Kelmarin semasa dalam perjalanan balik dari rumah mentua di Batu Pahat, Johor saya dan Encik Suami berkesempatan singgah makan di Pak Lurah Bistro.
Saya pernah buat entri berkenaan tempat ini pada tahun 2021 DI SINI. Selain terdapat perubahan harga makanan, terdapat juga perubahan menu dan waktu operasi. Waktu operasi terkini saya catatkan di hujung entri ini.
Hidangan pilihan kami kali ini :
Nasi goreng kambing panggang | RM25
Rasa hidangan nasi goreng kambing panggang masih sedap seperti kunjungan sebelum ini. Cuma kambing panggang yang kami dapat kali ini banyak bahagian yang liat. Jadi rasa kurang berbaloi dengan harganya.
Set roti kacang pool | RM8
Biasanya hidangan kacang pool akan letak telur mata tu atas kacang pool, tapi yang ni telur mata diletak atas roti. Saya lebih suka begini sebab mudah saya nak makan roti bersama kacang pool.
Rotinya lembut dan tak kering, makan pula dengan kacang pool yang diperbuat daripada ramuan rempah ratus dan daging cincang, memang sangat sedap!
Set lempeng kacang pool | RM9
Sama je dengan hidangan di atas, cuma roti diganti dengan lempeng. Yang ini pun sedap, nipis dan lembut lempengnya.
Kopi chandu dengan susu segar
Minuman kami - kopi chandu dengan susu segar. Encik Suami pilih kopi chandu panas dan saya pula lebih gemar kopi chandu ais. Harga kopi chandu ais RM6, kopi chandu panas saya kurang pasti harganya sama ada RM4 atau RM5.
Kopi chandu yang dihasilkan dengan campuran kulit kayu manis memberikan rasa kopi yang unik. Penggunaan susu segar pula menambahkan rasa lemak pada kopi chandu. Rasa kopi ini tak manis, memang menepati cita rasa saya. Pendek kata, memang sedap! Bagi penggemar kopi, harus cuba kopi chandu jika datang ke Pak Lurah Bistro.
Alhamdulillah perut sudah kenyang, kami teruskan perjalanan menuju ke utara tanah air. Rancangan asal nak menjenguk dan bermalam di rumah NS terpaksa dibatalkan sebab terdapat perubahan jadual kerja Encik Suami. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, kami keluar di Ipoh dan bermalam selama dua malam di K Garden Hotel. Encik Suami ada urusan kerja di Tanjung Rambutan pula.
———————————————————————-
PAK LURAH BISTRO NASI KAMBING BATU PAHAT
Jalan Besar Parit Sulong,
Batu 7, Felcra Seri Wangi,
Batu Pahat, Johor.
011-3376 3722
Waktu operasi :
Setiap hari | 9 pagi - 3.30 petang
Tutup | Selasa
.
waahhhhhhh nasi goreng kambing panggang tu nampak sedap betul! kopi chandu & kacang pool pun nampak sedap fuhhhhh~
ReplyDeleteAlhamdulillah…kena la dengan selera akak.
DeleteSelamat menikmati perjalan yang menyenangkan bersama Encik Suami tecinta. Sel
ReplyDeleteTerima kasih 😊
DeleteTertarik sy dgn kopi chandu tu, pasti terkenang² kesedapannya bersama roti kacang pool.
ReplyDeleteBetul Sk…memang terkenang-kenang nih 😄
DeleteSaya juga tertarik dengan kopi candhu..Nampak pekat elok.
ReplyDeleteNasi goreng kambing lagi la tapinkalau kena daging liat spoil la jugak kan
Itulah…sebelum ni makan, lembut dagingnya. Kali ni dapat liat pulak.
DeleteCuya tak pernah merasa lagi kacang pool..
ReplyDeleteKopi chandu tu macam best jee
InsyaAllah ada rezeki nanti Cuya jumpa menu gini boleh merasa.
DeleteSemuanya nampak sedap dan menyelerakan 😋
ReplyDeleteSy simpan dulu dlm wish list..
Mana tahu ada rezeki ke BP nanti 🤲
Aamin..moga ada rezeki PH ke BP. Banyak makanan sedap di BP 😀
DeleteTelan air liur tengok kopi candu. Nampak pekat memikat!
ReplyDeleteNasi goreng kambing pun nampak sedap. Sini pun ada kopi candu. Tapi tak pernah cuba. Agaknya, macam nasi ganja ipoh kot, pekena sekali, lain kali nak lagi. :D
Bolehlah cuba kopi candu kat tempat Nur tu, mana tau kena selera.
DeleteDapat daging kambing liat memang potong selera makan.
ReplyDeleteJarang kedai makan letak susu segar.
Kan NA…memang tak pernah jumpa kedai makan buat kopi letak susu segar. Harganya memang lebih mahal, tapi rasa lebih sedap dan taklah manis macam letak susu pekat tu.
DeleteNama tempat makannya unik juga pak lurah , pak lurah kalau di Indonesia artinya yg mengepalai RT dan RW suatu kampung hehehe,..yg bikin penasaran tu kopi chandunya..kayaknya nikmat banget 😀
ReplyDeleteAda kemungkinan pemiliknya orang Jawa (penduduk sini ramai orang Jawa), jadinya letak nama kedai makan dengan unsur Jawa - pak lurah 😀
Deleteakak terpaling menggoda dana telur dia tu, suka beno dana telur kuning dia cari gitu
ReplyDeletesedap2 semua menu tu, teringin puls nmpk kacang pool he hee kena cari jga ni
ReplyDeleteBila baca post kak Ujie ni, terus rindu dgn kacang pool Haji di Larkin. Saya pulak suka telur dalam kacang pool tu. Setakat ni kacang pool Haji yang paling kena dgn tekak saya 😄
ReplyDeleteLempeng tuh saya penasaran sangat rasanya 😍😍.
ReplyDeleteNasi goreng kambingnya kalo dari plating saya suka Krn kambingnya dipisah. Kalo di sini biasanya digaulkan dengan nasi. Sayang pula kalo tak lembut dagingnya ya kak.
Tapj harga nasi goreng kambing di sana tak jauh bedalah dengan sini. Nasgor kambing selalunya mahal 😅
THN depan insyallah saya nak ke JB. Semoga bisa mampir sini
Saya tak nampak lain da.. Sayateruja tengok kopi chandu tu.. kikiki.. Mengancam sungguh..
ReplyDelete