[Catatan kisah hari Sabtu, 2 Mac 2024]
Kalau ikutkan, saya tidaklah rajin nak ke tapak pesta di kala negeri Perlis sedang mengalami musim panas melampau. Tetapi memikirkan ini kesempatan pertama saya bagi melihat sendiri suasana PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2024 (PAT 2024), maka saya rajinkan diri jugaklah. Sebagai persediaan, saya bawa minuman air kosong dan memakai topi anti-UV.
Info ringkas | Musim angin timur merujuk kepada fenomena angin tropika yang bertiup di negeri Perlis sekitar bulan Disember hingga Mac setiap tahun. Tiupan angin kencang serta berterusan ini menyebabkan cuaca kering dengan suhu waktu siang lebih tinggi dan suhu waktu malam hingga awal pagi lebih rendah.
Pesta Angin Timur Perlis 2024 berlangsung pada 1-3 Mac 2024 di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau bermula jam 10 pagi hingga 11 malam. Pesta ini menampilkan pelbagai aktiviti, antaranya - Fun Run Jerami, persembahan wayang kulit, belon udara panas, Malam Genta Puisi, pertandingan bola jaring bendang, pertandingan futsal bendang dan pertandingan tangkap itik.
Saya dan Encik Suami hanya berkesempatan hadir ke tapak pesta pada hari kedua (Sabtu) iaitu sekitar jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Jadinya tak banyak aktivti yang dapat saya saksikan, tambahan pula kami tak berkesempatan melihat-lihat ke seluruh kawasan disebabkan faktor cuaca panas dengan suhu 36℃ dan kawasan tapak pesta yang luas.
Saya kongsikan foto dan video yang sempat dirakam sepanjang kunjungan kami di sini :
Foto 1 | Bendang kering yang dijadikan tempat letak kereta berbayar dengan caj sebanyak RM3 sekali masuk. Lokasinya berhadapan dengan tapak pesta. Ada petugas bermotosikal yang akan menunjukkan ruang letak kereta yang masih kosong dan tunjukkan jalan keluar.
Foto 2 | Pintu gerbang ke tapak PAT 2024.
Foto 3 | Pentas utama terletak nun di hujung sana. Manakala khemah di kanan dan kiri laluan ini menempatkan ruang pameran pelbagai agensi, antaranya Angkatan Tentera Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis dan pihak media.
Foto 4 | Antara khemah yang meriah dengan pengunjung. Di sini kita boleh cuba pegang beberapa jenis senjata api. Saya cuba pegang sepucuk pistol, eh berat! Entah macam mana nak melepaskan tembakan kalau nak angkat pun tak larat 😆
Foto 5 | Pertama kali saya tengok gulungan jerami di depan mata. Menarik juga kalau dapat berfoto atas gulungan jerami ni kan?
Foto 6 | Ruang pameran oleh Tenaga Nasional Berhad. Menarik dan unik dengan dekorasi daripada jerami, bayaran RM2 dikenakan untuk masuk sini. Selain terdapat sudut info dan pameran kenderaan elektrik (EV), di sini juga terdapat banyak sudut menarik bagi yang gemar berfoto.
Foto 8 | Tempat berlangsungnya paintball bendang.
Foto 9 | Bahagian jualan makanan. Ada khemah dengan meja kerusi untuk kita duduk makan. Cuaca panas sangat, kami rasa kurang selera nak makan.
Foto 10 | Tak selera makan, tapi ‘berselera’ membeli buku di gerai Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Besar mata saya bila ternampak buku Astronomi dan Astrofotografi 😍. Bukan mudah nak dapat buku begini dalam bahasa Melayu tau. Encik Suami bagi ‘green light’, dapatlah saya memiliki buku dengan harga RM50 selepas diskaun sebanyak 50%. Pembelian yang sangat berbaloi! Buku setebal kira-kira 300 halaman, bersaiz besar, penuh info dan gambar-gambar berwarna.
Foto 11 | Singgah tengok ayam warna-warni. Comel dan cantik, tapi kecantikan sementara je tau. Lepas bulu-bulu ayam tu tanggal, jadilah rupa ayam biasa. Harga jualan sebanyak RM5 seekor.
Foto 12 | Sebelum beredar, sempat saya membeli aiskrim kelapa dari sebuah gerai. Memang sesuai sangat makan waktu panas terik.
Secara keseluruhannya, saya dapat merasai pengalaman baru yang menarik di PAT 2024. Pertama kali saya berkunjung ke tapak pesta yang diadakan di bendang kering. Tetapi kenalah tahan dengan keadaan berhabuk ya, maklumlah angin timur bertiup kuat menerbangkan habuk jerami. Kasut yang saya pakai pun jadi kotor dengan debu. Tapi itu bukanlah masalah besar, kerana beginilah realiti suasana di Perlis ketika musim angin timur.
Teringin juga saya nak berkunjung pada waktu malam (cuaca lebih nyaman dengan suhu lebih rendah), tapi tak rajinlah kami memandangkan jarak tapak pesta dengan rumah agak jauh iaitu kira-kira 40 km.
Video berdurasi 1:00 minit memaparkan suasana sekitar tapak PAT 2024.
memang terik tu Ujie kalau dah cecah 36' , unik dan menarik Pesta Angin, berangin tak kat situ masa tu, alaahai.. lama kak ana tak tengok anak ayam warna warni tu.. bila dah besar hilang terus warna warninya kan.. :)
ReplyDeleteYa kak, panas terik tapi berangin.
DeleteHa'ah...katanya bila bulu ayam tu tanggal ganti bulu baru, hilanglah bulu berwarna tu.
Saya pun macam kak Ujie. Jarang nak ketempat macam ni. Tambah lagi cuaca tengah panas, lagi lagi di Perthlis tu kan. Tapi alang-alang dah dekat tu, haruslah kita ambil kesempatan rasakan pengalaman. Menarik banyak booth yang kita boleh explore. Saya pun tak pernah tengok gulungan padi tu secara dekat, rasa kat sekinchan pun ada. ke sabak bernam entah. hebat orang yang boleh menembak tepat tu, nak angkat pistol berat pun tak mudah bagi kita orang biasa.
ReplyDeleteItulah..demi ambik pengalaman pertama. Tahun depan tak pergi pun takpe dah 😄
DeleteIngatkan tak ada lagi orang buat anak ayam warna warni tu. Rupanya masih ada lagi . Mungkin masih ada yang tak tahu keburukannya.
ReplyDeleteTak elok sebab ayam ni disuntik pewarna kan Fiza?
DeleteCantiknya gambar2 ni sebab natural light. Ya allah tapi nampak memang panas ya....hubby pun kalau balik Kedah sure cakap juga angin Timoq ni.
ReplyDeleteComelnya ayam2 tu....warna warni lagi.
Itulah kelebihan cuaca cerah, gambar jadi cantik. Tapi kita yang kat situ kena bertabah 😅
DeleteKalau tengok langit...memang macam di Afrika pun ada hehehe...kalau panas dan berangin ok juga
ReplyDeleteAfrika ya 😂
DeleteAlhamdulillah berangin kuat jugak.
Oh, baru tahu ada pesta macam ni kat Perlis. Kalau kat Johor ada pesta layang², pun sy tak pernah lagi jejakkan kaki, hihi.
ReplyDeleteSaya pun baru tau pasal pesta ni lepas pindah sini.
DeleteBiasalah Sk, kalau kita dah lama menetap situ, kita tak heran nak pergi 😄
fuhhhh 36℃ & langit nampak terik betul tu!
ReplyDeleteTu yang tak mampu berlama.
Deletecantik tengok langit yang biru tu kak, tp dapat dibanyangkan panas nya suasana tu...
ReplyDeleteTengok pun dah terasa panasnya ya Dana.
Deletemeriahnya kak walaupun panas lit-lit...semalam saya ada terbaca gulungan jerami terbakar di Kedah..
ReplyDeleteKalau orang Perlis, dah terbiasa cuaca panas terik 😀
Deletebanyak juga kegiatan, dan cukup luas area pestanya,sayangnya cuaca sangat terik,langitnya biru cerah...indah .
ReplyDeleteDisebalik cuaca terik, ada keindahan langit biru 😁
Deletesaya dah bayangkan ada orang main layang-layang. haha
ReplyDeleteEh..akak pun 😄
DeleteSampai sana dok tengok kot ada orang main layang-layang. Rupanya memang ada aktiviti main wau, tapi bukan masa akak datang.
perkongsian yang menarik kak. Kalau saya si puteri lilin ni pergi memang mencair. hehe. ya, kalau panas tak selera makan sangat. nak minum je
ReplyDeletePuteri lilin tak boleh hidup kat Perlis lah gini 😄
DeleteYa, sebenarnya kami minum bercawan-cawan air tester kat booth Adabi. Tapi lepas tu kami shopping banyak kat situ, cover malu 😆
Melihat foto dengan warna langit yang biru cerah, cuaca disana sedang panas ya Mbak.
ReplyDeleteMenarik juga ya acaranya. Banyak ditampilkan disana, termasuk perlengkapan dari army... Dan tak kalah menarik juga yang lainnya seperti buku-buku yang dipamerkan disana.
Fotonya cantik-cantik Mbak.
Salam,
Iya, di sini sedang mengalami fenomena angin timur (angin kuat, cuaca panas melampau).
DeleteFoto jadi cantik disebabkan cahaya matahari terik.
seru sekali acaranya
ReplyDeletetapi tak kebayang betapa panas suhu udaranya
wah ada bukunya pula, saya jadi pengen beli tu. pengen nambah kolesku perpustakaan di rumah
Peminat buku juga ya? Sama kita.
Deleteblh buat berpinau mata
ReplyDeletedan pening bila. panas sgt
ciknur memang x tahan
gambar2 uji memangg cantikk. sunahanaullah
Saya pakai topi anti-uv cikNur, memang kurang rasa haba panas. Kalau tak, biasanya jadi pening kepala kalau lama berpanas.
DeleteAlhamdulillah sebab terik, gambar jadi cantik.
Rajinnya padam mombor plat kereta... bagus2
ReplyDeleteSelagi boleh, saya cuba jaga privasi orang 😁
DeleteMenariknya!
ReplyDeletePerlis skrg mmg all out promosi produk pelancongan dia kan PU?
Memang nampak usaha yang bersungguh, mungkin sebab Perlis tak ada kegiatan ekonomi yang betul-betul boleh memacu pertumbuhan negeri. Tambahan pulak, tahun 2024-2025 merupakan Tahun Melawat Perlis.
Deletemana laa diorang dapat jerami
ReplyDeletebanyak banyak macam tu...
geram je tgk
rasa nak baring2 hahahaa
alololo comel2 anak ayam...
agak2 daging dia akan jadi biru tak?
hahahaha
Kalau daging biru..sereem nak makan 😆
DeletePesta Angin Timuq ni event wajib setiap tahun bagi negeri perlis . memang vibes yang ditunggu-tunggu tiap tahun , tapi kali nie memang panas teruk , sama la bawa spare botol air minuman & pakai mask untuk elakkan debu
ReplyDeleteMoga tahun depan tak panas melampau, mungkin lebih meriah kehadiran pengunjung.
Deletesekarang dah melepasi musim menuai ke? xpernah tengok pertangingan bole bendang tu... biasanya ldy ke perlis disebabkan sawah padi.. tak pernah ke perlis musim padi dah habis...
ReplyDeleteDah abis musim menuai Lady, sekarang bendang tengah kering.
DeleteNak tunggu Ujie bergambar atas jerami gulung pulak lepas ni🤣
ReplyDeleteKalau saya memang jenis gayat tak berani tempat tinggi
Teringin...tapi segan aih umur dah acik-acik 🤣
DeleteTeringin...tapi segan aih umur dah acik-acik 🤣
DeleteSaya baru tahu ada festival ini. Menarik kak. Yg buat saya nak datang kalo bisa, Krn ada banyak jualan Macam2 😄👍. Bikin semangat kan. Tapi memang kalo cuaca panas begitu, LBH cocok makanan dan minuman yg sejuk.
ReplyDeleteCoba kalo dia jual cold noodles , macam di jepang kan, yg jual di saat summer 😄. Sedaaap cold noodle tuh