Tuesday, 30 December 2025

13 Jam Transit di Singapura

Catatan terakhir trip ke negara China - wilayah Yunnan dan Jiangsu pada bulan April 2025. Sambungan catatan terdahulu —> Nanjing | Qinhuai River Cruise - Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang - Selamat Tinggal Nanjing

Kali terakhir saya menjejakkan kaki di Singapura ketika zaman kanak-kanak, sudah berpuluh tahun lamanya. Tak sangka pula saya akan kembali ke sini disebabkan tempoh transit yang panjang iaitu kira-kira 13 jam (kisahnya - kawan tersilap tengok waktu penerbangan semasa membeli tiket 😄).

Hikmahnya, dapatlah saya melihat keadaan terkini negara pulau yang terletak berhampiran negeri Johor - tanah kelahiran saya dan Encik Suami.


SARAPAN DI BEDOK
Dari Changi Airport kami berlima ke kawasan perumahan di Bedok, tempat tinggal emak kepada salah seorang ahli grup kami. Alang-alang transit lama di Singapura, bolehlah dia ke rumah emaknya.

Bedok, Singapore
Kawasan di sini nampaknya tersusun elok - terdapat blok-blok rumah, deretan kedai menjual pelbagai barangan dan sebuah bangunan yang menempatkan pasar basah serta gerai makan.

Pukul 8 pagi - kami menikmati hidangan sarapan di sini. Mi rebus dan lontong, sedap memuaskan selera.


BEREHAT SEKETIKA DI AMARA SINGAPORE, TANJONG PAGAR
Perut dah kenyang, tiba masa untuk merehatkan badan pula. Kami ke Amara Singapore, hotel yang terletak di Tanjong Pagar.

Saya punya mengantuk sampai tahap tersengguk dalam kenderaan e-hailing tadi 😅. Dapat masuk bilik penginapan, saya segera membersihkan diri kemudian terus tidur. Walaupun mengantuk, saya gagahkan diri memotret itu ini sebagai simpanan memori akan datang.

Amara Singapore
Laluan ke bilik penginapan.

Amara Singapore
Bilik sederhana luas.

Amara Singapore
Bersih selesa.

Amara Singapore
Pemandangan dari jendela bilik.

Amara Singapore
Ruang khas untuk bersiap, gantung pakaian dan letak beg pakaian.

Amara Singapore
Ruang tadi di sebelah kanan, di sebelah kiri terus nampak singki. Ada nota - air paip singki selamat untuk diminum.

Amara Singapore
Ruang mandi asing dengan tandas.

Amara Singapore
Tandas terbuka tanpa pintu 😂. Sebenarnya, ada pintu sebelum masuk ruang bersiap tadi. Cuma saya rasa janggal sebab pintu tadi tu kira jauh dari tandas ni.


CHANGI AIRPORT
Pukul 5 petang, kami mendaftar keluar hotel menuju ke Changi Airport. Saya teringin nak ke Jewel Changi (yang ada air terjun tinggi cantik tu), tapi nampaknya tak cukup masa. 

Amara Singapore
Hiasan raya. Masa ni masih dalam bulan Syawal.

Amara Singapore
Suasana dalam lapangan terbang.

Amara Singapore
Pemandangan di bahagian luar.

Pesawat Scoot Airlines yang kami naiki berlepas meninggalkan Changi Airport pada pukul 7.45 malam dan tiba di Penang Airport kira-kira 1 jam 15 minit kemudian.

*

Syukur Alhamdulillah selesai sudah catatan trip kerja (saya ikut Encik Suami atas urusan kerja) ke dua wilayah di China sebelum berakhirnya tahun 2025 😄

Semua catatan trip ini boleh baca DI SINI. Cuma leceh sikitlah kena klik ‘Older Post’ untuk baca catatan yang pertama.







29 comments:

  1. Alhamdulillah dapat berehat dan lelapan mata seketika ye...lama gak transit sampai 13 jam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gara-gara tersilap tengok masa, gitulah 😅

      Delete
  2. Wahhh...Lama tu smp 13 jam..1st time sy ke s'pore tahun 2013 bwk che mek ke USS =D

    ReplyDelete
  3. Hotel dia boleh terima guest check-in sekejap je ye. Boleh juga berlunjur istirehat sekejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah macam mana kira tu, semua orang yang uruskan kami ikut je.

      Bukan takat berlunjur, saya tidur berjam-jam 😄

      Delete
  4. Hotel cantik bersih kemas memang selesa kan. Mee rebus tu sedapnya Ujie. Lama jugak tak Singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi rebus tu nampak biasa je tapi memang sedap. Dapat pulak telur rebus sebiji, puas makan 😀

      Delete
  5. Lama tu transit 13 jam. Tapi bolehlah berehat² dan recharge badan dulu PU kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat kot nak berjalan-jalan bila transit lama, tapi saya mengantuk dan letih jadi kita tidur berehat jelah 😄

      Delete
  6. Cantik hotelnya, mujur sempat ambil gambar sebelum rehat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah blogger kan…penat pun masih larat ambil gambar 😆

      Delete
  7. Isk, rasanya nak balik Pontian sekejap pun sempat tu, hihi.

    ReplyDelete
  8. Seronok nya dapat jalan² ..kerja tp dlm ms yg sama dpt cuti² jgk hehe... transit lama mmg best la dpt keluar dn jalan² kat sg tu. Tp syg ye x smpt nk tgk jewel changi yg viral tu hehe..mybe next time la kot kan klu ada rezeki lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena plan khusus jalan-jalan di sana 😀

      Delete
  9. Sayapun ke Singapura sebab transit tapi tidak sempat keluat.
    Kalau jalan-jalan di Singapura memang sudah lama semasa saya sekolah rendah, itupun sebab pernah duduk JB.
    Hehe komitmen ambil gambar walaupun penat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu matawang Singapura rendah, yang duduk Johor ni memang selalulah masuk sana untuk shopping kan..😀

      Gitulah blogger, tak lupa ambil gambar walau penat 😄

      Delete
  10. Mudahan satu hari nanti saya berkesempatan juga untuk ke Kota Singa...aka Singapura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin…insyaAllah moga tercapat hasrat hati.

      Delete
  11. walaupun tinggal di JB, saya masih belum berkesempatan untuk ke Singapura...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab kurang daya penarik, jadi tak beria nak ke sana.

      Delete
  12. saya pun belum pernah ke singapura lagi. padahal negara jiran sebelah je.
    teringin nak tengok changi jewels tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya gitu kan, yang dekat tu yang lambat kita nak sampai 😄

      Delete
  13. Kemarin tuh dari Maldives saya juga transit SG. Tapi hanya 7 jam saja. Itupun lumayan dah jalan2 keliling Changi, lalu saat balik Indonesia, kluar sebentar lah ke Bugis street , cari makan 🤭😄.

    Sukaaaa sangat transit di Changi ini. Saya dan teman dah plan kak, next trip kami nak pakai SQ lagi demi bisa transit di SG. Itupun akan cari yg transit lamaaaaaa, biar bisa eksplor 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, orang kata kalau seharian di Changi Airport pun kita tak akan bosan 😀. Banyak tempat boleh explore.

      Delete
  14. Leganya bila dapat berehat ye..
    Lama juga transitnya ya.. Bolehlah jalan-jalan cuci mata..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****