Di belakang rumah saya ni ada sebatang pokok jambu air warna hijau. Sejak berpindah ke sini pada penghujung tahun 2023, sudah beberapa kali pokok jambu air ini berbuah. Tapi baru kali ini saya rajin buat catatan di blog.
Foto-foto berikut dirakam pada 6 Mei 2025 :
Hasil kali ini tak begitu lebat tapi lebih daripada cukup untuk saya nikmati. Bagusnya - dahan di bahagian bawah pokok yang berbuah lebat. Jadi mudahlah saya nak memetik buahnya. Kalau yang tinggi tu memang saya biar je - rezeki buat haiwan.
Mula-mula dulu, saya sangka ni jambu air warna putih. Bila dilihat dari jauh dan di bawah cahaya matahari terik, warnanya cerah putih. Tapi bila tengok dekat begini, barulah nampak warna kehijauan.
Jambu air warna hijau dengan bahagian tengah warna kemerahan. Saya tak kenal jenis jambu air ni, saya panggil je buah jambu air hijau 😀. Kalau ada yang tahu, boleh kongsikan di ruang komen ya.
Hasil tuaian kali ini. Saya ambil setakat mampu je, tak larat nak bergaduh dengan nyamuk.
Saiz buahnya ada yang kecil, ada yang besar. Dalam foto - buah saiz besar.
Saya ambil sedikit untuk makan sendiri dan selebihnya Encik Suami bawa ke tempat kerja. Buah jambu air ni cepat rosak, lepas petik kena segera makan tak boleh nak simpan beberapa hari.
Alhamdulillah walaupun tak dibungkus, setakat ni tak banyak jumpa buah yang rosak. Rasa buah jambu air hijau ni pula tak masam dan tak juga manis, agak tawar. Kebetulan ada jiran beri kuah rojak buah yang dibuat sendiri, memang sedaplah makan buah jambu air cicah kuah rojak buah yang pekat dan rasa pedas manis.
sedapnya...colek dengan kicap cili sedap betul ni...
ReplyDeleteLeka dapat makan gitu kan 😀
Deleteah ah la..sama cerita kita petang ni
ReplyDeletebila tgh betul la.. mcm hijau pun ada kan. ntah la.. he he..janji sedapp
Hehe...betul, tak kisah lah entah namanya putih atau hijau, yang penting sedap dimakan.
DeleteCantik pulak warna dia, nampak harmoni warna hijau dengan kemerahan di bahagian tengah tu lebih nampak macam merah jambu warnanya. Oh, sy dapat tangkap, dari sini la rupanya orang sebut warna merah jambu (pink). Ni cicah kicap letak gula dengan cili padi pun dah merecik air liur, hihi.
ReplyDeleteSaya pun baru dapat tangkap pasal warna merah jambu tu setelah Sk bagitau 😁
DeleteSedapnya buat colek. Lamanya tak jumpa jambu jenis ni.
ReplyDeleteAkak tak ingat, pernah jumpa ke tak jambu jenis ni.
DeleteSuka sangat jambu macam ni. Makan masa fresh memang sedap.
ReplyDeleteBetul, makan masa fresh baru petik lebih rangup sedap.
DeleteFoto pertama tu cantik sangat. Jambu ni cicah kicap dan gula picit lada kecik, ohh sedapnya.
ReplyDeleteKan..cicah simple gitu pun dah sedap.
DeleteSaya tak pernah jumpa jambu air putih atau hijau ni. Tapi kalau colek kuah rojak mak bee, mesti sedap!
ReplyDeleteHehe..betul, asalkan jambu air, sedap je bila dapat makan cicah kuah rojak buah.
DeleteKecik² dulu jambu air lah sasaran kami utk menyicah :D
ReplyDeleteMenyicah = cicah jambu dgn colek atau cukup sekadar kicap + gula.
Menyicah 😀👍
DeleteKat belakang rumah saya pula saya tanam pokok jambu air.. Awal-awal dulu berbuah lebat, tapi sekarang dah lama tak berbuah. Heran pulak. Dah trim, baja pun masih tak berbuah.
ReplyDeleteMoga ada rezeki nanti ya.
DeleteSaya sukaaa jambu hijau ini. Memang tak terlalu asam, tp juga tak manis. JD sedap dibuat rujak 😄👍. Dulu ada pohonnya di rumah Aceh. Tiap berbuah pasti dipetik mama utk bikin rujak 😄
ReplyDeleteSeronok Fanny ada memori masa lalu dengan jambu hijau ni.
Deletelama tk makan buah jambu ni, dia ada rasa masam2 yg ketagih tuu
ReplyDeletedulu masa kecik, jiran rumah hujung ada pokok ni, dia slalu bagi kitorang makan. pastu cicah dgn sambal kicap, sedapp
Takyah gaduh2 dengan nyamuk tu.... spray je... hehehe
ReplyDeleteDulu ada jiran kat kampung ada jambu hijau ni kak, cuma dulu jambunya besar jugak dan tengahnya warna putih bukan pink. Itu dia ada rasa manis kelat dan bau wangi kak...
ReplyDeletekalau cicah kuah rojak, memang tak sedar habis semangkuk
ReplyDeleteSedap juga jambu hijau ni kalau besar-besar. Ada yang rasa manis, cicah dengan kuah rojak .....sedapnya.
ReplyDeletePertama kali saya tengok buah jambu air hijau. Ingatkan belum masak lagi. Oo rasa dia tawar gitu, memang sedaplah cicah dengan kuah rojak.
ReplyDeleteJambu ni mmg favourite...boleh mengadap sorang2 tanpa rasa bersalah...
ReplyDeleteSuka jambu air. Memang sesuai makan dengan kuah rojak.
ReplyDeleteMesti rangup ni! Kaler pun elok cantik 😋
ReplyDelete