Monday, 5 May 2025

Jalan-jalan Santai di Harajuku, Shinjuku, Ginza dan Ueno

🌸 CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KETIGA - JUMAAT, 6 DISEMBER 2024 🌸


Selesai menunaikan solat Jumaat dan makan di Tokyo Camii, kami meneruskan acara jalan-jalan santai. Dalam itinerari, saya senaraikan beberapa tempat yang kami nak pergi. Dah tahu ke mana nak dituju, jadi mudahlah saya kaji siap-siap laluan tren yang perlu kami naiki. Selebihnya, kami ikut saja langkah kaki. Tujuan kami - sekadar nak melihat sendiri suasana bandar-bandar utama di Tokyo yang menjadi tumpuan para pelancong.

⏵ HARAJUKU, SHIBUYA

Harajuku (原宿) refers to the area around Tokyo Harajuku Station, which is between Shinjuku and Shibuya on the Yamanote Line. It is the center of Japan's most extreme teenage cultures and fashion styles, but also offers shopping for adults and some historical sites of interest.

The focal point of Harajuku's teenage culture is Takeshita Dori (Takeshita Street) and its side streets, which are lined by many trendy shops, fashion boutiques, used clothes stores, crepe stands and fast food outlets geared towards the fashion and trend-conscious teens. [Sumber info : www.japan-guide.com]
Baca info di atas, fahamlah saya kenapa Harajuku ni suasananya meriah dan sesak dengan orang ramai. Laluan pejalan kakinya sibuk dengan orang berjalan menuju haluan masing-masing.

Corak pada kulit sebatang pokok yang menarik perhatian saya. Orang datang sini cuci mata tengok barang jualan, tapi saya tertarik dengan pokok 😄

Kami keluar masuk beberapa buah kedai dan butik barangan berjenama, tengok-tengok je tak membeli.

Kami tak ke Shibuya Scramble Crossing a.k.a. Shibuya Crossing, tapi merasa pengalaman melintasi jalan simpang empat di Jingumae Crossing. Sesak dengan orang ramai melintas jalan setiap kali lampu isyarat pejalan kaki berwarna hijau.

Sementara tunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar warna hijau, saya sempat memotret sebuah pesawat yang sedang melintasi ruang udara di sini.

Kami menghabiskan masa di Harajuku sekitar 40 minit sahaja, lepas tu naik tren menuju ke Shinjuku.

Tangga eskalator di stesen tren yang membuat saya rasa gayat! Kalau naik atas, saya tak berani pandang belakang (bawah) dan kalau turun ke bawah begini, saya tak berani pandang hujung sekali.

⏵ SHINJUKU

Kami sampai di stesen Shinjuku kira-kira pukul 4.40 petang. Kalau ikut itinerari, kami nak pergi ke Shinjuku Gyoen National Garden. Keluar dari stesen, kami cuba cari jalan ke sana tapi nampaknya gagal. Hari pun dah makin gelap, tak sesuai nak jalan-jalan di taman.

Kami berjalan memerhati suasana malam di Shinjuku. Lorong di sini cerah dengan cahaya lampu dan meriah dengan pengunjung juga pekerja kedai yang sedang melakukan promosi. Nampaknya di sini banyak kafe/restoran, pusat karaoke dan pub. 

Saya tertarik dengan keindahan bulan, lampu jalan gaya klasik dan bangunan dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni. Carian saya mendapati, bangunan tersebut merupakan NTT Docomo Yoyogi Building - bangunan pencakar langit dengan ketinggian 240 meter, ia merupakan bangunan ke-7 tertinggi di Tokyo.

Seterusnya, kami menikmati hidangan di Halal Wagyu Ramen Shinjuku. Catatan lanjut berkenaan tempat makan ini di entri khusus.

⏵ GINZA

Perut dah kenyang dan badan dah kembali bertenaga, kita sambung acara jalan-jalan santai. Kami naik tren menuju ke Ginza. Tujuan utama ke sini - nak ke Uniqlo Ginza Flagship Store.
A flagship store is a retailer's most important and prominent store, often the largest, most well-known, or situated in a prestigious location.
 
Suasana di depan pintu masuk Uniqlo. Meriah dengan pengunjung.

Ada 12 tingkat semuanya. Saya dapati, walaupun ada 12 tingkat tetapi setiap tingkat tidaklah terlalu luas. Terdapat kafe Uniqlo Coffee di tingkat atas sekali. Tapi kami tak sempat nak mencuba kopi di sini, Uniqlo Coffee hanya beroperasi sehingga pukul 8 malam sahaja.

Betul kata orang, produk Heattech di sini jauh lebih murah berbanding beli di Uniqlo Malaysia. Sebelum ini saya tak pernah ke luar negara pada musim sejuk, saya cuma ada beberapa helai baju Heattech yang dibeli di Malaysia sebagai persediaan ke Jepun. Bila jumpa harga lebih rendah begini, saya beli lagi beberapa helai t-shirt dan beli juga legging.

Esoknya saya terus pakai, tapi nampaknya jenis yang saya beli iaitu extra warm masih tak mampu untuk menahan udara sejuk di Tokyo. Bab rasa sejuk ni ikut ketahanan diri masing-masing, kena cuba baru tahu jenis Heattech yang sesuai untuk kita pakai pada suhu tertentu.

Sudut produk dengan identiti Jepun, sesuai dijadikan cenderamata. Ni saya tunjuk sikit je, ada banyak lagi dengan motif yang menarik.

Yang ni pun menarik juga, tapi tak beli pun. Saya dan Encik Suami masing-masing beli sehelai t-shirt sebagai oleh-oleh buat diri sendiri 😀

Lebih satu jam kami berada di Uniqlo, selepas tu kami masuk pula GU yang terletak berhampiran. GU merupakan sister brand Uniqlo - kedua-duanya dimiliki oleh syarikat induk yang sama, cuma berbeza sasaran pasaran.

Dalam perjalanan ke stesen tren, saya nampak benda ni - tak pasti ini penutup manhole atau bukan. Yang pasti ia menarik perhatian saya. Sebelum ini saya dah jumpa penutup manhole yang cantik berwarna-warni berhampiran Masjid FujiKawaguchiko.

⏵ UENO

Seharian berjalan, tiba masanya kami balik ke hotel penginapan di Ueno. Tadi pagi cuma hantar bagasi tapi kami belum mendaftar masuk hotel.

Kira-kira pukul 9 malam, kami tiba di Ueno Station. Sebuah stesen yang luas dan sibuk, kami jadi keliru semasa mencari pintu keluar. 

Suasana di luar Ueno Station. Ramai sungguh orang. Uniknya kalau kita melintas jalan di sini, lampu pejalan kaki bertukar hijau berserta bunyi ‘piu-piu’. Comel je kan 😁. Bagus ada bunyi begini, kot kita tak nampak lampu hijau (sebab orang terlampau ramai) tapi kita masih boleh dengar bunyi ‘piu-piu’ tanda selamat untuk melintas.

Sedang berlangsung Ueno Christmas Market di dataran berhampiran hotel penginapan kami.

Kami perlu melintas jalan beberapa kali sebelum sampai hotel. Sempatlah saya merakam foto suasana meriah Ueno pada malam hari. Kebetulan ada sebuah teksi berhenti, saya lihat pemandu teksinya kemas mengenakan suit dan tali leher. Tak pastilah semua pemandu teksi berpakaian begini atau teksi tertentu sahaja.

Pukul 9.30 malam, kami selesai mendaftar masuk APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae. Alhamdulillah dapat berehat setelah penat ke sana sini dengan kiraan 20,399 langkah







29 comments:

  1. Ya Allah
    Seriauuunya gayatt gilaa kalu ciknur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terpaksalah lawan perasaan tu, eskalator dah depan mata 😅

      Delete
  2. Eskalator macam tu kat genting ada. Memang seram tak pandang belakang dah takut jatuh. Gayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..betul, kalau pandang belakang rasa macam nak terjatuh.

      Delete
  3. Rata2 semua driver taxi memang begitu kak. Formal.

    Saya suka Shinjuku ini, sebab bagai pusat mode. Orang2 berpakaian modis, trendy dan. Unik. Tapi baguuus dilihat. Walaupun saya tak akan confident berpakaian macam tuh 🤣.

    Memang lbih muraaah sangat winter gear di sana. Apalagi kalo kakak datang ke kota2 macam Nagasaki, hachinohe, yg bukan tourist main destination, itu LBH murah lagi kak.

    Makanya saya kalo kesana bawa winter jacket 1 saja. Sisanya beli di jepang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah…semua driver taxi pakai gitu, hebat sungguh. Nampak profesional.

      Akak tak ingat area mana akak jumpa orang-orang berpakaian pelik tu. Ada beberapa kali jumpa. Tahan ketawa akak lihat pemakaian mereka 😂

      Ooh gitu ya, thanks info Fanny 👍🏽

      Delete
  4. Kulit pokok tu celoreng² macam baju askar :D
    Banyak steps tu dapat ye PU hehe...
    Sy selalu 'seram' naik escalator LRT Kg Baru. Rasa curam semacam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang yang dah biasa guna eskalator gitu, mesti rasa biasa je. Kita ni jarang-jarang jumpa, jadi rasa seram 😅

      Delete
  5. Tidak pernah lagi beli atau pakai heattech lagi. Macam inner kan?
    Seronok ini jalan lebih 10 000 langkah. Sihat. Di Malaysia susah hendak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA, pakai sebagai inner - lapisan pertama.

      Masa ni penghujung musim luruh, udara sejuk, angin kuat. Memang tak berpeluh badan. Kalau di Malaysia, bukan je senang berpeluh malah cepat rasa penat dek cuaca panas.

      Delete
  6. Rindu nya Jepun. Moga kita dapat ke sana lagi. Escalator sana memang ada yang tinggi betul, tak boleh kepala gerak2 takut vertigo. Uniqlo memang penuh meriah ramai customer. Harga memang lebih murah. Tak beli pun, hubby dan anak soleh beli, stokin dan seluar sbb tiada dijual di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin…memang rasa nak repeat Jepun lagi.
      Oo…ada yang tak dijual di Malaysia rupanya ya.

      Delete
  7. Jauhnyerjalan2 sampai ke Jepang

    ReplyDelete
  8. Sedap mata memandang...x ada sikit pun sampah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan tempat memang sangat bersih, puntung rokok pun tak nampak. Cuma ada tempat tertentu yang jadi tumpuan ramai pelancong, ada jugak sampah sepah.

      Delete
  9. dah sampai shibuya tak panjangkan kaki ke tugu Hachiko tu ke? dekat dah tu...

    kwn sy suka kemain bila sy beritahu hari tu kami dah melangkah hampir 20K hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, kami pergi yang ada dalam itinerari je dan mana-mana yang dalam laluan.

      Tentu kawan tu tak sangka kan, mampu dapat 20k steps 😄

      Delete
  10. aduhhh tgginya eskalator, Ana pun gayatt hehe.. ehh yelah corak kulit pokok tu mcm corak baju army!

    ReplyDelete
  11. Tinggi sungguh tangga eskeletor tu ye kak.... kat sana mmg ramai orang berjalan kaki dari guna kenderaan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya gitulah, mungkin sebab masing-masing naik public transport.

      Delete
  12. perghhh mantap uniqlo. Setiap kali saya balik KK confirm masuk uniqlo tapi tu la, setakat untuk cuci2 mata ja 😅

    ReplyDelete
  13. Seronok tu jalan jalan di sini. Uniqlo antara store wajib singgah. Ada juga dapat ole ole dari Uniqlo Ginza ni. Betul betul sejuk tu sampai pakai heattech pun tak mampu kalahkan kesejukan. Berbaloi beli kalau murah di sana.

    ReplyDelete
  14. pergi Jepun ni kena sesat baru sah. hehe. moga ada rezeki saya ke Tokyo

    ReplyDelete
  15. Kulit pokok tu nampak macam askar dah, kreatif betul dorang ni.

    Risau ek masuk uniqlo sana boleh hilang iman nak borong semua hahaha. Last year kakak saya pergi sana pun mmng beli heattech dengan inner airism tu. Serious murah sangat! Btw cantiknya design tote bag tuuuu

    ReplyDelete
  16. menarik kulit pokok tu...memang asli ke apa...ooo x pi Shibuya Crossing..selalu nampak siap2 travel ke sini memang situ diorang amik gambar banyak2...SA ni ntah bila la sampai..baru pi a few negara je...pencen nanti la kot...Tokyo tu memang ada dalam wishlist

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****