[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Selepas mengunjungi masjid tertua di China iaitu Masjid Huaisheng, saya dan Encik Suami menuju ke sebuah lagi masjid yang terdapat di Guangzhou. Kami ke masjid terbesar di Guangzhou, juga paling besar di wilayah Guangdong (Guangzhou merupakan ibu negeri bagi wilayah Guangdong) iaitu Masjid As-Sahabi Abi Waqqas.
Semasa kali pertama ke Guangzhou, kami gagal menemukan lokasi masjid ini. Kali ini saya berharap dapat melunaskan hasrat yang tak kesampaian pada kunjungan terdahulu. Alhamdulillah rupa-rupanya bukan sekali, malah saya berkesempatan ke masjid ini sebanyak dua kali pada hari berbeza 😊
Catatan berkenaan masjid ini saya buat dua entri kerana kami datang pada dua waktu berbeza - lewat petang membawa ke malam dan waktu tengah hari.
CARA KE MASJID AS-SAHABI ABI WAQQAS
Dari Stesen Ximenkou di Line 1, kami menaiki Metro ke Stesen Yuexiu Park di Line 2 dengan kadar tambang 2 yuan / seorang. Sampai di stesen, keliru pulak nak keluar ikut pintu mana satu untuk ke masjid. Kami keluar ikut pintu yang salah. Berkerut kening memerhati sana sini dan berfikir mana satu arah nak dituju. Masa ni pulak gerimis halus mulai membasahi bumi.
Pendek cerita, kami akhirnya berjaya sampai di lokasi yang dicari. Jika naik Metro macam kami, begini caranya :
Community Police Station. Foto dirakam sewaktu dalam perjalanan balik. |
Keluar melalui Pintu B2 di Stesen Yuexiu Park. Sebaik saja keluar, kita boleh nampak bangunan dengan seni bina bercirikan tradisional Cina iaitu Community Police Station. Ia terletak bersebelahan dengan Canton Orchid Garden.
Teruskan berjalan menuju ke arah bangunan tersebut yang terletak di lorong pertama yang kita temui. Kemudian ambil arah ke kiri. Teruskan berjalan sehingga ke penghujung lorong. Pintu masuk masjid terletak di sebelah kanan, di hujung jalan.
MASJID AS-SAHABI ABI WAQQAS - MASJID DI DALAM TAMAN DAN MAKAM SA’AD BIN ABI WAQQAS
Kedudukan pintu masuk masjid di sebelah kanan, di penghujung jalan. Mulanya kami keliru jugak sebab laluan ke hujung ni terlindung dengan kerja-kerja baik pulih jalan.
Masuk ikut pintu kecil.
South Gate | 5.20 petang hari Ahad, 22 September 2024. |
Tiba di pintu gerbang. Alhamdulillah sampai jua 😁. Bangunan masjidnya tak nampak lagi, tapi saya yakin ini lokasi yang betul sebab mengenali rupa pintu gerbang ni sewaktu buat carian internet berkenaan masjid ini. Kemudian baru saya tahu ini merupakan South Gate. Ada satu lagi pintu masuk dari arah bertentangan iaitu North Gate.
Wah! Saya rasa macam berjalan dalam sebuah taman rekreasi, tempat ini luas dan indah dengan hijau alam. Ketika ini jugak rintik hujan bertambah lebat. Kami melangkah lebih laju mencari bangunan masjid. Tak sempat saya nak menikmati suasana sekitar.
Tanda arah. Kami datang dari arah South Gate.
Dari laluan pejalan kaki, bangunan masjid terletak di sebelah kiri. Kami meniti anak tangga untuk menuju ke bangunan masjid. Terdapat dua buah khemah besar di perkarangan masjid. Kelihatan beberapa orang pengunjung lain (menurut pemerhatian saya, mereka juga pelancong luar seperti kami) sedang duduk di kerusi di bawah khemah. Kami ikut duduk untuk melepaskan lelah seketika dan menunggu hujan teduh.
Selesai melakukan solat sunat tahiyyatul masjid dan sementara menantikan masuknya waktu solat Maghrib, sempatlah kami melihat-lihat di sekitar kawasan masjid.
Papan tanda masjid dengan tulisan bahasa Arab dan bahasa Cina. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas.
Rupa bahagian hadapan Masjid As-Sahabi Abi Waqqas. Seni binanya sama seperti Masjid Huaisheng - bercirikan tradisional Cina. Bezanya, terdapat simbol bulan sabit di atas bumbungnya yang menonjolkan ciri-ciri Islam.
INFO | Binaan asal masjid ini telah dibina pada zaman Dinasti Tang. Binaan yang ada kini merupakan binaan semula pada tahun 2010 bagi menampung jemaah semasa berlangsungnya Sukan Asia 2010. Ruang solat masjid dua tingkat ini mampu menampung seramai 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.
Pandangan dari sudut sisi masjid. Barulah jelas binaan masjid ini dua tingkat.
Di sisi bertentangan terdapat bangunan yang menempatkan tandas/tempat wuduk lelaki di bahagian bawah dan pejabat pentadbiran (kalau tak silap saya) di bahagian atasnya.
Tandas/tempat wuduk perempuan pula terasing jauh. Tak berani saya nak pergi sendirian.
SIANG BERTUKAR MALAM | Pukul 6.10 petang, keadaan mulai gelap. Jemaah masjid sudah mulai berkumpul. Kebanyakkan mereka datang dari arah North Gate. Saya perhatikan rata-rata jemaah yang datang mungkin bukan orang tempatan - mereka berwajah Pakistan, Afrika dan Arab.
Pukul 6.23 petang, kedengaran laungan azan Maghrib berkumandang. Syahdu pulak saya rasa bila mendengar azan di negara bukan Islam.
Video azan Maghrib.
Keindahan Masjid As-Sahabi Abi Waqqas pada waktu malam.
Suasana di dalam masjid. Alhamdulillah ramai juga yang datang untuk solat berjemaah.
Pukul 6.39 petang, kami melangkah meninggalkan kawasan masjid. Di dalam hati, saya berharap moga ada kesempatan sekali lagi ke sini sebelum kami kembali ke Malaysia. Datang pada waktu siang cerah, supaya cukup masa untuk saya memerhati dan menikmati suasana di sini. Juga ke bahagian makam sahabat Nabi yang hanya sempat saya pandang dari jauh.
Alhamdulillah hasrat saya tercapai, catatan seterusnya pada entri Bahagian 2.
MALAYSIA? | Ketika kami berada di perkarangan masjid lewat petang tadi, seorang lelaki muda berwajah Afrika datang menyapa kami - “Assalamualaikum…Malaysia?”.
Katanya dia pernah ke Malaysia dan terkandas ketika pandemik melanda. Kami berbual seketika. Sebelum berpisah, kami bertanya berkenaan lokasi makan halal. Sajalah tanya sebab katanya dia menetap di sini.
Dari masjid, kami berjalan kaki ke stesen Metro terdekat iaitu Yuexiu Park. Seterusnya, kami ke Xiaobei untuk mencari restoran halal seperti yang disarankan oleh lelaki tadi.
Seronok rasa berjalan ke masjid dengan suasana macam ni. Sejuk mata memandang. Pengalaman yang menarik dapat ke sini dan dapat menunaikan solat sekali.
ReplyDeleteMacam jalan-jalan dalam taman 😀
DeleteLewat senja pun cantik view perkarangan dan masjid ni.
ReplyDeleteKebetulan sampai sini dah senja, dapatlah menikmati suasana senja kat sini.
DeleteKalau dekat luar negara ni...kalau ada masjid / islamic center....pasti ada kedai makanan halal berdekatan. Seronok dapat jumpa muslim walaupun berlainan bangsa.
ReplyDeleteIya, lelaki tu bagitau ada kedai makan orang local di luar North Gate masjid.
DeleteDan kalau nak try restoran makanan Arab/Turki, dia cadangkan ke Xiaobei. Kami decide ke situ, nak ambil pengalaman berbeza 😀
Cantik dan mendamaikan, semoga Islam akan terus terpelihara di segenap pelusuk alam, aamiin
ReplyDeleteAamin 🤲
DeleteSaya tiap kali ke luar negara, pasti ditebak juga dari Malaysia 😄.
ReplyDeleteBaguuus sangat mesjid ini. Sukaaa saya. Itulah kak, saya pun kalo bisa menemukan mesjid ketika di luar negara, happy sangat. Apalagi bisa sholat di dalam. Dan biasanya di sekitar mesjid pasti banyak makanan halal.
Hehe...kita kan rumpun Nusantara. Wajahnya lebih kurang sama.
DeleteIya, sebetulnya ada kedai makan di luar North Gate masjid. Tapi kami memilih ke tempat lain untuk pengalaman makan yang berbeza.
Byk info yg diberi kalau nak ke sesuatu tmpt berhenti di station sekian.. tapi jarang ada yg bgtau nak kena keluar exit mana hahaha..
ReplyDeleteItulah punca kami keluar tempat yang salah, info tak lengkap 😅
DeleteBila dah salah tu, search sekali lagi. Lama-lama jumpa jugak info bagitau exit pintu mana. Itu pun tak sebut nak ke arah mana lepas exit. Sambil berjalan, mata melilau perhati bangunan yang nampak macam masjid 😄
Samalah saya setiap kali nak keluar station habis melilau mata kaki ke sana sini hahaha.. Kalau station yg provide map tu senang sikit nak figure where next to walk kan..
DeleteMenarik la pulak perjalanan nak ke Masjid tu.. mcm dah masuk kawasan nature huhu.. Dan bila waktu malam suasana lebih indah dan mempersona.. alhamdulillah bertemu org islam lain dptkah tahu makanan halal di mana :D
ReplyDeleteKami ambil masa nak cari masjid ni. Hikmahnya, sampai dah senja. Bolehlah join jemaah Maghrib dan menikmati suasana malam yang indah.
DeleteItulah ada hikmahnya.. Jumpa masjid di negara bukan islam memang menjadi satu nikmat yang tak terkata :D
DeleteTempatnya juga rimbun, masjidnya agak tersembunyi ya ? Alhamdullilah bisa sholat di sana.
ReplyDeleteIya, lokasi masjid nun di hujung jalan. Dan tak kelihatan bangunan masjid dari luar. Memang agak keliru.
DeleteSungguh luar biasa
ReplyDeleteMasjid yang indah, nuansa tradisi cina yang apik banget
Suasana malam lebih sejuk pula
Kalau saya ke sana, pastinya kesasar nih
sedikit ngumpet
Bisa jadi tak bisa balik pulang
Uniknya masjid di sini kerana seni bina tradisi Cina.
DeleteIya, tempatnya sedikit sukar ditemui kerana tak kelihatan dari jalan utama. Alhamdulillah syukur kami sampai juga 😄
cantik dan tenang je cumanya kalau datang waktu malam agak scary jugak sebab macam masuk ke dalam gitu kan kak...
ReplyDeleteKalau pertama kali sampai, mungkin rasa seram.
DeleteBila dah tahu ada masjid di situ, akak rasa lebih cantik suasana kalau datang waktu malam.
berkenan pula sy dgn teko2 warna gangsa tu...
ReplyDeletesuasana dia mcm dlm taman
bkn dlm kawasan masjid
tenang jeee
Akak pun tertarik dengan teko tu, sebab tu snap pic 😄. Tapi tak tau apa fungsinya. Nampak ada banyak bersusun di rak dalam tempat wuduk/tandas. Agaknya untuk kegunaan bila ada masalah bekalan air.
DeleteBetul, rasa macam jalan-jalan dalam taman.
Unik azan dia
ReplyDeleteTak sama macam di tempat kita. Agak mendatar.
DeleteSA pernah pergi Masjid As Sahabi ni...masa tu kami pergi dalam pukul 10am, dapat bergamabr di sekitar kawasan..sini cantik..ingat lagi melalui jalan tu..
ReplyDeleteTaman menuju masjidnya demikian indah, Mbak. Rasanya mungkin sejuk disana.
ReplyDeleteMasjidnya tertata rapi. Ternyata masjidnya besar juga kalau dapat menampung 3000 jamaah. Sungguh luar biasa.
Alhamdulillah banyak juga saat shalat berjamaah disana.
Salam,
Bagus juga boleh berjalan sekeliling masjid. Nampak besar kawasannya dan masjidnya seolah-olah terlindung dari luar pagar.
ReplyDelete