Tuesday, 21 January 2025

Naik Keisei Skyliner Airport Express ke Nippori Station

CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI PERTAMA - RABU, 4 DISEMBER 2024

Jemput baca catatan terdahulu —> Penerbangan Dari KLIA Ke Narita Airport.

Dari lapangan terbang, kami menuju ke hotel penginapan di Nippori yang terletak sejauh 72 km. Masih awal pagi, memang tak boleh mendaftar masuk hotel tapi boleh tinggalkan beg sementara kita berjalan-jalan.

Apa pilihan pengangkutan yang ada untuk ke hotel?
Dengan bantuan aplikasi Google Maps - terpapar senarai pengangkutan yang boleh kita pilih lengkap dengan kadar tambang dan tempoh perjalanan. Sangat mudah! Ini jauh berbeza dengan pengalaman kami semasa ke Guangzhou, China - tiada paparan pilihan pengangkutan.

Kami pilih untuk menaiki Keisei Skyliner Airport Express kerana ia menawarkan perjalanan lebih pantas iaitu kira-kira 45 minit perjalanan, lebih selesa dan lebih mudah kerana tak perlu bertukar tren. Naik satu tren dan lepas tu jalan kaki untuk sampai ke hotel.

Kalau nak lebih mudah terus sampai depan pintu hotel, boleh pilih naik e-hailing tapi kena bersedia membayar kadar tambang lebih tinggi berbanding naik tren.

Keisei Skyliner Airport Express Narita Japan
Kaunter beli tiket di sebelah kiri.

Saya jaga beg, Encik Suami pula ke kaunter membeli tiket. Petugas di kaunter boleh berbahasa Inggeris, jadinya tiada masalah komunikasi. Selain pembelian di kaunter, tiket juga boleh dibeli secara online di skyliner.ec.keisei.co.jp atau beli awal melalui Klook - ada tawaran diskaun tapi perlu buat pengiraan sama ada berbaloi atau tidak dengan kadar tukaran wang semasa. 

Kos tambang dari Narita Airport ke Nippori Station - 2,580 yen seorang

Keisei Skyliner Airport Express Narita Japan
Di platform menunggu tren.

Keisei Skyliner Airport Express Narita Japan
Tiket tren. Ada tulisan bahasa Inggeris, mudahlah nak faham maklumat perjalanan. Tertera nombor tempat duduk dan koc (car) yang perlu dinaiki. Masa berlepas pada pukul 9.11 pagi.

Keisei Skyliner Airport Express Narita Japan
Kami menunggu di sini - car 3 boarding point.

Keisei Skyliner Airport Express
Beginilah rupa dalam tren Keisei Skyliner Airport Express.

Keisei Skyliner Airport Express
Foto ni mungkin nampak sedikit pelik sebab hasil foto zoom-out.
Ada tempat khas letak bagasi berhampiran pintu masuk koc. Tapi kami letak je di tempat kami duduk sebab ruang kakinya luas. Beg galas kami letak di ruangan atas tempat duduk. 

Keisei Skyliner Airport Express
Kedudukan kami di koc ke-3 (warna biru pada gambar rajah). Kedudukan fire extinguisher, emergency intercom, AED - automated external defibrillator dan tandas juga dipaparkan pada gambar rajah. Mudah nak cari bila diperlukan. 

Mata mengantuk, tapi saya rasa rugi kalau melelapkan mata tak dapat lihat pemandangan di luar. Kenalah tahan mata demi menikmati pengalaman pertama menyaksikan rupa negara Jepun.

Dapat menyaksikan perubahan warna dedaun pada penghujung musim luruh.

Cantik dan bersih sungainya.

Ada ketikanya, tren berhenti untuk memberi laluan kepada tren lain. Sepanjang perjalanan saya menyaksikan beberapa jenis tren melalui landasan sebelah.

Bangunan rumah penduduk.

Tak terasa masa berlalu bila mata leka menikmati pemandangan di tempat yang asing. Macam sekejap je perjalanan, tren tiba di destinasi iaitu Nippori Station - stesen yang terletak di Arakawa City, Tokyo Metropolis Prefecture.

Keluar dari stesen, barulah terasa udara sejuk sungguh! Kami kemudiannya terpinga-pinga mencari arah mana satu nak dituju. Walaupun ada panduan pada Google Maps, tapi tidaklah terlalu mudah.

Pendek cerita, akhinya kami jumpa juga arah mana satu patut dituju. Dari pintu stesen, kami perlu menuruni anak tangga yang jauh ke bawah ๐Ÿ˜…

Arakawa City, Tokyo Metropolis Prefecture.
Cabaran tangga pertama buat kami yang baru tiba di Jepun. Ini cuma permulaan, selepas ni banyak lagi anak tangga perlu didaki/dituruni.

Kalau tadi saya perhatikan orang turun/naik tangga ni dengan membawa bagasi. Kali ini giliran kami pula bawa turun bagasi melalui tangga ini. Kami bawa dua buah bagasi - Encik Suami bawa turun satu persatu ke bawah.

Arakawa City, Tokyo Metropolis Prefecture.
Dari tangga tadi, kami berjalan menuju ke Art Hotel Lungwood dengan mengikut panduan Google Maps. Tak begitu jauh dan mudah sebab jalanan di sini tak sibuk dan laluan pejalan kakinya luas (rujuk foto di atas).

Encik Suami pula suka rela nak bawa semua beg kami - dua buah bagasi saiz 20” dan 24” serta sebuah beg galas, dapatlah saya berjalan santai memerhati suasana sekitar. Kalau ikutkan, tak perlu bawa banyak beg untuk isi keperluan kami berdua selama lima hari di Jepun. Tapi kami sengaja bawa lebih sebab ada niat nak shopping. Eh, bukan niat saya tapi niat Encik Suami sebab tu dia sanggup heret bagasi ๐Ÿ˜„

Awal-awal saya dah cakap pada Encik Suami - saya bukan orang yang suka shopping semasa travel dan saya tak ada apa nak beli di Jepun. Setakat beli satu dua barang sebagai kenangan, cukuplah! Betul ke tak? Kita tengoklah nanti ๐Ÿ˜†







40 comments:

  1. Sa tengok tangga tu...terfikir..bab turun tu rasanya kurang masalah..tapi risau lutut sakit..bila tengok bab mendaki tu...halah..halah......mampu ke SA mendaki tangga tinggi tu...acaner nak pi Jepun ni...kebanyakkan yang SA baca pengalaman travel ramai update bab tangga tinggi baik di Jepun mahupun di Korea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA boleh pilih naik private transport - sewa kereta dan pemandu, atau naik e-hailing. Jadi tak payah naik turun tangga boleh terus sampai ke destinasi, tapi kos jadi lebih tinggilah ๐Ÿ˜„

      Delete
  2. untungnya encik suami akak bawakkan bagasi! boleh jln lenggang kangkung nikmati suasana hehehe

    ReplyDelete
  3. Pandai betul la dia berjalan. Kalau sy mahu menangis tepi landasan keretapi, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai mana pun Sk. Juling mata saya dok study itu ini sebelum ke Jepun ๐Ÿ˜…. Itu belum lagi terpinga-pinga cari mana nak exit, menguji mental dan fizikal jugaklah.

      Delete
  4. Bagusnya panduan tiket dia, ada bagitau gerabak mana, dan di tempat tunggu train pun dia bagitau naik kat mana. Sangat bermanfaat, kan.
    Birunya sungai dia. Kat malaysia, sungai kaler teh. Hihi..
    Patut orang jepun kurus-kurus ye, banyak tangga. :D
    Hahaha... iye la, takkan tak beli barang kot, dah la jarang pergi, negara orang. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, di Jepun ni segalanya teratur dan dibagitau dengan jelas. Cuma kita kena rajin belek dan baca info.

      Hehe…sebelum ni travel mana-mana memang jarang saya membeli. Oleh-oleh pun jarang beli. Kali ni barangan Jepun terlalu menggoda ๐Ÿคญ

      Delete
  5. Kami selalu bawa luggage 28" kalau travel jauh sebab selalunya agak lama kami travel kt tempat tu. Naya la kalau nak kena angkut turun naik tangga tinggi mcm ni.. haha bertabahlah ceritanya. Thanks for the info !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kami sengaja bawa dua luggage kecik sebab nak mudah bergerak naik public transport. Kalau besar, memang jenuhlah nak angkut naik turun tangga ๐Ÿ˜…

      Delete
  6. Rindu betul dengan Jepun, bilalah dapat kembali ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah rindu nak ke sana lagi. Seronok ke Jepun. InsyaAlllah moga ada kesempatan buat kita.

      Delete
  7. Cantikkan negara Jepun ni...
    Hari tu tengok Kak Mulan jalan² Jepun, kali ni PU pula ๐Ÿ‘๐Ÿป
    Mesti shopping sakan tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha…sepanjang travel ke luar negara, inilah kali pertama kami shopping sakan PH.

      Delete
  8. Nasib baik tiket dia ada juga bahasa yang kita boleh faham kan?

    ReplyDelete
  9. Demi nyaik sanggup encik suami tu kak... hihi... mungkin dia tau kak ujie nak ambik gambar utk content blog tu... sbb tu dia bg chance

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa…demi nyaik ya..
      Iye kot Mim, kalau tangan pegang beg susahlah nak ambik gambar ๐Ÿ˜„

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. best kan naik train kat jepun ni? smooth je...
    sbb tu laa sy bawa luggage kecik je ke jepun sbb sy dah maklum.akan trn naik tangga kat sana๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, memang dah sedia maklum. Itu yang bawak saiz 20” dan 24” je. Ikutkan nak bawa sebuah je yang saiz besar, tapi nanti susah nak bergerak.

      Delete
    2. part nak angkat beg tu....aduh aduh duuuhhhh sy fahammmm...

      Delete
  12. Mudah kalau ada dwi bahasa, tak lah kita termangu-mangu. Menarik dapat tengok perubahan warna dedaun pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…pengalaman pertama saya menyaksikan warna dedaun musim luruh ๐Ÿ˜€

      Delete
  13. Replies
    1. Memang indah pemandangan di penghujung musim luruh.

      Delete
  14. Silap komen tadi ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Lupa ada baju sejuk. Kami 3 beranak bawa 2 check in bagpack. 1 duffle bag lipat masuk bagpack besar. Balik 3 bag check in sbb bag beranak hehe. Juga 3 carry on bag tiap seorang, salah satu beg tarik cabin size.

    Senang kan guna Google maps, siap tunjuk detail platform mana elok utk tunggu. Station lama banyak tangga kan. Rindu Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak beranaknya tu sis. Siap beli beg tarik baru ๐Ÿ˜€
      Kami pun hampir-hampir nak menambah satu beg tarik ๐Ÿคญ

      Itulah, detail sungguh info diberi.
      Betullah kata orang, Jepun ni pergi sekali terus rasa nak ulang pergi. Kuat tarikannya ๐Ÿ˜€

      Delete
  15. Winter time...jln jauh x terasa letih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedar-sedar eh dah 18k steps ๐Ÿ˜„
      Sampai bilik baru terasa letih kaki.

      Delete
  16. Oh tak bisa kalo saya ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. tiap traveling kemanapun, saya bawa koper kosong kok, hanya utk shopping ๐Ÿ˜‚. Apalagi jepang, beuuugh semua barangnya bagus2 ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Terutama saya paling suka beli winter coat di sana. Muraaah sangat, dan baguus. Kebanyakan winter coat saya skr, beli di jepang. Kalo beli di Indonesia ,tak mungkin bisa murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pulak, jenis kurang tertarik shopping. Suka window shopping je. Tapi berbeza di Jepun, eh…semuanya nampak menarik untuk dibeli ๐Ÿ˜‚

      Delete
  17. Best nya dah sampai ke Jepun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…berjaya juga tunaikan impian nak ke Jepun.

      Delete
  18. nnt share hotel pula ya
    mana laa tau terpergi tokyo lg nnt
    teeetttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti ada entri pasal hotel.
      Tokyo ni susah sikit nak terpergi, sebab kosnya keras ๐Ÿ˜…

      Delete
  19. Senang ada panduan untuk pilihan pengangkutan.
    Itulah sayapun bukan jenis suka beli banyak-banyak cenderamata. Selalu beli yang kecil-kecil dan tidak memberatkan bagasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lengkap dengan kadar tambang bagi setiap pilihan.

      Saya memang jarang beli cenderamata, paling-paling kalau beli cuma untuk mak/mentua. Untuk diri sendiri kadang beli satu dua barang, kadang satu pun tak beli ๐Ÿ˜„

      Delete
  20. turun naik tangga di jepun mmg kena hadap dan tak boleh buat apa hahahaa. Rindu pd jepun .. last pergi 12 tahun lepas... moga ada rezeki nak repeat jepun lagi :D

    ReplyDelete
  21. Oh patut suami sanggup nak heret bag....rupanya semangat nak shopping tu. Mungkin harga sini lagi murah dari Malaysia (untuk barang yang nak dicari).

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****