Sambungan catatan trip ke Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak pada bulan Mei lalu. Entri sebelum ini - Eksplorasi Hutan TNB | Laluan Teluk Pandan Besar (Bahagian Akhir).
__
Selesai urusan daftar masuk dan ambil backpack besar di bilik simpanan beg, kami berjalan menuju ke kawasan penginapan yang terletak di bahagian belakang bangunan Park HQ.
Deretan penginapan yang dihubungkan dengan platform kayu.
Penginapan kami - Forest Lodge Type 6 House 2. Rupa-rupanya bilik sebelah dihuni oleh pengunjung yang naik bot bersama kami pagi tadi - dua orang perempuan warga UK (United Kingdom). Mereka sedang duduk berehat di beranda sewaktu kami baru tiba. Kami bertegur sapa ringkas dan segera masuk bilik untuk berehat selepas penat jungle trekking. Hajat nak jalan-jalan di pantai depan bangunan Park HQ pada waktu petang juga terpaksa dibatalkan. Kami perlu berehat sebab waktu malam akan ikut serta aktiviti night walk.
Beginilah rupa bilik penginapan kami. Sebuah bilik yang luas tetapi tidak begitu kemas dan tidak bersih. Mujur juga saya dah baca ulasan di internet, jadinya tidaklah saya terkejut dapat bilik begini 😅
Nak pijak lantai pun rasa tak selesa, melekit dan rasa berpasir. Syukurlah cadar nampak bersih, bolehlah buat tidur walaupun tilamnya tak selesa sebab lembik. Bila duduk atau baring jadi tenggelam dan susah nak bangun semula. Mujurlah cuma menginap satu malam.
Penginapan di sini tak sediakan tuala mandi dan keperluan asas mandian, tapi tak jadi masalah sebab dah dimaklumkan lebih awal dan kami memang sentiasa bawa barang keperluan sendiri.
Bilik air luas tetapi tidak bersih, nampak macam dah lama tak diberus lantai dan dindingnya. Juga perkara-perkara lain yang tak menyenangkan, tapi tak payahlah tulis panjang-panjang.
Seperti dimaklumkan oleh petugas kaunter pendaftaran, air paip di sini berwarna kemerahan (coklat kemerahan) kerana punca air dari hutan sekitar. Hutan kerangas dengan air kemerahan merupakan hutan paling luas di Taman Negara Bako, jadi tak hairanlah mengapa air paip juga berwarna kemerahan. Nak tengok warnanya bagaimana? Boleh lihat di entri INI.
Walaupun dah tahu warna air begitu, tapi kerap kali juga saya terkejut bila melihat air warna kemerahan keluar dari kepala paip dan sewaktu flush tandas 😄. Rasa air kemerahan ini sedikit kelat dan terasa sedikit melekit di kulit.
Bilik penginapan kami - Room 1.
Pemandangan dari tingkap bilik kami. Boleh nampak bangunan Park HQ.
Suasana di luar pada waktu malam.
Lupa nak ambil foto penginapan kami pada waktu siang, cuma foto ini yang ada. Hasil foto oleh Encik Suami - kaki saya ‘hilang’ dan bangunan penginapan tak nampak penuh. Tak boleh nak marah, kena sabar je 😆
Foto pada pagi hari kedua - saya sedang duduk bersantai di bangku beranda, terkejut tengok di luar beberapa ekor babi berjanggut (bearded pig) sedang berkeliaran mencari makan. Tapi tak perlu takut sebab babi jenis ni tak ganggu orang dan cuma berkeliaran di kawasan tanah.
__
Secara keseluruhan, menurut pendapat saya - penginapan di Taman Negara Bako memang tidak menawarkan keselesaan tetapi menawarkan peluang penginapan di dalam kawasan taman negara dengan harga rendah. Setakat pengetahuan saya, tiada taman negara di Semenanjung Malaysia yang mampu menawarkan peluang penginapan di dalam kawasan taman negara dengan harga rendah. Boleh maklumkan saya jika ada ya.
Harga bilik penginapan kami cuma RM50/malam. Kalau perlu naikkan sedikit harganya untuk tambah baik bab kebersihan, itu lebih bagus.
__
Cara tempahan penginapan | Bagi yang berminat, boleh buat tempahan secara online di laman ebooking.sarawak.gov.my. Buat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan. Saya buat tempahan kira-kira tiga minggu sebelum tarikh menginap.
…bersambung catatan seterusnya - aktiviti night walk.
Satu perkara yang saya perlu akui ialah kualiti penginapan dan hotel di Sarawak masih lagi pada tahap yang kurang memuaskan. Sebab tu saya jarang2 staycation masa masih menetap di Sarawak dulu melainkan hotel tu bawah jenama antarabangsa macam Miri Marriott, Pullman atau Mulu Marriott. Hiasan bilik yang outdated, perabot bilik macam tilam yang tak di upgrade, makanan hotel yang tak menarik dan kebersihan bilik yang tak memuaskan (tak semua tempat) antara perkara yang saya rasa operator hotel di Sarawak kena improve.
ReplyDeleteKebersihan tu paling utama dan asas bagi servis penginapan. Tak kisahlah kan bilik harga mahal atau murah, tetap perlu dalam keadaan bersih.
DeleteTeringin pulak nak menginap di Mulu Marriott. Tak pernah sampai Mulu.
Suasana semula jadi yang menarik
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat merasa suasana gini.
DeleteAir jernih kemerahan seperti entry lepas.. Tak apa warna sebab akar kayu dan duan kering.. elok utk kesihatan tu hihii.. Pasal penginapan tu what if tak ada orang lain yg check in melainkan kita.. Harga murah tu RM50.00 semalam.. Tak selesa tapi cukup utk tidur dan berehat serta mandi.. Klau camping lagi susah tu :D
ReplyDeleteMula-mula nak berkumur dengan air merah tu memang ragu-ragu jugaklah 😄
DeleteBetul, memang lebih selesa berbanding camping.
if saya nak dtg nanti .. akan bawa extra air mineral utk minum dan gosok gigi hihii
DeleteHehe…kalau tak sanggup kumur air kelat, memang kena bawa air sendiri.
DeleteKat kafe ada jugak jual air minuman botol besar, tapi mahal sangat RM5 sebotol 😅
wahhh rm50 / 1 mlm mmg murah sgt tu tp kalau up sikit harga & lebih bersih msti lg ok hehe
ReplyDeleteHehe…itulah.
DeleteKagum sy tengok betapa bersemangatnya cara Ujie bercuti, lain dari yg lain.
ReplyDeleteNi macam mak saya cakap, kau ni lain dari yang lain. Orang suka pergi bandar, kau suka masuk hutan 😄
DeletePersekitaran nampak damai, tapi kalau toilet out, saya pun tak berapa gemar huhu
ReplyDeleteTerpaksa hadap sebab nak jugak menginap di taman negara 😄
Deleteya Allah.. seronoknya.. terasa kampungnya..
ReplyDeleteKampung yang rare ni…babi berkeliaran macam ternakan.
Deletekebersihan bilik air sgt2 diperlukan walaupun tempat lain x bersih.. huhuhuhu.. ngeri pula membayangkan sebab pernah hadap toilet yg sgt2 tidak menyenangkn..
ReplyDeleteLaju-laju je akak buat urusan di bilik air tu, tak sanggup nak berlama 😅
Deletealaa agak mengecewakan juga kualiti kebersihan bilik penginapan tu kan, tapi itu lah pengalaman juga bila berada di kawasan pedalaman begini :)
ReplyDeleteBetul…kita ambil semua ni sebagai satu pengalaman.
DeleteHehe kalau saya nampak babi memang automatik rasa hendak jauhlan diri.
ReplyDeleteMurah betul harga bilik penginapan. Ini memang tidak boleh cerewet dengan keselesaan.
Tak boleh nak jauhkan diri, sana sini ada babi 😂
DeleteKita jalan atas platform, dia tengah berkubang kat tepi tu. Lalu jelah tepi dia walau rasa takut-takut jugak.
Ya, bayar RM50 kena hadap jelah.
Kemudahan seadaanya, sesuai dgn harganya dan Sy rasa tujuannya lebih kpd sekadar menginap bukan utk keselesaan.
ReplyDeleteSejuk tak kat sini? Selalunya dalam hutan sejuk malam²...
Kemudahan seadanya tu saya boleh terima, tapi tak bersih tu yang macam susah nak terima 😅
DeleteTak sejuk 😂. Kita ni beria bawak baju sejuk konon tidur hutan. Mungkin sebab penginapan ni dekat dengan pantai/laut dan bukan di tengah hutan.
Bilik nampak bersih dan kemas, tapi kalau melekit dan berpasir agak rasa takmselesa kan.
ReplyDeleteItulah, tak selesa rasa tapak kaki lekit dan berpasir.
DeleteBab kebersihan tu penting juga. Kalau tak menjaga bab itu rasanya sayang sekali. Saya rasa macam nak bagi ada je. Mungkin kena ada penambahbaikan di situ. Alamak....ada babi ke....
ReplyDeleteBabi memang banyak kat sini, macam haiwan ternakan berkeliaran 😄
DeleteMungkin sebab tak ramai orang yang menginap dan di dalam hutan kot kak sebab tu agak tak terjaga. Kalau dana diberi pilihan memang takkan menginap apatah lagi hutan bukan tempat kegemaran dana hehehhe. Tapi suka tengok yang tenang-tenang je
ReplyDeleteNampak ramai jugak yang menginap sini, geng mat salih.
DeleteMemang ada pengurusan yang tak ambil berat pasal kebersihan, walaupun kat hotel tempat ramai orang menginap.
Memang rasa kurang selesa kalau bab kebersihan dan kekemasan kurang diutamakan. Sewaktu saya menginap di Lembah Danum, sempat berteriak melihat pacat meliuk-lintuk di bilik air!
ReplyDeleteAlamak! Pacat memang menakutkan sungguh.
DeletePenginapan seperti ini lebih cocoknya buat backpacker sepertinya ya sis, mereka hanya butuh tidur dan lanjut perjalanan,sedang kita perempuan lebih ke tempat yg bersih dan nyaman 😁
ReplyDeleteIyaa…benar. Rata-rata yang menginap memang backpacker warga luar - orang putih.
DeleteWalau rasa tak selesa tapi tetap rasa puas dapat pergi ke tempat yang kita suka.
ReplyDeleteBagus juga ada platform tu, mudah nak berjalan ke tempat penginapan. Kalau tidak nampak macam lecak mesti sulit nak berjalan. Tempat penginapan begini jarang nampak yang bersih. Kira kenalah dengan harga tu. Tapi yelah kalau mahal sikit dan bersih pengunjung OK je rasanya kan. Satu pengalaman yang menarik walaupun penginapannya kurang selesa.
ReplyDeleteseronok duduk dlm kwsn taman negara, dapat tengok haiwan jinak dtg berkeliaran...RM50 per night murah betul..x brp bersih tu still bearable..kalau Taman Negara Pahang siap ada resort..Mutiara Resort...mmg mahal ler..
ReplyDelete