Monday, 6 April 2026

Rain Lily Rosea Pink Berbunga Lebat!

Sebelum ini saya tanam pokok rain lily id Rosea Pink dalam pasu kecil. Jadinya bila berbunga tidaklah nampak meriah - setakat beberapa kuntum je. Beberapa bulan lepas, saya minta Encik Suami pindahkan semuanya tanam dalam bekas lebih besar dan letak di sudut laluan menuju ke rumah.

Sesekali saya letak baja, kerja menyiram pula dilakukan secara bersama - kadang saya siram, kadang Encik Suami.

Lama-kelamaan pokok rain lily membiak memenuhi bekas tanaman, tapi masih tak berbunga. Sehinggalah turun hujan lebat mengakhiri kemarau panjang di tempat kami, beberapa hari selepas itu muncul kudup bunga.

Kelmarin 4 April, bunga rain lily Rosea Pink sudah pun berkembang sepenuhnya. Seronok sungguh tengok rain lily berbunga lebat! Hati saya ikut berbunga-bunga setiap kali memandang luar rumah nampak bunga pink.

Rain Lily Rosea Pink

Rain Lily Rosea Pink

Rain Lily Rosea Pink

Rain Lily Rosea Pink

Alhamdulillah. Terima kasih Allah 🥰







26 comments:

  1. Alhamdulillah menjadi hidup subur selepas hujan.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, cantiknya bunga rain lily ni 😍 mesti pokoknya kena siram selalu baru berbunga kan kak Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Carneyz, kena kerap siram dan saliran tanah yang baik, juga perlu cahaya matahari banyak.

      Delete
  3. Cantikkk... husband sy la geram nk tanam bunga ni kat tepi rumah

    ReplyDelete
  4. Pasni tanam kat bekas lain kak... dia mudah membiak kan

    ReplyDelete
  5. banyakkan lagi Ujie..letak sepanjang sudut rumah..mesti algi cantik

    ReplyDelete
  6. Bunga ni sesuai dalam rumah tak? Cantiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf berita buruk 😄...pokok bunga ni tak sesuai dalam rumah sebab perlu terdedah kepada cahaya matahari.

      Delete
  7. Subhanallah cantik!
    Semai banyak² PU, nanti bertambah cantik halamannya 😍

    ReplyDelete
  8. kalau banyak2 ni atas tanah mesti lagi cantik.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya, cute dan sweet warnanya

    ReplyDelete
  10. Ni kalau kat halaman yang luas dia berbunga dengan banyaknya memang cantik

    ReplyDelete
  11. Uwaaah cantiknya kaaaaak. Kontras pula warna dia dengan hijau daunnya. Saya bayangkan kalau dibuat macam pagar, pasti cantik Krn dihiasi bunga pink

    ReplyDelete
  12. Cantikkk
    Kaler yg memanggg cantik he hee
    Berseri seri
    Tanam guna semai biji ye Ujie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam bawangnya, nanti membiak keluar bawang baru.

      Delete
  13. Masya-Allah, banyaknya bunga! 😍 Ujie letak pokok ni tengah panas ke? Saya punya haram nak berbunga. Daun je lebat. Dah la daun macam daun kucai. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pokok ni perlu banyak cahaya matahari untuk berbunga.

      Delete
  14. cantiknya. meriah bunga dia. memang dia nak banyak air la ye pokok ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya LM, sesuai dengan namanya rain (hujan) pokok ni perlu kerap siram.

      Delete
  15. Bunga ini saya sering liat, tp tak tahu nama. Dan memang cantiiiiik sangat kalah dia bisa tumbuh lebat ya kak. Apalagi kalau tanamannya dibuat memagar. Jadi saat tumbuh cantiknya , Krn merata mekar. 😍😍

    ReplyDelete
  16. jika lagi besar bekasnya pasti lebih banyk bunganya yang mekar

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****