Sejak pagi semalam, saya perasan matahari terbit begitu mempesona dengan warna oren kemerahan. Tapi tak sempat nak memotret sebab sedang sibuk menyiapkan sarapan buat Encik Suami sebelum pergi kerja. Alhamdulillah pagi tadi saya berpeluang memotret keindahan matahari terbit dari halaman rumah kami.
Jumaat 2 Ogos 2024, 7.22 pagi |
Masya Allah begitu mempesona ciptaan Allah 😍. Pagi yang indah dengan suasana berkabus dan matahari terbit berwarna oren kemerahan.
8.27 pagi |
Rutin saya hampir setiap hari, morning walk di sekitar kawasan rumah untuk senaman pagi, menghirup udara segar dan memerhati alam. Saya ternampak buah letup-letup ni di kawasan semak. Buah yang menggamit memori zaman kanak-kanak, kami makan isi buah letup-letup yang sudah berwarna kuning. Manis rasanya.
Ternampak pula buah berwarna merah dengan rupa seakan cili merah bersaiz besar. Foto diambil dari jauh, tak berani nak datang dekat sebab di bawahnya semak. Saya nampak ada beberapa biji buah begini. Entah apa namanya.
Beberapa ekor burung dengan saiz sangat kecil comel, bunyinya menarik perhatian saya. Saya cuba memotret burung tersebut dari jauh, hanya foto di atas dapat dirakam.
Khamis 1 Ogos 2024, 8.03 pagi |
Foto pagi semalam, morning walk ditemani kawan baru (masih belum diberi nama). Sibuk mengekori langkah saya sambil mengiau perlahan. Bila saya berhenti, terus berbaring di kaki sambil buat pelbagai aksi. Geli hati jugak tengok gelagatnya.
Oh ya, dah dua hari saya berkasut kebun sewaktu morning walk sebab kali ni saya jalan-jalan di kawasan rumput (bukan laluan tar). Beberapa hari lalu saya terjumpa ular warna hijau, hampir terpijak sebab tak nampak ular hijau dicelahan rumput hijau. Saling terkejut - si ular terangkat kepala dan berlalu pergi arah bertentangan, saya pula terus terkaku tak bergerak mahupun bersuara. Juga sekarang ni banyak cacing besar yang menggelikan bila terjumpa. Bila pakai kasut kebun ni rasa lebih selamat nak berjalan.
Cantik
ReplyDeleteAlhamdulilllah ❤️
Deletebuah letup tu ada panggil ulat bulu kalau tak silap. dulu ada kawan kawan makan gak buah ni.
ReplyDeleteIya betul LM, nama lainnya pokok ulat bulu.
DeleteSubhanallah, cantik-cantik gambar pemandangan alam di rumah Kak Ujie tu. Buah letup2 tu susah nk jumpa skrg ni, lagi2 kat bandar. Dulu kecik2 saya pun suka makan buahnya yang masak.
ReplyDeleteAlamak, seriau pulak baca pasal terserempak dgn ular tu tapi nasib baik bukan ular berbisa. Minta2 dijauhkan. Dulu saya pernah ternampak ular tedung di laman belakang rumah di Sarawak, lepas tu ular tu masuk dalam tangki najis. Sejak tu terus tak berani nak keluar ke laman belakang sampai la saya pindah ke KL.
Alamak! masuk tangki najis tu macam seram pulak. Risau keluar ikut lubang tandas pulak.
DeleteBuah letup tu boleh makan ke? Baru tau. Rugi betul tak makan masa kecik.
ReplyDeleteLagi satu buah yg letup tu rasa pokok keembong kot.
Boleh makan…hehe takpe belum terlewat untuk cuba makan (kalau jumpa) 😄
DeleteOo..pokok keembong pun ada yang panggil letup ya..
Nasib baik ular hijau itu tidak mematuk atau bertindak garang.
ReplyDeleteItulah..syukur sangat.
DeleteKalau cakap kat luar negara pun orang percaya tu!
ReplyDeleteLokasi rumah ni memang dah hujung Malaysia nak masuk Thailand, agaknya itu yang ada rupa macam kat luar negara 😂
DeleteSaya dah histeris mungkin kalo liat ular dan cacing ini 🤣🤣🤣. Memang tak bisa melihat mereka 😅. Jadi dah paling aman pakai sepatu boot karet kan
ReplyDeleteKalau Fanny menetap di sini nampaknya akan kerap histeris 🤣
DeleteErkk berderau dibuatnya kalau terjumpa ular.mujur ada guna kasut kebun ye
ReplyDeleteMasa jumpa tu saya pakai selipar je 😅
DeleteSebab dah terjumpa itulah mula pakai kasut kebun.
Subhanallah cantiknya sunrise. View yang sangat suka. Eeehh geli kalau dengar cacing, seram sangat dengan ular.
ReplyDeleteMemang geli sangat, bukan cacing saiz biasa pulak tu 😅
DeleteSubahanallah cantik sempurna sungguh ciptaan Allah swt
ReplyDeleteHebat kan ❤️
DeleteSubhanallah cantik sungguh ciptaan-Nya ❤️
ReplyDeleteUlar hijau tu ular daun kot PU? Tapi Sy segala jenis ular saya takut wpun arwah Mak kata ular daun tak patuk orang Dan tak berbisa
saya pun fikir tu ular daun, bukan bentuk kepala ular kapak hijau. Betul, walaupun ular daun tak bisa tapi tetap jugak menakutkan.
DeleteMasya Allah memang cantik sunrise dalam gambar.. Terasa segar bila keluar hujung minggu di pagi hari..
ReplyDeleteAlhamdulillah 💙
DeleteSubhanallah memang cantik betul kak...
ReplyDeleteKan…mempesona.
Deletewaahh subhanallah cantiknya view!
ReplyDeletesubhanaullah
ReplyDeletePernah makan juga buah letup2 tu masa sekolah menengah. Tukang ajarnya bibik saya. Dia tumbuh melata je tepi pagar.
ReplyDeleteSemua gambar cantik belaka..
ReplyDeleteBuah letup tu tak pernah ku tahu boleh makan, ruginya zaman kanak2 riang dulu tak makan.
Apa cerita seterusnya tentang kucing tu..?
MashaAllah..cantik potret sunset tu kak. Seronoknya morning walk di kawasan kampung. Udara segar. Ada pula teman tu. Bagus juga pakai kasut kebun untuk keselamatan. Ular tu yang merisaukan tu. Harap tak bertembung lagi dengan haiwan berbisa tu.
ReplyDeleteSubhanallah, cantik sungguh sunrise...lama x nampak buat letup2...perghh..seriaunya terjumpa ular...Alhamdulillah, x de pape..
ReplyDelete