Tuesday, 26 March 2024

Juadah Berbuka dan Purnama 15 Ramadan

JUADAH BERBUKA | ROTI CANAI TELUR DAN WAGYU SKEWER
Saya jarang kongsikan juadah berbuka dan sahur kerana hidangan kami biasanya sangat ringkas serta yang sangat mudah disediakan. Kadang-kadang cukup sekadar bubur kacang atau bihun goreng. Tapi sesekali kena letak juga di blog sebagai kenangan masa akan datang.

Juadah berbuka semalam 14 Ramadan - roti canai telur dan wagyu skewer. Ada juga sepiring buah dan bercawan-cawan minuman 😄. Cuaca panas terik, makan tak berapa nak sangat tapi minuman dah terbayang awal nak minum air apa dicampur apa. Minuman biasanya disediakan oleh Encik Suami.

Saya gunakan roti canai frozen jenama Kawan (ejaan pada pek pembungkusan ‘roti chanai’). Masak seketika kedua-dua belah roti canai, kemudian saya letak sebiji telur ayam di atasnya. Terbalikkan sekali lagi bagi garing sikit bahagian yang ada telur. Jadilah roti canai telur atau kita biasa panggil roti telur. Sedap, lembut dan garing roti canai ni. Makan pulak dengan kuah dhal, memang bertambah sedap! Kuah dhal tu pun jenis frozen tau, tak payah susah memasak cuma kena keluar duit lebihlah bila beli makanan frozen ni kan. Kuah dhal pun saya beli jenama Kawan. Saya keluarkan seketika dari peti sejuk beku sebelum masuk microwave selama beberapa minit.

Wagyu skewer tu pulak, pertama kali saya nampak di gerai jualan Aeon Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tapi tak membeli walaupun tertanya-tanya macam mana rasanya. Selepas tu jumpa pulak wagyu skewer frozen di Meat Shop, Kangar yang ditawarkan pada harga promosi RM110 untuk 2 pek. Ada 5 cucuk dalam satu pek. Tu diaaa…yelah kan dah namanya wagyu, haruslah mahal. Encik Suami beli jugaklah, nak mencuba katanya.

Cara masaknya mudah - defrost awal pastikan daging tak beku, kemudian masak atas kuali leper dengan cara pusingkan di setiap bahagian sampai masak. Tak ambil masa lama sebab dagingnya macam susunan daging nipis. Kalau nak ada perasa, bolehlah letak perasa ikut suka. Saya cuma letak sikit serbuk lada hitam. Rasanya? Memang sedap dan sangat lembut. Entah macam mana rasanya kalau dapat makan daging wagyu di Jepun, tentu sangat sedap.


PURNAMA 15 RAMADAN
Waktu malamnya saya keluar ke halaman rumah sendirian demi nak menikmati keindahan bulan purnama dan taburan bintang. Saya suka langit malam di sini, suasana gelap kurang pencemaran cahaya memudahkan saya menikmati apa yang ada di langit.

Foto kiri - Bulan penuh malam 15 Ramadan bersinar indah di balik rimbunan dedaun pokok limau bali sunkist. Foto kanan - Rupa bulan hasil zoom-in ~30x. Saya cuba juga memotret foto taburan bintang, tapi nampaknya lebih indah dilihat dengan mata berbanding dengan lensa kamera telefon.

Masya Allah indah ciptaan-Nya. Juga terasa pantas masa berlalu, kita dah pun berada di pertengahan bulan Ramadan yang mulia.









12 comments:

  1. tak pernah berjaya ambil gambar bulan bintang.. malap aje.

    ReplyDelete
  2. Daging wagyu ini Maal tapi memang sedap. Pernah rasa sedikit dagingnya.
    Saya tidak nampak bulan penuh di tempat saya srlalu tengok semalam.

    ReplyDelete
  3. waahhh daging wagyu! ana ni pulak sementara bulan bermula dgn huruf M, penuh entry dgn 'Menu Ramadhan' sesaje hehehe

    ReplyDelete
  4. Cantik betul gambar bulan tu dengan rimbunan pohon. Teringin jugak wagyu tu tapi fikir 18 kali memang sudahnya tinggal teringin jer la.. haha

    ReplyDelete
  5. sedap menu akak terutama roti canai telur tu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Kelihatan sangat sedap menu berbuka puasa.

    ReplyDelete
  7. Ramadan kali ni saya tak berkongsi juadah berbuka sebab menunya ringkas sama macam tahun tahun sebelumnya. hihi...wagyu skewer tu macam menarik je. Teringin juga nak mencuba tapi tak beli beli lagi. Cantiknya bulan penuh. Nampak jelas juga di zoom tu.

    ReplyDelete
  8. Pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah, Firdaus tertarik melihat bulan penuh walaupun sudah pagi. Cantiklah pula.
    Sedapnya daging wagyu.

    ReplyDelete
  9. Saya dah baca Bbrp kali Wagyu skewer itu, tapi blm sempat rasa 😍. Nanti July nak ke KL dan Penang, saya coba cari lah 😄. Penasaran juga. Dah pernah coba Wagyu di Jepang dulu, memang lah worth every penny. Pelan2 makan biar tak cepat habis hahahah.

    Tgl 25 kemarin saya pun ambil foto supermoon dari hp, dan kebetulan saat msh berwarna oranye terang. Cantiiik sangat. Tapi tak lama kan. Kejab je, berubah putih balik.

    ReplyDelete
  10. sedap sungguh

    ldy kalau ambik gmbr bulan x cantik... kene beli lens lain untuk ambik objek jauh..

    ReplyDelete
  11. Berbuka nampak simple tapi bukan marhain hahaha ... Alhamdulillah rezeki selamat berbuka :D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****