JOJO SUDAH SIHAT!
Sejak pagi Sabtu, Jojo sudah kembali aktif - tidak lagi terbaring lemah. Selera makan dan minum juga bertambah. Sekejap-sekejap mengiau minta makanan serta kerap minum.
Semasa ke klinik veterinar tempohari, doktor beri ubat/vitamin dalam bentuk cecair (syrup) - iaitu ubat demam, antibiotik dan multivitamin yang perlu diambil setiap hari (ubat demam untuk tiga hari pertama sahaja). Antara fungsi multivitamin adalah untuk meningkatkan selera makan. Jadi tak hairanlah kenapa Jojo tiba-tiba jadi kuat makan dan minum.
Senang hati saya tengok anak bulu dah sihat setelah empat hari terbaring lemah. Alhamdulillah syukur! Terima kasih juga buat sahabat blog yang telah mendoakan Jojo.
Foto hari Ahad, pukul 7.50 pagi. Muka tak puas hati sebab lepas dapat makan banyak, kena paksa telan antibiotik dan multivitamin pulak. Terus lari keluar rumah, duduk termenung atas kereta buat muka gini. Pandang kita pun tak mau dah 😄
SARAPAN PAGI DENGAN TEH TARIK VOLCANO DI ARAU KOPI
Kami tinggalkan Jojo melayan perasaannya. Kami menuju ke Arau Kopi untuk bersarapan. Tiap hari dah bersarapan di rumah, hari hujung minggu biasanya kami makan di luar.
Dalam kereta kami dah berbincang nak makan apa, senang nanti sampai terus je order. Saya nak minum air suam - sesuai dengan azam nak sihat. Encik Suami tetap dengan kopi Arau setiap kali makan di sini.
Tapi bila sampai di Arau Kopi…eh, ada menu istimewa untuk hari ini. Teh tarik volcano nampak sangat menggoda. Jomlah kita cuba!
Set nasi goreng, bihun goreng Singapura, teh ais volcano dan kopi Arau. Alhamdulillah semuanya sesuai dengan selera kami berdua.
Hilang segala azam nak sihat - air suam bertukar jadi teh ais volcano 😆. Mengenangkan hampir setiap hari bila bersarapan di rumah - saya cuma minum Ahmad Tea - Green Tea tanpa pemanis, jadi kuranglah sikit rasa bersalah pada diri sendiri.
Kalau nak tahu info lanjut berkenaan Arau Kopi, boleh baca entri saya DI SINI.
Hujung minggu kali ini nampaknya kurang pelancong luar datang ke Perlis, mungkin sebab hujung minggu berikutnya bermula cuti sekolah - jadi minggu ni orang kurang berjalan. Di mana-mana tempat makan terkenal - termasuk di Arau Kopi tidak sesak dengan pengunjung. Masa yang sesuai untuk kami pula berjalan ke sana sini 😀. Selepas bersarapan, kami menuju ke nat (pasar pagi) yang terkenal di Perlis.
saya sampai sekarang rasa terkilan juga tak bawa terus amber ke klinik..duk fikir mungkin sekejap je ni dia taknak makan,memang betul sekejap sgt tapi terus mati
ReplyDeletemana boleh tahan kak menggoda sgh tengok teh ais volcano tu
Amber baru sehari je kan takmo makan, kalau akak pun baru sehari memang tak fikir nak bawa jumpa doc. Memang dah tiba masa Amber pergi tu. Afzan dah buat yang terbaik untuk Amber.
DeleteItulah, terpaksa lupakan air suam 😄
teh ais volcano tu menarik tp tula lama dh tk minum air manis
ReplyDeleteBagusnya...teguh pendirian.
DeleteAlhamdulilah kucing sudah sihattt....
ReplyDeleteWah teh ais dia memang volcano betul tu! Nampak menyelerakannn
Susah nak tolak 😁
DeleteTeruja saya tengok teh ais valcano tu...memang betul-betul melimpah.
ReplyDeleteTengok gambar iklan tak berapa melimpah, sekali sampai depan mata..wow!
DeleteBijak kalau nengok muka si Jojo tu... kucing yg bijak hehehhe. Terus batal azam tahun baru bila jumpa air teh volcano tu kak
ReplyDeleteMemang bijak budak ni. Sekali dua je boleh akal-akalkan dia, lepas tu dia tau dah 😄
DeleteLupakan sekejap, nanti sambung berazam lagi. Hehe
Seprtinya beberapa kucing lagi mengalami gejala yang sama, alhamdullilah Jojo semakin sehat.
ReplyDeleteIya, gejala biasa yang dialami kucing. Alhamdulillah Jojo dapat kembali sihat.
DeleteHehe.. comei je dia atas kereta. Alhamdulillah, Jojo dah sihat.
ReplyDeleteWah... sedapnya, makan. Saya ada jumpa teh ais volcano kat sini, tapi tak cuba-cuba juga. Terer orang buat air ni. Sebab melimpah-limpah buihnya. :D
Kan..macam mana entah buat dapat gitu.
DeleteAlhamdulillah Jojo dah sihat... tegak dia duduk brdiri tu :D
ReplyDeleteTeh Tarik Valcano tu macam takut nak minum kalau fikir kemanisan susu nyer huhu
Alhamdulillah, dah tak lembik badan dia.
DeleteYang ni ok bagi akak, tahap manis biasa. Manis sangat jadi tak sedap rasa.
Alhamdulillah dah sihat dah Jojo 👍🏻
ReplyDeleteWah PU dah pandai debut nat hehe...
Hehe, kena biasakan cakap dialek sini.
DeleteSteady Jojo kembali beraksi!
ReplyDeleteBaru sihat sikit je dah mula nak gigit kita 😄
Deletealhamdulillahhh Jojo dah sihat yeayy!
ReplyDeletewaduhh menggoda sungguh tek tarik volcano tu!
Legaa sangat tengok budak dah sihat. Alhamdulillah!
DeleteHahaha.. takpe², sesekali bervolcano, mantap!
ReplyDeleteAlhamdulillah, Jojo dah sihat. Senang ke bagi dia makan ubat?
Tak mudah jugaklah, sibuk nak lari 😅
DeleteTeh Ais Volcano, sedap nya tu. Alhamdulillah Jojo dah sihat.
ReplyDeleteAlhamdulillah lega saya.
Delete