Sebelum ini saya tanam pokok rain lily id Rosea Pink dalam pasu kecil. Jadinya bila berbunga tidaklah nampak meriah - setakat beberapa kuntum je. Beberapa bulan lepas, saya minta Encik Suami pindahkan semuanya tanam dalam bekas lebih besar dan letak di sudut laluan menuju ke rumah.
Sesekali saya letak baja, kerja menyiram pula dilakukan secara bersama - kadang saya siram, kadang Encik Suami.
Lama-kelamaan pokok rain lily membiak memenuhi bekas tanaman, tapi masih tak berbunga. Sehinggalah turun hujan lebat mengakhiri kemarau panjang di tempat kami, beberapa hari selepas itu muncul kudup bunga.
Kelmarin 4 April, bunga rain lily Rosea Pink sudah pun berkembang sepenuhnya. Seronok sungguh tengok rain lily berbunga lebat! Hati saya ikut berbunga-bunga setiap kali memandang luar rumah nampak bunga pink.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah 🥰




Alhamdulillah menjadi hidup subur selepas hujan.
ReplyDeletecantik bunganya
ReplyDeleteSubhanallah, cantiknya bunga rain lily ni 😍 mesti pokoknya kena siram selalu baru berbunga kan kak Ujie.
ReplyDeleteYa Carneyz, kena kerap siram dan saliran tanah yang baik, juga perlu cahaya matahari banyak.
DeleteCantikkk... husband sy la geram nk tanam bunga ni kat tepi rumah
ReplyDeletePasni tanam kat bekas lain kak... dia mudah membiak kan
ReplyDeletebanyakkan lagi Ujie..letak sepanjang sudut rumah..mesti algi cantik
ReplyDeleteBunga ni sesuai dalam rumah tak? Cantiknya
ReplyDeleteMaaf berita buruk 😄...pokok bunga ni tak sesuai dalam rumah sebab perlu terdedah kepada cahaya matahari.
DeleteSubhanallah cantik!
ReplyDeleteSemai banyak² PU, nanti bertambah cantik halamannya 😍
kalau banyak2 ni atas tanah mesti lagi cantik.
ReplyDeleteCantiknya, cute dan sweet warnanya
ReplyDeleteberseri-seri halaman rumah
ReplyDeleteNi kalau kat halaman yang luas dia berbunga dengan banyaknya memang cantik
ReplyDeleteUwaaah cantiknya kaaaaak. Kontras pula warna dia dengan hijau daunnya. Saya bayangkan kalau dibuat macam pagar, pasti cantik Krn dihiasi bunga pink
ReplyDeleteCantikkk
ReplyDeleteKaler yg memanggg cantik he hee
Berseri seri
Tanam guna semai biji ye Ujie?
Tanam bawangnya, nanti membiak keluar bawang baru.
DeleteMasya-Allah, banyaknya bunga! 😍 Ujie letak pokok ni tengah panas ke? Saya punya haram nak berbunga. Daun je lebat. Dah la daun macam daun kucai. Hehe..
ReplyDeleteBetul, pokok ni perlu banyak cahaya matahari untuk berbunga.
Deletekecik comey je bunganya
ReplyDeleteCantiknyaaaa
ReplyDeletePink kaler
Cantiknya
ReplyDeletePink kaler
cantiknya. meriah bunga dia. memang dia nak banyak air la ye pokok ni?
ReplyDeleteIya LM, sesuai dengan namanya rain (hujan) pokok ni perlu kerap siram.
DeleteBunga ini saya sering liat, tp tak tahu nama. Dan memang cantiiiiik sangat kalah dia bisa tumbuh lebat ya kak. Apalagi kalau tanamannya dibuat memagar. Jadi saat tumbuh cantiknya , Krn merata mekar. 😍😍
ReplyDeletejika lagi besar bekasnya pasti lebih banyk bunganya yang mekar
ReplyDelete