Sunday, 5 April 2026

Pemergian Anak Saudara Sulung

 

Kira-kira pukul 7.10 pagi tadi ketika saya baru memulakan aktiviti morning walk, telefon di tangan saya berbunyi. Tertera di skrin nama abang sulung saya, yang juga satu-satunya saudara lelaki daripada sembilan beradik. Terdengar suaranya bergetar menyampaikan khabar duka.

Inna lillah wa inna ilayhi roji’un

Izam - anak saudara sulung iaitu anak pertama abang saya telah kembali ke pangkuan Ilahi ketika dalam tidur. AllahuAkbar 🥺. Perginya dalam usia 35 tahun, meninggalkan seorang isteri yang baru setahun lebih mereka mendirikan rumah tangga.

Menangis dan jadi termenung saya pagi tadi dengan khabar yang mengejutkan. Kali terakhir saya berjumpa dengan Izam dan isterinya pada 1 Februari lalu, ketika itu kami balik kampung dan kebetulan mereka berdua datang menziarahi mak saya (nenek mereka).

Itulah pertemuan terakhir kami, balik raya baru-baru ini saya tak berkesempatan bertemu mereka. Hari ini saya telah kehilangan seorang daripada 30 orang anak saudara 😢

Ya Allah, ampunilah segala dosanya dan rahmatilah rohnya.
Kurniakanlah kekuatan jiwa buat isteri yang ditinggalkan.




 

23 comments:

  1. Innalillahiwaiinailaihirojiun. Kematian mengejut yang buat kita tersentak sebab pergi tanpa tanda.
    Al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainaillahirojiun. Allahuakbar, berat ujian buat isterinya yang baru dinikahi. Semoga isteri dan seluruh ahli keluarganya tabah dan sabar dengan dugaan. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin

    ReplyDelete
  3. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Salam Takziah buat seisi keluarga

    Semoga rohnya dicucuri Rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun.salam takziah Ujie..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  6. Salam takziah ujie buat keluarga arwah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang² soleh disisiNYA

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainnalillahirajiun

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.

    Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.

    Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah

    ReplyDelete
  8. Innalillawainailayhirojiun... Semoga arwah dicucuri RahmatNya

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar. Muda lagi umurnya. Belum sempat menimang cahayamata lagi 😢 Semoga roh arwah anak saudara kak Ujie ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Salam takziah Kak Ujie sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. Inna lillah wa inna ilayhi roji’un

    Salam takziah buat seisi keluarga.. pemergian mengejut dan tanpa sakit mcm ni mmg menyakitkan.. semoga isteri dan ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ni

    ReplyDelete
  11. Inalillahiwainnalillahirojiun... salam takziah kak, sedihnya dahla masih raya lagi ni.

    ReplyDelete
  12. Innalillahiwainnailaihiraajiuun..Allahuakbar naikbulu roma sy,turut terasa sedihnya.
    salam takziah untuk akak sekeluarga,moga arwah dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  13. Salam takziah buat PU & seluruh keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT .

    Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dan kesabaran utk semua ahli keluarga

    ReplyDelete
  14. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn..

    Allahuakbar! Salam takziah buat abg sulung sekeluarga dan isteri anak saudara serta Ujie juga atas kehilangan ini. Semoga roh anak saudara Ujie dicucuri rahmat, Amiiinnnn YRA.

    ReplyDelete
  15. Innalillahiwaiinailaihirojiun. Salam takziah utk sis sekeluarga.

    ReplyDelete
  16. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA SEMUA 🥺💙

    ReplyDelete
  17. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    ReplyDelete
  18. Salam takziah ujie. Sedihnya bila kehilangan yang tiba-tiba begini.

    ReplyDelete
  19. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Kematian mengejut begini yg selalunya buat keluarga tak siap. Tiba2 sangat 😭😭. Semoga seluruh keluarga trutama istri dan orangtua almarhum ikhlas , dan kuat menerima cobaan ini

    ReplyDelete
  20. anak saudara sulung ni sweetheart bagi seluruh ahli keluarga. lahirnya dia, terus seseorang tu jadi nenek dan atuk, jadi pakcik dan makcik.. excited jumpa ahli keluarga baru

    semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  21. Innalillahiwainnailaihirojiun... saya tumpang sedih, Ujie.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****