Thursday, 2 January 2025

Catatan Hari Pertama Tahun 2025

Catatan pertama pada tahun 2025.

Kalau ikut kalendar, semalam iaitu hari pertama pada tahun 2025 bukanlah hari cuti umum bagi negeri Perlis. Tapi sejajar dengan pengumuman mengejut oleh Menteri Besar Perlis pada hari Selasa lalu, maka dapatlah Encik Suami cuti kerja sempena 1 Januari 2025 dan 1 Rejab 1446.

ORANG MEMBERI KITA MERASA | Sebelah pagi, seorang jiran lelaki datang ke rumah menghulur hasil tanaman dan ternakannya sendiri - sebiji timun dan empat butir telur ayam. Alhamdulillah! Jiran kami yang seorang ni memang sangat rajin, sebelum ini dah beberapa kali menghulur bungkusan jagung hasil tanaman sendiri.

Semoga usaha pertanian dan penternakan jiran kami ini terus berhasil. Saya ni tumpang seronok jelah menikmati hasil orang, sebab diri sendiri belum rajin bertani dan menternak 😄

Sebelah petangnya selepas solat Asar, saya dan Encik Suami ke bandar Kangar. Ada beberapa urusan nak diselesaikan.

PAWAGAM | Cerita foto di atas - bangunan bekas pawagam yang kini bertukar menjadi pasaraya Borong Din AS. Lokasinya di pusat bandar Kangar. Bagi yang belum tahu, negeri Perlis tidak mempunyai pawagam. Menurut info, Perlis sebelum ini mempunyai beberapa buah pawagam seperti Capitol dan Cathay tetapi menutup operasi sekitar tahun 2000.

Kebetulan pula, saya tak gemar menonton di pawagam jadinya tak ada masalah bila berhijrah ke negeri yang tiada pawagam. Seumur hidup - saya cuma pernah sekali saja pergi menonton di pawagam iaitu ketika zaman belajar di UPM Serdang, itulah yang pertama dan mungkin yang terakhir 😅

BUNGKUSAN SHOPEE | Kami bergerak balik ke rumah selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Alwi, Kangar. Sebelum bergerak, Encik Suami terima mesej WhatsApp dari seorang individu berkenaan bungkusan pembelian Shopee.

Katanya bungkusan tak dapat dihantar dan boleh ambil di lokasi yang dinyatakan (nama sebuah kedai makan dan foto kedai disertakan). Kami rasa pelik sebab tak pernah terima mesej begini, terfikir mungkinkah scammer? Tapi bila check di Shopee memang ada satu bungkusan sedang dalam penghantaran.

Kebetulan kedai makan tersebut memang dalam laluan kami untuk balik rumah, jadi kami singgahlah nak pastikan apa kisah sebenarnya. Rupa-rupanya, penghantar barang tadi ada masalah untuk menghantar bungkusan ke rumah-rumah. Macam rumah kami, dia dah pergi ke kawasan rumah tapi tak jumpa mana satu rumahnya. Katanya, hari ini (baca : semalam) dia rugi banyak sebab gagal menghantar bungkusan. Memang kasihan melihat lelaki tersebut sebab nampak penuh bungkusan dalam keretanya. Mungkin baru mencuba jadi penghantar barang, masih belum mahir mencari alamat rumah di kawasan kampung. Semoga Allah permudahkan urusannya.












54 comments:

  1. adik ammi pun rider untuk J&T. ada masa kalau org beli secara COD, bila dia sampai rumah (padahal dah inform awal) orang tu tiada dirumah. Kan dah jadi masalah pula nak ulang 2-3 kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau selalu tiada di rumah, patutnya janganlah pilih COD. Kesian rider.

      Delete
  2. Kak Ujie..SA suka Perlis...tenang damai dan x selalu jammed...lagi satu makanan murah2 kat sana...adik ipar SA yang bongsu orang perlis...since PKP kami dah x pernah pi Perlis dah...kesihatan arwah mak x memberansangkan masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini jalan sesak bila ada cuti panjang atau musim cuti sekolah je sebab ramai pelancong datang. Itu pun taklah sesak teruk macam di bandar besar 😄. Hari biasa memang sangat aman tenang.

      Delete
  3. alhamdulillah..murah rezeki dpt berkongsi rezeki..org memberi, kita merasa kann
    selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  4. Sebiji timun dan 4 biji telur, menunya sayur timun tumis telur, 3 biji lagi buat sambal telur... cun dah kak ujie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi masak timun tumis telur, bagus Mim bagi idea ni 👍🏽

      Delete
    2. Nnt try kak... sedap.. saya suka tu

      Delete
  5. Indahnya semangat kejiranan. Rezeki yang dikongsi pasti berkat. Semoga jiran terus dimurahkan rezeki, dan mana tahu, nanti awak pun dapat ilham untuk mula bertani atau menternak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada kejiranan yang baik.
      Itulah…kita ni mood turun naik 😄. Zaman rajin dulu, ada la tanam sayuran.

      Delete
  6. rezeki tanpa disangka2 kan... Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah….paling tak sangka dapat pemberian telur ayam ternak sendiri 😀

      Delete
  7. Kuning menyerlah papan tanda tu! Memang nampak segar!

    ReplyDelete
  8. Bestnya berjiran dgn petani/penternak hehe...
    Semoga dipermudahkan urusan rider tu dan tak patah semangat dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi naik segan jugak asyik dapat hasil orang 😅
      Iya, harapnya dia kuat semangat.

      Delete
  9. Buat sambal telur, ulam timun. Ngam dah tu.

    ReplyDelete
  10. Seronok la dpt jiran yg rajin bercucuk tanam dan menternak.. dpt timun dgn telur ayam... Alhamdulillah rezeki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…memang kagum tengok kerajinan dia.

      Delete
    2. Pasar borong din seluruh negeri perlis ada... Biasa org perlis nk tgk wayang akan ke kedah.. samalah kita jenis tak masuk pawagam so tak kesah pun :D

      Delete
  11. Alhamdulillah! Rezeki dari insan sekeliling ;)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ...rezeki berbudi kepada tanah dan rezeki berbaik sesama jiran..
    Selamat tahun baharu Ujie..Semoga sucses selalu

    ReplyDelete
  13. Selamat thn baru 2025
    Ciknur simpan angan2 lg teringin nk ke Perlis kalau boleh he hee insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada kesempatan CikNur jalan-jalan sini 😊

      Delete
  14. happy new year 2025...rezeki dpt jiran yg baik...berkongsi hasil tanaman nya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dapat jiran rajin dan baik…Alhamdulillah!

      Delete
  15. Selamat tahun Baru 2025/Rajab...sehat dan bahagia selalu, tetangga yang baik..memang sepatutnya kita pun begitu kan, ...ada kalanya kesulitan memang cari alamat pas ada kirim barang ,padahal alamat tertulis cukup lengkap..di mudahkan urusannya pak pos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, mungkin belum biasa dengan tugasannya. InsyaAllah hari mendatang akan lebih mudah.

      Delete
  16. biasanya rider baharu JnT/Shopee minta abe kie antar lokasi umah. Kalau yg dah regular dispatcher tu sedar2 brg dah sampai! Maklum la hampir setiap hari ada je brg2 belian sampai di atas tangga umah! See my level? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaa…hampir setiap hari ya 😀
      Itulah, biasanya kalau tak jumpa rumah rider akan WA minta location. Yang ni senyap je, mungkin dia tak terfikir sebab tengah serabut cari alamat.

      Delete
  17. Seronok la dapat cuti jugak kan kak.... bestnya dapat hasil dari jiran yang tak kedekut berkongsi. Kesian jgk kalau penghantar barang tapi tak jumpa alamat, mungkin masih belum biasa lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian, dah malam tapi barangnya masih banyak. Kalau tak biasa dengan selok belok kawasan kampung, memang susah sikit nak cari alamat rumah.

      Delete
  18. Rezeki dapat jiran pemurah, best tu dapat timun dan telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…moga murah rezeki jiran saya ni.

      Delete
  19. thanks for sharing, have a nice evening

    ReplyDelete
  20. seronok dpt jiran pemurah & suka kongi rezeki hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Ana jugak kan….rajin kongsi masakan dengan jiran 😀

      Delete
  21. Bagusnya dapat jiran macam ni. Timun pun nampak gemuk, pandai dia bercucuk-tanam.
    Timun saya setakat ni, tak sempat membesar lagi. Baru kecik besor jari kelingking, dia jadi reput atau terencat pertumbuhan. Sebab pokok ada semut hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya…memang gemuk timunnya.
      Semoga usaha Tot berhasil nanti. Saya ni langsung takde usaha 🤭

      Delete
  22. Alhamdulillah mendapat kiriman dari tetangga yang rajin bertani dan berternak Mbak, Timun dan telor. Senang sekali ya kalau mempunyai tetangga yang baik seperti itu.

    Saya bingung juga apa yang dimaksud dengan "pawagam". Rupanya kalau disini apa yang disebut sebagai "bioskop", tempat orang-orang menonton film.

    Btw. Selamat tahun baru 2025 Mbak. Semoga Mbak dan keluarga selalu dalam lindunganNYA dan sukses selalu.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…iya, pawagam = bioskop

      Aamin…doanya buat Pak Asa juga.

      Delete
  23. Selamat tahun baru. Kalau masuk Perlis samada ke rumah keluarga abang ipar atau ke Padang Besar. Kena plan satu hari jalan-jalan Perlis. Rasanya ada banyak juga tempat menarik di negeri kecil ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh hala ke tempat lain pulak - Tasik Empangan Timah Tasoh, Kompleks Gua Kelam, Taman Buah-buahan Eksotik.

      Delete
  24. Memang seronok dapat pemberian hasil tanaman dan ternakan.
    Kasihan pula penghantar itu hantar tidak jumpa alamat.

    ReplyDelete
  25. Seronok dapat pemberian dari jiran... Rezeki dikelilingi jiran yang baik....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****