meter berdiri disamping bendera negara China - menyimpan sejarah Guangzhou yang dikatakan menjadi pintu gerbang awal penyebaran agama Islam di negara China.
Pada mulanya menara ini adalah untuk muazin berazan menandakan masuknya waktu solat bagi umat Islam. Apabila mendengar suara azan tersebut, orang-orang Islam yang berada di sekitar kawasan tersebut akan datang beramai-ramai untuk mengerjakan solat. Pada ketika itu, menara ini terletak betul-betul di tebing Sungai Mutiara (Zhu Jiang), iaitu berdekatan dengan pelabuhan utama yang sibuk dengan kapal dagang dari berbagai pelosok dunia. Biasanya, pada sebelah malam, lampu di puncak menara akan dipasang untuk membantu kapal-kapal yang lalu. Sebab itulah menara ini kemudiannya dinamakan Masjid Rumah Api. [sumber info : malay.cri.cn]
Video pendek memaparkan suasana di perkarangan Masjid Huaisheng.
Lawatan kami di masjid tertua di China dan antara yang tertua di dunia berakhir di sini. Kami kemudiannya berjalan kaki melewati deretan kedai dan lorong kawasan rumah penduduk menuju ke stesen Metro terdekat, iaitu Stesen Ximenkou untuk ke destinasi seterusnya. Kami nak melunaskan hasrat yang tak kesampaian pada kunjungan terdahulu.
Subhanaullah
ReplyDeleteKeindahan Rumah Allah
Menarik kan...
DeleteCantik senibina masjid. Semua dijaga tapi, bersih kemas. Landscape, luar dan dalam masjid. Thanks for sharing. Moga dapat ke sana nanti.
ReplyDeleteSama-sama 😊
DeleteAamin...
Seronok sangat kalau jalan-jalan ke negara orang apabila terjumpa masjid.
ReplyDeleteTerasa betul hubungan saudara seagama.
Alhamdulillah.
Betul, lagi pulak bila kita berada di negara bukan Islam.
DeleteSaya tuh suka dengan bentuk-bentuk bangunan di China..atap dan tiangnya unik,punya ciri khas tersendiri.
ReplyDeleteSangat unik dan menarik.
DeleteMbak, saya suka sekali memandang foto-foto masjid ini. Dari mulai bangunan masjid nya yang khas mirip kelenteng, bagian dalamnya yang tertata baik, halamannya yang hijau asri dan ada juga ruang pameran...luar biasa indah masjid ini.
ReplyDeleteBersyukur Mbak pernah mengunjunginya. Saya membaca tulisan Mbak ini rasanya decak kagum tak habis-habisnya.
Salam,
Masjidnya bercirikan budaya Cina, maka jadi mirip tokong Cina (kelenteng).
DeleteIya...Alhamdulillah, suatu pengalaman yang menarik dapat ke sini.
Wah, 1300 tahun yg dulu Islam dah sampai ke bumi China. Cantik dan aman je suasana dalam masjid tu. Alhamdulillah kak Ujie & suami dah direzekikan sampai ke masjid tertua di China. Harap2 saya pun dapat sampai ke sana jugak 😊
ReplyDeleteAwal Islam sampai di China kan..
DeleteAamin..moga ada rezeki Carneyz sekeluarga nanti.
cantik masjid nya..tertua ye di china
ReplyDeleteMenurut fakta sejarah, gitulah...ini yang tertua di China.
DeleteNampak bersih dan sangat terjaga persekitaran masjid ni alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah memang nampak dijaga baik.
Deletemasjid bersejarah alam sekitar indah menghijau
ReplyDeleteMacam ayat slogan pulak ya...hehe
DeleteUniknya masjid macam ni... nak nak menara dia tu
ReplyDeleteSebab keunikan ada menara tu, masjid ni jugak dikenali sebagai masjid rumah api.
Deletenampak cantik bersih terjaga masjidnya. lawa pula akar pokok tu
ReplyDeleteSaya pun tertarik dengan akar pokok tu. Macam arca seni indah 😀
DeleteNak kena cuba guna google lens pula nanti :)
ReplyDeleteSangat berguna bila berada di negara asing 😀
DeleteMenarik dengan lanskap cantik. Teringat bila tengok cerita kungfu, mesti ada satu kawasan rumah/binaan besar dengan kawasan luas di depannya . Mungkin kebanyakan tempat belajar atau insitusi keagamaan di China berbentuk begitu kot.
ReplyDeleteEhh betullah!
DeleteMemang ginilah suasananya 😁
Pokok-pokoknya memang dijaga dan dibentuk macam pokok bonzai!
ReplyDeleteAda menara api lagi.
Pokok dapat kekal saiz sederhana bila buat bonsai. Agaknya itulah cara mereka nak kekalkan pokok lama/tua. Cantik!
DeleteMenarik seni binanya. Tapi menaranya tak nampak seperti pagoda pulak..
ReplyDeleteMenara dah wujud sejak zaman dahulu kala, mungkin masa tu ia dibuat tak ikut senibina Cina.
Deletesuka pula sy tgk khat deco dlm masjid ni. cantikkk
ReplyDeletepokok tu dah mcm bonsai gergasi daa👍👍👍
Menarik kan!
Deleteyap tak dinafikan!
DeleteWalau pun masjid, seni binaan china tetap diutamakan
ReplyDeleteNampak harmoni begini dan unik.
Deletekalau dekat tempat kita tak ada papan tanda tengok rekabentuk macam ni takut nak masuk...terima kasih kak ujie bawa saya jalan2 tengok senibina Islam China ,nak pergi sendiri ntah bila
ReplyDeleteSama-sama Afzan 😊
DeleteSeronoknya dapat kembali semula ke tempat yang kita pernah pergi setelah bertahun lamanya. Bagus sekarang dah ada signboard. Unik seni bina masjid ni dengan adanya elemen China. Landksapnya macam taman Jepun. Bagusnya mereka dengar azan je terus ke masjid.
ReplyDeleteCantik persekitaran masjid ni.
ReplyDeleteOh terjawab kenapa dinamakan mesjid rumah api. Takjub saya pas baca ini dibangun kurang lebih 1300 tahun yg lalu. 😱😱😱.
ReplyDeleteMercusuar nya pula dulu ada di tebing sungai mutiara yaa. Kalo baca sejarah seperti ini, rasanya imagine kalo bisa balik ke masa dulu, melihat kejayaan dan bentuk awal dari mesjid ini. ❤️❤️
Pokok tua tu siap ada tiang konkrit bermakna dan bersejarah betul shingga dibjaga sebegitu rupa.. suka dgn suasana di perkarangan masjid ini.. pam air tu tak berfungsi atau ada teknik lain hahaha :D
ReplyDeleteMasa kami pergi Masjid tertua ni tengah banyak renovation tapi merasa la solat Zohor kat sini...suka tengok gambar2 ni..dah cantik betul..kalau la dapat berkunjung ke Guangzhou lagi..kan best..
ReplyDelete