Hari Jumaat lepas, jiran datang hantar seplastik besar hasil tanaman hidroponik. Sebenarnya di rumah saya pun ada set hidroponik pemberian orang, tapi masih belum digunakan 🤭
Ada dua jenis sawi - sawi hijau dan sawi bunga. Lebar dan segar, seronok tengok 😍
Bahagian bunga sawi saya jadikan hiasan sebab rasa cantik ceria bunga warna kuning.
Saya gunakan LECA balls, iaitu lightweight expanded clay aggregate sebagai medium tanaman. Kemudian letak air tak melebihi permukaan leca balls. Sudah empat hari, bunga sawi masih segar menjadi penyeri meja makan kami.
Sawi bunga ni boleh dimasak dan makan kesemuanya termasuk bahagian bunga. Tapi saya belum pernah lagi masak dengan bunganya.
Alhamdulillah dapat rezeki sayuran segar, semoga Allah mengurniakan rezeki berlipat ganda buat jiran kami yang baik hati berkongsi hasil tanaman hidroponik beliau.
Cantik segar dan subur sawi hidroponik ni ye kak Ujie..SA ni ntah bila la nak cuba bercucuk tanam..guna hidroponik pun bagus ni...
ReplyDeleteWah, cantik & besar2 daun sawi yang jiran akak bagi tu.
ReplyDeleteCantik juga jadi rangkaian bunga😀 saya juga belum pernah masak bunganya,selalu daun dan batang, masak buat campuran mie, tumis pake udang, sedaap.
ReplyDeleteWak pernah juga buat tanaman sawi hidriphonik dulu
ReplyDeleteMemang mudah pengurusannya
geram je tengok bunga atas meja tu terbayang2 sup sayur hehe
ReplyDeletesaya kalau beli sawi memang cari yang ada bunga
Alhamdulillah segar & subur nampaknya sawi tu, luv it!
ReplyDeleteSy pun dah lama teringin nak tanam sayur secara hidrofonik ni, tapi tak beli² pun alatannya 🤭
Oh boleh makan bunganya...selalu saya buang je.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki. Cantik bunga sawi dijadikan hiasan.
ReplyDeleteOrang kata hidroponik ni lebih rangup eh?
ReplyDeleteAlamak…tak perasan pulak bab rangup nih 😄
DeleteDulu, kalau masak sawi bunga, part bunga tu mesti saya buang.
ReplyDeleteCantik pulak bila dijadikan hiasan, hijau + kuning. suka tengok.
Memang cantik bunganya 😍. Sawi pun saya suka, biasa rebus saja makan dengan sambal belacan 😄🤤
ReplyDeleteAlhamdulillah...segar betul sayur sawinya. Sedap tu buat masak air campur telur, atau masukkan dalam mi maggi. hihi..Cantiklah pula buat perhiasan. Tahu-tahu nanti tumbuh daun pulak.
ReplyDeletedulu masa kecik arwah mama suka beli sawi yg ada bunga ni dan mmg dia masaklah bahagian bunga tu sekali.
ReplyDeleteskrg ammi suka beli yang tak ada bunga (sawi cameron).