Sejak bulan Ogos lalu, Tefal induction cooker saya mulai ‘meragam’. Sedang saya memasak, tiba-tiba ia tak berfungsi. Paparan pada panel menunjukkan kod ‘E3’.
Apa maksud error code E3?
Error code E3 means voltage over-loaded. Operation can be resumed when power voltage returns to normal rating.
Troubleshooting:
- Wait for the unit to cool.
- Turn the home circuit breaker to the unit off for 30 seconds then back on again.
- Retest the unit operation.
- If these steps do not resolve the issue, no further troubleshooting advice is available. Contact Factory Certified Service to schedule an appointment for repair.
Bukan sekali dua terjadi begitu, makin lama semakin kerap berlaku. Saya dah lakukan langkah penyelesaian seperti di atas, tetapi nampaknya masalah tetap tak dapat diselesaikan.
Induction cooker ni saya dah gunakan selama lebih 3 tahun, iaitu sejak berpindah ke rumah PP (entri berkenaan pembelian Tefal induction cooker - Bila Ada Dua Rumah…). Manakala waranti produk pula untuk 2 tahun. Dah habis waranti maksudnya kos baik pulih atas tanggungan sendiri.
Setelah berfikir-fikir, kami ambil keputusan untuk membeli saja induction cooker yang baru. Induction cooker yang bermasalah tetap jua akan dibaiki, tapi entah bila nak pergi hantar ke pusat servis Tefal yang terletak di Georgetown. Malas nak masuk bandar yang sesak tu.
10 September 2023 lalu, kami ke Harvey Norman yang terletak di bangunan IKEA Batu Kawan atau sekarang dikenali sebagai Klippa Shopping Centre.
Terdapat empat pilihan induction cooker satu ‘tungku’ di sini. Teringin jugak nak beli jenis dua ‘tungku’, lebih mudah bila nak memasak dua jenis masakan serentak. Tapi dengan saiz ruangan dapur sekarang yang terhad, saya tangguhkan dulu hasrat tersebut.
Kali ini kami pilih induction cooker jenama Philips model HD4902. Harganya RM189. Dari segi rupa, Philips induction cooker ini kurang menarik berbanding rupa Tefal induction cooker yang nampak lebih moden.
Dari segi fungsi memasak pula, Tefal lebih bagus sebab ada 6 fungsi memasak. Philips cuma ada 3 fungsi memasak. Memasak dengan Tefal juga lebih mudah sebab boleh set timer sesuka hati dan ada paparan digital countdown timer. Philips pula cuma boleh tetapkan timer 5 minit/15 minit/30 minit atau gabungan 3 masa tersebut dan tiada paparan digital countdown. Disebabkan saya dah terbiasa gunakan timer Tefal untuk set masa tambahan beberapa minit, jadinya terasa leceh jugaklah tak boleh buat begitu lagi bila gunakan Philips ni.
Apa pun, harapnya Philips induction cooker dapat berkhidmat cemerlang dalam tempoh masa yang lebih lama. Jangan jadi macam Tefal yang kecundang selepas 3 tahun. Selain induction cooker, seterika jenama Tefal yang saya gunakan sejak berpindah ke rumah PP juga dah rosak. Sekarang saya dah beli seterika baru jenama Philips. Rasa serik pulak beli peralatan elektrik jenama Tefal, nampaknya tak tahan lama. Seterika di rumah NS jenama Philips dah digunakan selama berbelas tahun pun tak pernah rosak, ini baru beberapa tahun dah bermasalah.
.
Eh, samalah, Ujie. Seterika saya pun jenama Philips. Dari zaman bujang sampai anak dah berjanggut, masih tahan. :D
ReplyDeleteSemoga induction cooker Ujie tahan lama, walaupun rupa dia tak secantik jenama Tefal. Saya masih guna dapur gas. Tak pernah guna induction cooker lagi.
Kan…tahan sungguh sampai buruk dah seterika tu 😄
DeleteSejak duduk rumah tinggi ni lah belajar guna induction cooker. Malas nak angkut tong gas 😬
Tak tahan lama jugak jenama Tefal ni ya. Sy pernah ada seterika brand T yg belum habis warranty dah rosak.
ReplyDeleteGeram kan..cepat sungguh rosaknya. Tapi sekurang-kurangnya Sk punya masih dalam waranti, bolehlah dibaiki secara percuma.
DeletePernah tersuka induction cooker ni ( saya panggil dapur karan)🤭 sebab nampak cantik dan kemas.
ReplyDeleteTapi saya jenis careless risau ppulak nak gina sebba tak nampak api🤭
Tapi ni macam terbekenan pulak
Betul la tu…dapur karen sebab guna letrik tak guna gas 😁
DeleteMula-mula memang rasa janggal sebab tak nampak api macam mana nak agak tahap panas. Tapi lama-lama dah biasa guna, dah boleh agak nak adjust power. Lepas tu senang kita boleh set timer, nanti dia off sendiri.
Elok jugak mamaCella ada sebiji dapur gini, boleh guna kalau kehabisan gas.
Setakat ni puas hati guna perkakas dapur jenama Philips. Tahan lama dan tak mudah rosak.
ReplyDeleteKan..jenama yang dipercayai.
DeleteSy pun ada beberapa peralatan jenama Phillips...
ReplyDeleteKdg tu bila dah habis warranty, mmg ianya mula meragam huhu
Kalau meragam lepas bertahun lama guna, takpe jugak. Ni baru beberapa tahun dan tak banyak tangan yang guna, jadi geram pulak bila cepat sungguh rosak.
DeleteItulah kalau sayapun serik beli jenama sama kalau cepat rosak.
ReplyDeleteHarapnya lama si Philips itu berkhidmat untuk puannya walaupun kurang keistimewaan berbanding si Tefal. Hehe.
Hehe…terpaksa terima kekurangan Philips walaupun suka Tefal.
Deletetak pernah ada dapur letrik gini kak, ingat jenama tefal ni tahan lama tapi idok jugak ye.
ReplyDeleteKalau perkakasan memasak Tefal tu OK. Kalau barang elektrik, tak payahlah beli 😅
DeleteEh benar kaak. Saya dulu pernah pakai tefal ini, dan memang tak lama masa kerjanya 😅. Garansi habis, siap2 lah dia rusak.
ReplyDeleteTapi kalo Phillips, 👍👍👍👍. Setrika saya Phillips, dari sejak nikah sampai Skr, masih oke. Blender pun Phillips dari zaman baru nikah, sampe Skr saya blm ganti. Memang lebih suka jenama ini lah drpd yg lain.
Kiranya memang betul barang letrik Tefal kurang berkualiti, tak tahan lama 😅
DeleteIni pake listrik ya?..saya pernah beli salah satu kompor listrik tapi lupa mereknya apa, tapi kurang bagus karena lama panasnya,jadi masak juga terlalu lama matang,akhirnya beralih ke kompor gas biasa😀
ReplyDeleteIya, pakai letrik. Setakat pengalaman saya pakai jenama Tefal dan Philips ni bagus, cepat panas.
DeleteTak pernah ada jenama tefal kat rumah, jenapa Philips memang tahan lama.
ReplyDeleteSajalah saya nak cuba guna barang letrik Tefal, jenama terkenal jugak kan. Tak sangka pulak tak tahan lama 😅
DeleteMuda juga ye bila boleh tetapkan masa macam ini.. Tak perna guna inducion cooker ini..
ReplyDeleteinduction cooker ada 1 tp brand pensonic...dpt adiah masa join contest tp dh bg kt mak..so tk guna sgt la induction cooker tu...tp jenama philips ni byk yg syorkan kalo brg2 letrik...
ReplyDelete