Friday, 26 December 2025

Bunga Liar | Bidens Alba

Saya suka berjalan-jalan pada waktu pagi bukan semata-mata kerana menjaga kesihatan fizikal, tetapi juga kerana saya gemar memerhati alam. Memang sesuailah takdir membawa saya ke sini - kawasan luar bandar yang begitu dekat dengan alam semula jadi.

Bidens Alba
Sejak terserempak dengan ular, saya morning walk pakai kasut berkebun paras betis untuk tujuan keselamatan. Kasut begini juga memudahkan saya meredah kawasan rumput tinggi bagi memerhati tumbuhan.

Suatu pagi di pertengahan bulan Disember, saya perasan kemunculan bunga kecil dengan kelopak berwarna putih - macam bunga daisy. Hasil carian internet berdasarkan rupa bunga dan ciri-ciri batang pokok serta daunnya, saya yakin ini adalah pokok bunga Bidens Alba.

BIDENS ALBA
Bidens alba is a species of flowering plant in the family Asteraceae, commonly known as shepherd's needles, beggarticks, Spanish needles, or butterfly needles. Bidens means two- toothed, describing the two projections found at the top of the seeds, and alba refers to the white ray florets. 
This plant is found in tropical and subtropical regions of North America, Asia, South America, and Africa, situated in gardens, road sides, farm fields and disturbed sites. B. alba is an annual or short-lived perennial, which is considered a weed in the United States. However, B. alba leaves are edible and can be used as medicinal remedies. [sumber : wikipedia]

Bidens Alba
Bunga dengan kelopak putih dan tengahnya berwarna kuning bergoyang ditiup angin bagai melambai saya mendekati tumbuhan ini.

Bidens Alba
Bunga saiz kecil masih belum mekar sepenuhnya dan yang tengah tu dah tanggal kelopaknya.

Bidens Alba
Bunga Bidens Alba yang sudah mekar sepenuhnya. Masya Allah cantik!

Bidens Alba
Batang pokok jenis menegak ke atas dan bercabang dengan warna hijau ungu.

Bidens Alba
Daunnya tirus dan bergerigi.

Bidens Alba
Benihnya panjang dan ada dua duri tajam bercangkuk di hujung.

Video memaparkan pokok bunga Bidens Alba.

Carian saya juga mendapati bunga Bidens Alba menjadi kegemaran serangga pendebunga dan ia sangat bermanfaat untuk penternakan kelulut. Daun dan bunganya juga mempunyai manfaat perubatan.

Alhamdulillah, seronok rasanya dapat tahu lanjut berkenaan bunga liar yang saya temui di kawasan rumah ni. Keindahan yang tersembunyi di balik semak.







19 comments:

  1. Cantik bunganya tapi kena lebih berhati-hati di dalam semak itu.

    ReplyDelete
  2. Benih dia x leh amik and semai kat halaman rumah ke Ujie? SA suka bunga2 kecik ni..selalu nampak katvsemak-semak kan..bayangkan tabur benihnya di depan rumah mesti cantik.kalau berbunga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je SA. Tapi saya yang tak rajin nak membela 😄

      Delete
  3. Kita panggil mini sunflower PU :D
    Nanti nak check namanya dlm Bahasa Melayu. Selalu jumpa bunga ni masa brisk walk atau hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada nama dalam BM senang sikit nak ingat dan sebut kan.

      Delete
  4. oh ni nama bunganya. saya panggil daisy kecik je hahaha. warna pun nak sama mcm daisy :p isk teruk betul ilmu bunga2 saya ni

    takutnya kalau jalan2 dalam semak tiba2 terjumpa ular..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam daisy pun kan. Sama je kita bab nama bunga, ni tau sebab buat carian 😄

      Masa kali pertama terjumpa ular dalam semak tu, akak terkejut ular pun terkejut. Sama-sama patah balik 😅

      Delete
  5. Benih dia nampak macam benih ulam raja. Selalu jumpa bunga liar ini tepi padang, tapi saya tak pernah perhatikan benih dia camana. Mekasih atas perkongsian, Ujie. 👍
    P/S: Mengekor je anak bulu, Ujie pergi jalan pagi, ya. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..benih macam ulam raja. Saya sejak duduk sini jadi minat memerhati alam sebab jenis tumbuhan dan haiwan berubah ikut musim. Jadi seronok memerhati.

      Haha...kena paksa tu, saya dukung sampai atas bukit. Nak turun balik, biar dia jalan sendiri.

      Delete
  6. Selalu nampak bunga ni dekat tepi kondo rumah saya (belakang kondo ada padang), tapi tak pernah tau nama bunga ni. Baru tau skrg hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..akak je ni yang pelik suka memerhati bunga liar.

      Delete
  7. Cantiknya bunga liar/bidens alba ni. Memang ralit kan tengok pokok2 dan tumbuhan, tenang je. Alaa kisah ular, seram lah Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh buat apa, duduk kat tempat gini memang banyak ular 😅

      Delete
  8. bunga liar yang cantik dan banyak juga manfaatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak sangka ada manfaat perubatan dan sangat berguna untuk ternak lebah kelulut.

      Delete
  9. Bunga putih ni selalunya ada bau yang wangi sebab dia takde warna untuk attract lebah. Selalu nampak bunga ni kat semak....

    ReplyDelete
  10. Tengok gambar Puan Ujie potretkan, saya rasa pernah jumpa semasa kecil. Baru tahu juga namanya Bidens Alba. Apalah namanya dalam Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  11. Macam pernah lihat bunga ini zaman kecil duluuu. Banyak rumah di padang2 . Kebetulan masih banyak lapangan rumput luas di rumah Aceh dulu. Cantiiiik kalau banyak mekar 😍😍

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****