Sunday, 25 May 2025

Percubaan Menanam Pokok Bunga Rain Lily - Thailand Hybrid

Baru-baru ini saya beli benih/bawang pokok rain lily dari Shopee. Beli tiga jenis/id berbeza warna :

Warna merah, kuning dan oren. Benih Thailand hybrid. Harga tertera untuk sebiji bawang, saya cuma beli dua biji bawang bagi setiap jenis.

Terasa mahal sebab saya tak pernah membeli benih rain lily. Tapi bila saya buat carian, ada jenis rain lily yang sebiji bawang berharga lebih RM100! Kenapa mahal? Sebab jenis rare dan susah nak membiak.

Bawang rain lily
Alhamdulillah…penjual siap bungkus elok begini dan letak id. Seronok tengok dan bertambah semangat nak menanam.

Id - Noble Gold. Warna bunga - kuning. Bawangnya paling besar di antara tiga jenis benih rain lily yang saya beli. Agaknya bunganya pun besarlah nanti.

Sebenarnya, penjual dah nyatakan anggaran saiz bawang bagi setiap id. Saya nak beli yang lebih kurang sama saiz bagi ketiga-tiga jenis, tapi tersilap pandang - terbeli satu jenis ni saiz besar dan lagi dua jenis saiz lebih kecil.

Id - Scarlet O'hara. Bunga warna merah.

Id - Life & Joy. Bunga warna oren.

Bawang rain lily
Berfoto kenangan sebelum ditanam. Kot laa percubaan gagal, ada jugalah foto bawang rain lily ni bukti usaha saya nak menanam pokok bunga 😄

Tarikh tanam - 22 Mei 2025
Medium tanaman - peat moss. Bekas menanam - saya gunakan botol air minuman saiz besar yang dipotong. Nanti dah tumbuh elok dan membiak, saya akan pindahkan semuanya. Saya rancang nak tanam pokok bunga rain lily bersusun di suatu sudut laman rumah.

Bunga Rain Lily
Bunga rain lily warna pink yang sedia ada di rumah saya. Id - Rosea Pink. Jenis ni mudah membiak. Ada penjual yang meletakkan harga RM1 bagi sebiji bawang.

Benih rain lily ni saya bawa dari rumah NS. Saya suka rain lily sebab ia pokok bunga jenis lasak - bila tak cukup air ia jadi kering tapi tak mati, bawangnya dalam tanah akan kembali menghasilkan daun dan bunga apabila mendapat siraman secukupnya. Walaupun dah bertahun lama saya tinggalkan rumah NS (sejak tahun 2020), bunga rain lily di laman rumah NS masih berkembang tanpa saya rawat dan siram - hanya bergantung kepada curahan hujan.

InsyaAllah moga tercapailah hasrat saya nak tengok bunga rain lily yang baru ditanam berkembang menjadi penyeri laman rumah Perlis. Dapatlah saya kumpul empat warna/id rain lily 😊







27 comments:

  1. Oh, sebenarnya ni pokok bunga ke pokok bawang? Sy keliru tapi bunganya tu memang cantik. Mesti lawa kalau tanam depan laman rumah, ala² english.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rain Lily jenis tumbuhan hiasan - pokok bunga 😀
      Jenis tumbuhan yang ada ubi/bawang (bulb).

      Delete
  2. wahhh cantik rupa nya...memang nampak tenang je kalau di pandang. Salam kenal Dari New Follower...jemput singgah di teratak yang tidak bseberapa

    ReplyDelete
  3. Tergoda pulak haha...
    Harapnya hidup subur ye, tak sabar nak tengok hasilnya 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sabar dan berdebar risau tak tumbuh 😅

      Delete
  4. Oh jenis lasak ya. Boleh la try tanam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, sesuailah untuk yang selalu tinggalkan rumah. Tak sempat siram pun cuma kering je, nanti boleh tumbuh semula.

      Delete
  5. Cantikkknya
    Sukaa bunga2 ni tp kadang masa terhad
    Ciknur lebih pd pokok berdaun je kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, faham. Pokok bunga ni perlu lebih perhatian.

      Delete
  6. Tergoda nak membeli...tapi nak menanam tu bila....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rain lily ni mudah sikit nak menanamnya. Tak perlu pasu besar, sama macam tanam bawang buat masak tu je.

      Delete
  7. waahhh! ini kalau hidup menjadi, mmg cantik ni kak Ujie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap menjadi, mahal jugak kos benihnya 😄

      Delete
  8. Nampaknya saya tak study pasal pokok bunga lily dengan baik. Haha terkejut saya pokok lily boleh hidup dekat malaysia dengan cuaca yang panas. Mungkin rain lily ni dalam kategori famili lily.. haha, nanti saya study lagi.. walauapapun, cantik pokok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga lily tak boleh kot, nak tempat sejuk. Rain lily pulak perlu tempat panas dan cukup siraman air. Silalah study ya, akak nak tau cara supaya pokok ni mudah berbunga.

      Delete
  9. Cantik bunganya, Ujie. Semoga tumbuh subur semua yang Ujie baru semai.
    Menarik ni. Saya baru tahu pokok bunga jenis ni. Nanti nak cari pasu dulu, pastu nak cari kat shopee jugak lah. Alamak, baru teringat, baru sambar tudung kat shopee. Bulan depan la pulak. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, kos tinggi jugak nak beli benih hybrid ni.

      Delete
  10. Ohhh saya ingat bunga ini. Zaman masih di Aceh ada tetangga yg tanam. Memang cantiiiik sangat. Tapi warna putih punya tetangga saya.

    Ada teman saya di Berlin, dia juga suka gardening. Dan sering cerita dulu di blog nya saat bertanam banyak bunga. Dan reportnya seperti apa saat winter datang. Krn semua pot bunga harus dilindungi supaya tak mati ketika winter.

    Memang bukan my thing lah gardening ini. Suka melihatnya saja 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, rain lily yang biasa, ada dua warna - pink dan putih.

      Akak pulak, bercucuk tanam ikut mood. Kawan Fanny tu betul-betul minat, rajin dia gardening walaupun ada halangan musim sejuk.

      Delete
  11. Kalau dah berbunga nanti cantiknya Ujie. Ya lah nampak macam bawang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga sempatlah saya tengok dia berbunga 😀
      Kalau tak tau, harus ingat ni bawang masakan kan…

      Delete
  12. Moga subur dan berbunga semua bawang tu kak, nanti jangan lupa up tau kak...

    ReplyDelete
  13. Scarlet O'hara tu cantik betul warnanya. Biasa nampak yang purple gambar last sekali tu. Cantik kalau tanam banyak-banyak dalam satu pasu bunga fiber panjang tu. Baru tahu pokok ni lasak. Tengok daun dia tu saya jangka macam mudah lecur kalau kena panas. Rupanya tak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, lasak sebab tahan panas dan suka hujan. Kalau musim hujan, banyak bunga keluar. Kalau panas dan kurang air, akan jadi kering daunnya tapi tak mati pokoknya.

      Delete
  14. Ingat benih dlm bentuk biji, rupanya dlm bentuk anak bawang 😮 semoga menjadi hasil tanamannya!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****