Catatan hari Ahad-Selasa, 15-17 Februari 2026.
Cuti panjang menjelang bulan Ramadan, saya dan Encik Suami ke Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding, Gerik, Perak. Lokasi yang saya jangkakan tak ramai pengunjung, laluan tidak sesak dan tak terlalu jauh dari rumah iaitu kira-kira 242 km. Alhamdulillah jangkaan saya tepat - laluan lancar dan dapat bercuti di tempat yang sangat kurang pengunjung.
Bagi yang biasa lalu jalan Gerik-Jeli atau lebih dikenali sebagai Lebuh Raya Timur-Barat (LRTB), tentu perasan kewujudan sebuah resort di laluan ini yang terletak berhampiran Jambatan Barat Tasik Temenggor.
![]() |
| Jambatan Barat Tasik Temenggor. |
Kami dari arah Gerik, Belum Rainforest Resort terletak di sebelah kanan jalan selepas Jambatan Barat Tasik Temenggor.
Peta menunjukkan kedudukan resort yang terletak di Pulau Banding - pulau yang terbentuk kesan pembinaan Empangan Temenggor pada pertengahan 1970-an. Tasik yang terbentuk pula dikenali sebagai Tasik Temenggor.
![]() |
| Ruang legar Belum Rainforest Resort. |
Kami disambut mesra oleh dua orang staf resort, siap diberi welcome drink yang sedap! Encik Suami sempat bertanya air apa - katanya air teh serai, madu & halia. Kami boleh datang minum secara percuma, sambil tangannya menunjuk arah kaunter yang terletak di ruang sebelah (ada pintu kaca pemisah ruang).
Peta kawasan resort. Terdapat tiga jenis penginapan di sini - bilik, traditional chalet (kampung house) dan vila. Jika nak menginap di houseboat pun boleh juga, ada pakej houseboat. Kami menginap di bilik Chengal - menghadap Tasik Temenggor.
![]() |
| Klik untuk paparan lebih jelas. |
Kadar harga bilik yang dipaparkan di kaunter. Masa mula-mula saya buat carian berkenaan resort ini, memang terkejut tengok harganya. Tapi saya sedia maklum rata-rata penginapan jenis rainforest resort biasanya mahal disebabkan lokasi, penginapan selesa dan pengalaman eksklusif yang ditawarkan.
Encik Suami kata, kita ambil dua malam terus bagi betul-betul puas bercuti di sini. Ini kali pertama kami bercuti di dalam negara dengan harga bilik semahal ini 😅
Kami beli menerusi Agoda, dapat harga RM1,247.35 penginapan 3 hari 2 malam (termasuk sarapan) bagi bilik Chengal aras bawah (GF). Dapat kurang sikitlah berbanding harga dipaparkan.
Kalian boleh terus ke laman web Belum Rainforest Resort system.idb.com.my untuk tempahan penginapan dan info kadar harga promosi sempena musim tertentu (Ramadan, cuti perayaan dan cuti sekolah).
![]() |
| Penginapan bilik Chengal di sebelah kiri dan traditional chalet di sebelah kanan (kedudukan lebih rendah). |
Kenderaan tak boleh bawa ke kawasan penginapan. Kami dibawa naik buggy untuk ke bilik. Kalau nak jalan kaki pun boleh, tapi agak penat jugalah sebab bentuk muka bumi berbukit. Sekali je kami naik buggy sebab nak angkut beg, lepas tu jalan kaki je.
Kami dibawa melihat kawasan penginapan sebelum dihantar ke bilik. Bilik kami terletak paling hadapan di kedudukan pertama, kami dibawa jalan-jalan sehingga ke penginapan jenis vila yang terletak jauh di atas bukit. Staf perempuan yang bawa kami siap bagi penerangan berkenaan jenis bilik dan kemudahan yang tersedia di sini. Memang terbaik!
Masya Allah cantik pemandangan 😍. Perbukitan, Jambatan Barat Tasik Temenggor dan Tasik Temenggor menjadi latar pemandangan di sini. Paling menarik, terdapat infinity pool di sini.
Staf kata, kalau nak ke restoran kena lalu sini. Laluan bertangga yang tinggi dan jauh. Bahagian bawah yang ada set kerusi meja tu pula merupakan ruang indoor game.
Mendaki anak tangga untuk tiba di Hornbill Restaurant. Penat ya, entah berapa kali saya berhenti ambil nafas sejak mula mendaki anak tangga besi tadi 😅
Sempat dua kali je kami guna laluan bertangga ni. Selepas menjelajah tempat ini, kami dapati lebih mudah ikut laluan bertar di jalan utama untuk ke restoran. Masih perlu mendaki, tapi mendaki jalan tar bukan anak tangga.
![]() |
| Surau resort. |
Kami solat dalam bilik jelah kan, tapi saya tunjuk juga surau ni sebab rupa-rupanya orang ramai boleh berkunjung ke resort ini tanpa perlu menginap. Cuma perlu bayar RM5 satu kenderaan - pengunjung boleh berjalan-jalan menikmati keindahan alam tempat ini, boleh makan di restoran, guna tandas dan surau. Kenderaan boleh parkir depan restoran, cuma kalau nak ke surau kena jalan kaki turun ke bawah sikit.
Jika nak guna servis buggy untuk bersiar-siar di sini, perlu tambahan bayaran. Kalau tak silap saya, caj dikenakan RM5/orang.
Jeti dan tempat berlabuh houseboat. Semua aktiviti air bermula di sini - naik bot, berkayak dan naik rakit buluh.
InsyaAllah catatan lanjut berkenaan bilik penginapan kami, makan-makan di Hornbill Restaurant dan aktiviti kami sepanjang di sini pada entri seterusnya.
Video pendek suasana sekitar Belum Rainforest Resort.











waahhhh! Ana yg anak jati negeri Perak pun blm pernah sampai lagi area sini ehehe
ReplyDeleteInsyaAllah, nanti Ana sampai la tu 😀
DeleteMasa kecik pernah la lalu situ. Pernah juga bergambar nampak view jambatan. Masa tu dari Lipis nak ke Penang ikut Gerik.
ReplyDeleteMesti dulu laluan ni lebih sunyi, lebih mencabar kan.
DeleteInilah tempat yang SA idam-idamkan sebenarnya Ujie...bila la dapat pergi...back to nature kan....
ReplyDeleteInsyaAllah moga ada rezeki SA cuti-cuti sini ya.
DeleteDah lama tak lalu jalan ni. Last 2018
ReplyDeleteDekat 10 tahun dah tu.
DeleteSubhanallah cantik.
ReplyDeleteBagus pekerja yang bawa bugi terangkan setiap jenis bilik dan perkhidmatan.
Mujurlah dia bawa kami meronda sampai hujung atas bukit (penginapan vila), sebab lepas tu kami tak rajin pun nak mendaki ke sana 😅
DeleteCantiknya resort ni! Sangka saya resort dlm hutan jenis ala kadar saja fasilitinya. Tapi wow sangat rupanya siap ada infinity pool 👍🏻
ReplyDeleteKena menabunglah hehe
Ada jugak yang ala kadar, pernah kena masa saya menginap di Sedim 😅
DeleteYang ini memang wow! InsyaAllah moga ada rezeki PH cuti-cuti sini ya.
saya suka tempat-tempat yang macam ni.. dikelilingi hutan hijau. alur air, jauh dari kebingitan enjin kenderaan.. salam ramadan
ReplyDeleteTenang jiwa dapat ke tempat gini.
DeleteCantik tempatnya ni. Dikelilingi kehijauan.
ReplyDeleteSesuailah untuk yang suka hijau alam.
DeleteBanyak tempat menarik di negara kita kan Uji. Teringin nak meronda kalau ada cuti panjang.
ReplyDeleteKak Amie memang sentiasa meronda tiap cuti panjang kan. Seronok tengok.
Deletecantik resortnya dgn view permandangan yg menenangkan jiwa
ReplyDeleteSebelum sampai, saya tak tau pun cantik gini. Masa sampai tu...rasa macam..wahh!
DeleteWalaupun harga dia boleh tahan tapi tempat dia tu je dah exclusive dah, tak sabar nak tengok bilik dan yg lain2 kak.
ReplyDeleteHehe..iya, harga sesuai dengan kemudahan dan lokasinya.
DeletePercutian alam semula jadi seperti ini memang terasa sangat menenangkan. Dikelilingi hutan dan suasana hijau kadang buat kita rasa lebih tenang dan jauh dari kesibukan harian.
ReplyDeleteRasa macam di dunia terasing 😀
DeleteTeringin nak naik house boat... tak pernah lagi!
ReplyDeleteSaya pun belum pernah. Teringin jugak, kena ada geng baru boleh share kos sewa satu houseboat.
DeleteMenarik tempat begini.
ReplyDeleteRasa tenang je.
Alam semula jadi buat kita rasa tenang.
DeleteTak pernah lagi singgah sini.
ReplyDeleteDulu2 selalulah juga lalu lebuh raya timur barat ni
Kira dah puas lalu jugaklah ya Wak 😀. Dulu-dulu mesti biasa jumpa gajah kat area tu kan.
DeleteWahhhh cantiknya tempatnya. Terima kasih perkongsiannya Ujie. Nanti boleh masukkan dalam itinerari bila ada berkesempatan menjelajah Gerik satu hari nanti. Molek sungguh tempatnya. Healing dikelilingi alam semulajadi tasik dan hutan.
ReplyDeleteSama-sama Ksarie 😊
DeleteInsyaAllah moga ada kesempatan ke sini nanti.
nengok harga dia bilik for 2 pun dah sebegitu, agaknya memang tak tidurlah saya kat sini haha. dah 2 kali kawan saya ajak naik boathouse royal belum ni, 2 kali tu jugaklah saya tk merasa
ReplyDeleteAkak dah umur gini barulah ada rezeki duduk bilik harga gitu 😄
DeleteAlah..rugilah tak join naik houseboat tu. Akak teringin tapi takde geng.
kdg percutian dekat dgn alam macam ni laa yg paling menenangkan walaupun kena daki tangga tp pemandangan yg dapat mmg berbaloi...
ReplyDeleteBab daki tangga tu, akak tak tau pun. Rupa-rupanya sini jenis berbukit 😅
DeleteBanyak kali plan nak ke Belum tapi tak sampai2 lagi. Cantiknya resort, kelilingnya alam semulajadi.
ReplyDeleteSaya pernah masuk guna tandas, bayar 5 ringgit. Masa tu anak² kecil lagi, sulaiman muntah atas saya dalam kereta, perjalanan balik Perak dari Kelantan. Lawa tandas dia, sempat saya mandi. 😁
ReplyDelete