CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Jalan-jalan Menikmati Suasana Malam di Liyang
Hari Isnin bersamaan 14 April 2025, hari terakhir kami berada di negara China. Penerbangan kami ke Singapura dijadualkan pada pukul 1.25 pagi, hari Selasa. Jadinya kami ada masa seharian untuk berjalan-jalan di Nanjing.
Pukul 9.15 pagi, kami mendaftar keluar dari Liyang Marriot Hotel menuju ke Liyang Railway Station. Jika sebelum ini kami datang ke Liyang dengan menaiki kenderaan sewa, tetapi untuk kembali ke Nanjing kami menaiki high-speed train.
Suasana di Liyang Railway Station. Tenang, tak sesak dengan orang ramai. Terdapat petugas sedang berdiri di beberapa sudut stesen, sedia membantu para penumpang. Bagus betul.
Tiba masa, kami ke platform untuk menaiki tren. Penumpang beratur mengikut koc yang bakal dinaiki.
9.54 pagi, tren kami tiba. High-speed train ini dikendalikan oleh China Railway Shanghai Group. Ia dalam perjalanan dari Shanghaihongqiao Railway Station menuju ke Nanjing South Railway Station dengan melalui 7 buah stesen perhentian - Liyang merupakan stesen perhentian kelima.
Kami naik koc no. 1, paling hadapan.
Koc no. 1 untuk tempat duduk Kelas Pertama dengan susunan kerusi 2-2. Kadar tambang sebanyak 81 yuan bagi perjalanan dari Liyang ke Nanjing.
Pada skrin hadapan (di atas pintu), tertera info antaranya suhu di luar & di dalam dan kod tren ini iaitu C3602.
Tempat duduknya luas selesa.
Diberi juga senaskhah akhbar Shanghai Securities News.
Antara pemandangan di luar yang sempat saya rakam.
Sekejap saja perjalanan kami, dalam tempoh 30 minit kami selamat tiba di Nanjing South Railway Station. Stesen di sini besar dengan deretan platform.
Suasana sibuk di dalam Nanjing South Railway Station.
Kami kemudiannya bergerak meninggalkan stesen dengan menaiki sebuah kenderaan sewa yang akan membawa kami berjalan-jalan di sekitar Nanjing.
Tempat tarikan pelancongan yang kami kunjungi :
- Yuhuatai Scenic Area
- Niushoushan Cultural Park
- Jalan-jalan di kawasan pelancongan Qinhuai River
- Aktiviti night cruise di Qinhuai River
Insya Allah catatan lanjut berkenaan aktiviti jalan-jalan di entri seterusnya.










Bagus beratur nak tunggu train. Masih ada surat khabar juga kat sana. Tapi tu la bahasa cina tu camne nak baca. Hihi
ReplyDeleteHaha itulah, kita belek surat khabar aje lah.
DeleteTahun depan nih saya akan transit di China kalau misal plan ke Mongolia jadi. Memang rindu lah lihat kota2 di sana. Pernah merasakan naik bullet train nya untuk pindah kota. Memang teratur, bersih dan efisien.
ReplyDeleteFanny yang bakal ke Mongolia, akak pula yang excited!
DeleteSayapun salfok dengan foto surat kabar 😅. Rasanya dah lama tak baca koran fisik begini. Hebat orang di sana, masih membaca koran fisik yaa . Rata2 dah langganan secara online kalau di sini
ReplyDeleteAkak pun tak ingat bila kali terakhir membeli akhbar fizikal 😄
DeleteBaguihnya beratur macam tu. Menggambarkan tahap disiplin yg tinggi
ReplyDeleteSaya terkejut jugak sebenarnya tau, kali pertama nampak penumpang beratur untuk masuk gerabak.
DeleteSelesa betul nampaknya kerusi 1st class tu ... Sedap dapat menyandar
ReplyDeleteAlhamdulillah selesa, tapi sekejap sangat perjalanannya 😄
Deletesana memang diterapkan disiplin kan Ujie...selesa betul 1st class dan pemandangan pun cantik...suratkhabar dia bagi tu bukan dapat baca pun kan..dalam bahasa cina je
ReplyDeleteTak tau nak cakap SA, sebab ni kali pertama jumpa orang beratur untuk masuk koc 😄. Hahah..iya, terus jadi buta huruf.
DeleteDapatlah juga berpeluang jalan-jalan ni Nanjing sekejap kan. Mesti best naik high speed train ni. Kejap je sampai dah. Dapat koc paling depan, first class pulak tu.
ReplyDeleteAlamak, surat khabar Cina pula dibagikan. Mana nak reti baca. hihi..Dalam laju-laju train dapat juga ambil gambar cantik walaupun nampak motion sikit.
Iya Alhamdulillah ada jugak la peluang explore Nanjing.
DeleteKalau tak silap akak ambil gambar ni masa tren baru mula bergerak lepas berhenti sekejap di stesen perhentian, jadi belum terlalu laju.
Dia bagi juga suratkhabar kepada semua ya?
ReplyDeleteMemang nampak luas dan selesa dalam koc keretapi.
Tak pasti dia bagi pada semua atau pada kami yang duduk di Kelas Pertama sahaja.
Deletewahh betul2 selesa seat 1st class dia.. alamak dpt surat khabar tapi x fhm nak baca ehehe
ReplyDeleteHehe…terus jadi buta huruf.
DeleteBagusnya, beratur mengikut koc tren. Luas dalam tren-nya.
ReplyDeleteAgaknya kebiasaan kat tempat tu begitu, beratur nak masuk koc. Padahal tak nampak petugas stesen jaga situ, atau bagi arahan.
Delete