Wednesday, 14 August 2024

Eksplorasi Hutan TNB | Laluan Teluk Delima



Sewaktu kunjungan kami ke Taman Negara Bako, terdapat tujuh laluan hutan (trail) yang dibuka kepada pengunjung (rujuk foto peta laluan hutan DI SINI) . Semalam petang kami sudah pun melakukan eksplorasi hutan laluan Teluk Pandan Besar, pagi ini kami memilih untuk ke Teluk Delima pula. Kami memilih laluan Teluk Delima disebabkan tempoh perjalanannya paling singkat. Kami tak boleh ambil masa lama sebab perlu daftar keluar penginapan selewat-lewatnya pukul 11 pagi dan sudah berjanji dengan orang bot untuk datang ambil kami.

Teluk Delima trail
Berbeza dengan laluan semalam (Teluk Pandan Besar) yang mana kami perlu menyeberangi sungai di jeti taman negara, laluan Teluk Delima terletak di bahagian belakang kawasan penginapan. Kami hanya perlu berjalan di atas platform kayu melewati kawasan penginapan sehingga masuk ke kawasan hutan.

Durian hantu Taman Negara Bako
Buah durian hantu.
Antara tumbuhan yang kami temui di kawasan hutan - pokok durian hantu. Bukan ‘hantu durian’ tau, itu lain. Ini memang namanya pokok durian hantu (nama saintifik : Coelostegia borneensis). Saya dimaklumkan, durian jenis ini tak boleh dimakan kerana tak ada isi. Maka sebab itu ia dipanggil durian hantu.

Tiba di suatu tempat, perjalanan kami terhenti. Bukan kami sahaja, tetapi para pengunjung lain semuanya berhenti. Rupa-rupanya ada sekumpulan monyet sedang menghalang laluan. Saya berbual ringkas dengan seorang pengunjung tempatan yang berada di hadapan saya. Menurutnya, guide mereka minta berhenti sebab kumpulan monyet tersebut agak agresif - bimbang menggigit dan berpotensi menyebarkan virus rabies yang boleh membawa maut.


LALUAN TELUK DELIMA
Permulaan laluan Teluk Delima terletak di sebelah kanan. Terdapat papan tanda arah tertera Teluk Delima dan Lintang, maksudnya bagi sesiapa yang nak ke Teluk Delima dan Lintang akan melalui laluan permulaan yang sama.

Teluk Delima trail
Permulaan laluan yang agak mencabar kerana perlu mendaki dengan memijak akar pokok yang berselirat di tanah. Cantik pula saya tengok rupa akar berselirat begini.

Teluk Delima trail
Warna dedaun di lantai hutan yang menarik perhatian saya.

Teluk Delima trail
Matahari pagi memancar lembut menerusi celahan pokok.

Teluk Delima trail
Kami tiba di satu persimpangan - ke kanan menuju laluan Teluk Delima, ke kiri menuju laluan Lintang. Perhatikan juga warna penanda arah, satu warna merah dan satu lagi warna biru putih. Sebelum tiba di simpang ini, pengunjung hanya nampak tanda warna merah (trail Lintang). Selepas ini barulah fokus melihat warna tanda arah biru putih (trail Teluk Delima).

Teluk Delima trail
Pantang jumpa batang pokok tumbang melintang di laluan, mesti rasa nak berhenti duduk 😄

Teluk Delima trail
Batu besar menambah keunikan laluan hutan di sini.

Kami tiba di penghujung laluan. Hati-hati, ada buaya! Terus mata saya melilau perhati sekeliling.

Teluk Delima Taman Negara Bako
Pemandangan unik pokok-pokok di Teluk Delima.

Teluk Delima Taman Negara Bako
Memikirkan amaran buaya, tak berani saya nak berjalan ke hujung sana. Cukuplah memerhati dari jauh.

Teluk Delima Taman Negara Bako
Batu besar dengan bentuk unik.

Kami berada di sini cuma seketika. Kami segera berpatah balik sebab mengejar masa. Berdasarkan info, laluan Teluk Delima merupakan kawasan pemerhatian monyet belanda. Tapi kami gagal mengesan kelibat monyet belanda sepanjang berada di laluan Teluk Delima. Mujurlah tadi pagi dah berpeluang tengok dengan jelas, taklah rasa kecewa.

Teluk Delima Taman Negara Bako
Rekod aktiviti jungle trekking ke Teluk Delima.

Alhamdulillah dapat juga kami melakukan aktiviti eksplorasi hutan sebelum beredar dari Taman Negara Bako. Laluan Teluk Delima tak begitu sukar seperti laluan Teluk Pandan Besar atas faktor bentuk muka bumi dan jarak, tetapi ada cabarannya tersendiri.

Keluar dari hutan, kami balik ke bilik penginapan - bersihkan diri dan kemas barang untuk mendaftar keluar. Kemudian kami berjalan menuju ke jeti untuk menaiki bot kembali ke Terminal Bako.

Masa nak balik ni, terjadi dua hal yang tak menyenangkan. InsyaAllah catatannya di entri akan datang.







20 comments:

  1. Cantiknya pemandangan di Teluk Delima ni... Tapi ada buayalah pulak ye, risau juga :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungai-sungai di Sarawak memang ada buaya 😅
      Doa sajalah supaya tak berjumpa.

      Delete
  2. huhu durian hantu, dah lah warna hitam prank pula tak dak isi ye , hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak pasti warna hitam tu sebab dah terbiar busuk atau memang kulitnya hitam masa jatuh ke tanah.

      Delete
  3. Cantik dan indah semuanya.. rasa tenang.

    ReplyDelete
  4. tenang je tengok suasana hutan...eh ada durian hantu tak pernah tengok,selama ni cuma tau Borneo ada durian merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak nak tanya orang di sana, adakah sama durian hantu dengan durian merah.

      Delete
  5. Laluannya agak baik dan terjaga. Tapi part kena pijak atas daun2 mati tu buat saya seriau takut ada binatang berbisa sorok bawah dedaun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, laluan di sini semua elok dan jelas.
      Kalau dedaun tebal sangat, boleh gunakan trekking pole untuk check. Biasa akak buat gitulah kalau rasa ragu-ragu.

      Delete
  6. Cantiknya Teluk Delima ni. Thanks for sharing. Moga dapat ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.
      InsyaAllah moga kak Mulan sekeluarga dapat ke sini juga.

      Delete
  7. Cantik2 gambar hutannya Ujie. Aaaa.. salute betul tengok orang yang suka masuk hutan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sk 😊
      Suka sebab kat hutan ada suasana dan pemandangan berbeza dari biasa dan ada ketenangan, tak ramai manusia 😄

      Delete
  8. Serius la ada amaran buaya kat situ.. kalau tgk geografi channel buaya suka sembunyi celah celah semak samun tu .. aduh getar lutut nak berjalan di situ huhu..

    ReplyDelete
  9. Nama durian hantu sebab tak ada isi tak boleh makan useless.. Hurmm boleh jer kot bgi nama lain hahaha..

    Laluan mendaki dgn memijak akar pokok tu mcm bahaya sebab licin.. kena berhati-hati.. Hurmm mcm best nak terjah hutan TNB ni.. insyallah dah masuk bucket list tahun 2025.. :D

    ReplyDelete
  10. Kalau ada perkataan buaya sape yang tak takut kan....cuak juga mendengarnya. Akar pokok berselirat tu cantik la Ujie...

    ReplyDelete
  11. Ya Allah ada buaya pulaaa 😅😅. Lengkap saya rasa fauna di dalam taman negara ini ya kak 👍😅. Tapi jujur saya seram kalo ada hewan buaya dan melata macam ular 🤣

    ReplyDelete
  12. Ada juga rupanya durian tiada isi. Unik.

    ReplyDelete
  13. Cantiklah laluan permulaan Teluk Delima tu kak Ujie. Alamak, tengok papan tanda tu pun dah buat saya seram. Mahu berpatah balik tu. Risau terserempak. huhu...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****