Wednesday, 28 May 2025

Catatan Hari Keempat di Tokyo

🌸 CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEEMPAT - SABTU, 7 DISEMBER 2024 🌸


Sebenarnya, saya hampir tak tahu apa nak ditulis untuk catatan hari ke-4 kerana aktiviti kami terlalu santai 😄. Kami tak mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancongan - cuma ke beberapa tempat membeli-belah, kedai makan dan masjid.

Secara ringkasnya, kami pergi ke tempat-tempat berikut :
  • Yodabashi Ueno
  • Yodabashi Akiba (pergi kali ke-2)
  • As-Salaam Masjid
  • Halal Ramen Ueno
  • Uniqlo Ginza (pergi kali ke-2)
  • Ameyoko Street (pergi kali ke-2)

Jomlah kita belek foto-foto yang ada berserta catatan :

Lokasi pertama kami hari ini - Yodabashi Ueno yang terletak kurang 200 meter dari hotel penginapan kami. Pusat membeli-belah setinggi 7 tingkat dan 1 tingkat di aras bawah tanah (basement) ini menawarkan pelbagai produk barangan elektrik, komputer dan lain-lain produk seperti jam dan kosmetik. Foto di atas memaparkan panduan barangan jualan di setiap tingkat.

Laluan bawah tanah di Ueno Station. Selama beberapa hari, inilah laluan kami untuk menaiki tren ke sana sini. 

Akihabara Station. Dari Yodabashi Ueno kami ke Yodabashi Akiba pula.

Saya dapati barangan yang ditawarkan di Yodabashi Akiba lebih menarik - lebih banyak pilihan. Tertarik pulak saya tengok pelbagai jenis seterika yang dipamerkan.

Kalau nak membeli, kena pastikan ianya dual voltage sebab standard voltan di Jepun 100 volt berbeza dengan Malaysia 240 volt. Sama juga dengan peralatan elektrik yang lain, kena pastikan ianya dual voltage supaya boleh digunakan di Malaysia.

Begitu juga jika kita bawa peralatan elektrik ke Jepun, contohnya kita bawa travel iron bukan jenis dual voltage, memang sampai ke sudah kita tunggu seterika tu tak panas macam biasa. Kita mungkin sangka seterika dah rosak, padahal voltan tak sesuai.

Yang ni pun menarik jugak. Saya beli satu - bekas bentuk bulat dan ada pemegang di kanan kiri. Saiz kecil sesuai untuk kegunaan memanaskan makanan menggunakan air fryer. Boleh terus angkat dan hidang di meja. Benda-benda ni mungkin ada dijual di Malaysia, tapi saya beli juga sebab jumpa di sini dan sebagai oleh-oleh dari Jepun. Setakat hari ini, ianya kerap digunakan. Pembelian yang berbaloi.

Belek-belek jam tangan, sesuai juga dijadikan oleh-oleh. Ada pelbagai pilihan dan harga. Tapi bukan semua buatan Jepun ya, kalau memang nak Made in Japan kenalah membelek satu persatu.

Lip cream DHC - pelembab bibir buatan Jepun. Saya tahu mengenai lip cream ni dari grup Road to Japan. Harganya lebih murah berbanding beli di Malaysia. Saya beli sebagai oleh-oleh untuk adik-beradik, ipar dan biras perempuan. Selalu kalau keluar rumah, saya pakai lip cream ni je. Memang terbukti bagus mengatasi masalah bibir kering.

Selesai jalan-jalan cuci mata dan poket di Yodabashi Akiba, kami menuju ke As-Salaam Masjid di Okachimachi. Sebelum tu, kami singgah di mesin minuman. Di Tokyo, mesin minuman terdapat di merata tempat. Paling menarik, siap ada pilihan minuman sejuk dan panas.

Udara ketika ini sejuk, kami beli minuman panas. Sebelum membeli, saya semak status halal di aplikasi Halal Japan. Tahap panasnya bukanlah terlalu panas ya, kira hangat sesuai diminum dan boleh pegang botolnya tanpa alas.

Selesai ziarah dan solat jamak di As-Salaam Masjid, kami makan di Halal Ramen Ueno yang terletak berhampiran masjid. Catatan lanjut berkenaan masjid dan restoran di entri lain.

Seterusnya, kami naik tren ke Ginza. Masa ni baru saya perasan di Tokyo pun ada koc wanita. Tapi ada kelonggaran bagi kanak-kanak lelaki dan orang lelaki kurang upaya fizikal, mereka masih boleh naik bersama dalam koc wanita. Koc ini juga bukanlah setiap masa hanya untuk wanita, tetapi cuma pada hari bekerja (weekdays) di antara pukul 7.30 pagi - 9 pagi. Selain waktu tersebut, semua penumpang boleh menaiki koc wanita. 

Kali kedua kami ke Uniqlo di Ginza. Tujuan kali ini sebab Encik Suami nak tukar saiz pakaian yang dibeli pada hari sebelumnya.

Pukul 6.10 petang di sebatang lorong di Ginza. Suasana gelap malam, udara sejuk berangin dan gerimis membasahi bumi. Masa ni kami sedang berjalan dari Uniqlo ke stesen tren. Kami nak balik ke Ueno Station - lokasi hotel penginapan kami.

Suasana meriah di dataran berhampiran hotel penginapan kami. Saya berdiri di sini sementara menunggu Encik Suami naik bilik hantar barang, sebab lepas ni kami nak berjalan-jalan di sekitar kawasan ini pula.

Jalan-jalan menikmati suasana malam yang meriah di Ameyayokocho a.k.a. Ameyoko Street.

Teringin pulak nak merasa buah ceri ni, beli sikit untuk merasa. Eh, buah durian pun ada! Tapi tak pasti dari negara mana.

Keluar masuk konbini, iaitu kedai serbaneka - 7-Eleven dan Lawson. Beli jajan untuk kudapan. Macam biasa, sebelum membeli saya semak status halal di aplikasi Halal Japan.

Antara jajan yang selalu kami beli sepanjang berada di Tokyo - biskut kapal (kepingan coklat dengan biskut di bawahnya). Terdapat pelbagai perisa dan harganya jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia.

Sekitar pukul 9 malam kami kembali ke hotel penginapan. Nak berehat setelah seharian berjalan ke sana sini. Lagi pulak udara di luar sangat sejuk dengan tiupan angin lebih kuat berbanding waktu siang. Tak tahan saya nak berlama-lama di luar.

Rekod jalan kaki saya pada hari ini - 16,820 langkah dengan jarak 11.66 km.

Alhamdulillah.







40 comments:

  1. Wah banyak langkah tu 👍🏻
    Byk info Sy dapat, tq sharing PU

    ReplyDelete
  2. Syoknya jalan2 negara orang. Jauh berjalan luas pemandangan.

    ReplyDelete
  3. kalau pergi bulan disember, mesti masa tu musim sejuk. tak bersalji pula tokyo ni.. atau saya dah ketinggalan catatan ini? 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni penghujung musim luruh nak masuk musim sejuk, belum ada salji. Tak lama lepas kami balik tu, barulah salji turun. Takde rezeki tengok salji turun 😄

      Delete
  4. Jalan2 santai pun menarik kak untuk diceritakan 😄👍. Ada waktunya saya juga lebih santai saat traveling . Tak nak mengejar waktu. Hanya menikmati momen .

    Yodobashi ini saya sukaaa 😍😍😍. Tp waktu itu saya visit yg di Osaka. Puas lah belanja Macam2, termasuk oleh2 saya beli jam tangan made in japan. Muraaah sangaaaaaat. Tapi memang saat itu saya tak berharap akan tahan lama. Tp ternyata tahan juga 3 tahun an. Lumayan sangat utk harga semurah itu. . Makanya kalo nanti ke jepang lagi, saya nak cari jam tangan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yodabashi tu macam-macam ada, memang seronok membelek dan shopping 😀

      Setuju, jam murah dapat tahan 3 tahun itu dah cukup baik.

      Delete
  5. Nah betuuul kak, voltage di sana beda dengan negara kita. Indonesia pula 220-240 volt. Jadi waktu saya charge hp, biasanya 20 menit sudah full, ini jadi 4 jam baru full 🤣🤣🤣. Trus nak bawa vacum buat mengempiskan plastik winter jacket, memang lah tak nyala kuat. Slow sangat 😂. Akhirnya saya pakai vacum punya adik saya yg memang tinggal di jepang.

    Tapi tetap rinduuu nak balik jepang. Kalo kesana, saya selalu suka beli kopi di Lawson atau family mart. Segala rasa saya coba 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..Fanny ada adik di Jepun. Mudahlah gitu.

      Kami tak sempat cuba kopi di konbini sebab asyik beli kopi di vending machine. Sejuk jalan-jalan, minum kopi rasa hangat sikit badan.

      Delete
  6. Sukaaaa lah baca traveling kakak. Serius buat saya nak balik ke jepang lagi. Dah lama tak kesana. Pengen ajak anak bungsu saya, dia blm pernah ke sana.

    Rindu juga nak menulis soal traveling, tp 1 bulan ini saya lagi fokus update culinary 😄. Kalo nanti dah selesai, baru update traveling lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan bagus ni Fanny, mau bawa anak bungsu jalan-jalan. Padahal mamanya yang mau ke Jepun lagi ya 😆

      Tapi memang seronok ke Jepun, rasa segera mau ke sana lagi.

      Delete
  7. Okay juga lah jalan santai begini, tengok tengok tempat orang. Berkenan pulak dengan iron tu. Comel betul. Rendah betul ye laluan bawah tanah di Ueno Station tu. Kalau orang tinggi jenuh nak tunduk. Durian pun ada, confirm mahal. Tapi apa je yang tak mahal di Jepun. Semua serba mahal sebab matawang dorang tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel iron, itu yang teringin nak beli. Tapi belek-belek jelah 😄

      Betul, kalau orang tinggi leceh la, asyik kena tunduk 😅

      Delete
  8. waahhh bestnyaaaa sambil jln dpt cuci mata view jepun + dpt count langkah 16 ribu betsnyaaaa kak ujie!

    ReplyDelete
  9. kak uji.. best nye dapat jalan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tua gini baru akak ada rezeki jalan-jalan jauh 😄. Alhamdulillah

      Delete
  10. Tudia, banyak betul steps. Baru tahu tentang alat elektrik berlainan voltan tu, antara malaysia dan jepun, tak sama. Puas hati, jalan-jalan di merata tempat. Aktiviti santai macam ni lebih best, boleh jamu mata di pusat beli-belah, shopping sana sini, makan sana sini, cukup waktu, solat masjid. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tau pasal voltan tu masa buat persediaan nak ke Jepun. Kalau tak, memang langsung tak tau hal ni.

      Pergi sendiri dan berdua je, betul-betul ikut suka hati 😀

      Delete
  11. Jalan2 Jepun memang wajib lebih 10k steps nya.
    Dengan hubby ni tiada istilah santai, habis semua nak di explore.
    Biskut kapal tu sedap kan, murah lagi di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok jugaklah gitu, dapat pergi banyak tempat tarikan pelancongan.

      Biskut kapal sini biasanya dekat RM8, sana kurang dari separuh harga tu. Pilihan perisa pun lebih lagi.

      Delete
  12. Jalan2 santai tu banyak jugak tmpt yg disinggah. Macam best laa yg lipcream tu, nak try cari kat dodonki la! Skincare2 jepun semua best yee

    Singkat betul coach perempuan cuma 7.30 am smpai 9 am je. Kalau time petang balik keje kena berhimpit-himpit jugak. Dahla jepun ni bnyk kes sexual harrasment dlm train.

    Coklat kotak kuning yg gmbar kapal tu, kalau pegi jepun mmng wajib beli sbb murah dan safe for muslim. Tahun lepas abang ngn kakak saya beli sekotak yg ada 12 pcs tu terus 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lip cream pilih yang kiri dalam gambar.

      Ooh..banyak kes rupanya ya.

      Kami pun beli banyak sebab nak bagi oleh-oleh untuk adik-beradik 😀

      Delete
  13. biskut kapal tu fav..kwn2 or bos yg blk dr jepun pasti belikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam benda wajib beli pulak ya bila ada ke Jepun 😀

      Delete
  14. Pengalaman yang menarik untuk dikongsi...

    ReplyDelete
  15. wah! Rambang mata nak pilih sebab brg2 di kedai tu ada mcm2 n berpatutan jugak harganya....

    ReplyDelete
  16. Kalau kat malaysia ambil masa beberapa hari nk dapat step banyak tu, kt jepun seharian dah banyak gitu ye kak

    ReplyDelete
  17. Jauh perjalanan luas pemandangan. Seronok dapat pergi jenguk negara orang lain.

    ReplyDelete
  18. Adakah kalau made in japan tu lebih mahal? Selalunya macam tu lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya. Bergantung pada jenama/model jam.

      Delete
  19. Nmpk tenang dan santai je bandaraya tokyo..byk info baru yg sy dpt esp tentang penggunaan alat elektrik di jepun.. baju2 di uniqlo murah ke di sana kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tokyo ni ada kawasan yang tenang, ada kawasan yang sesak.

      Masa akak pergi ni dah nak masuk musim winter. Heattech dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia. Kalau baju biasa tu tak pasti.

      Delete
  20. Tidak tahupun ada biskut kapal ini dijual di Malaysia.
    Perasan perjalanan kali ini yang ke-2 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biskut kapal boleh beli di Family Mart. Tapi harga lebih mahal dan tak jual semua perisa yang ada.

      Hehe...Ameyoko Street tu dekat je dengan hotel penginapan dan stesen tren. Itu yang dok ulang pergi.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****