Thursday, 2 March 2023

Medan, Indonesia | Menikmati Nasi Padang di Restoran Garuda

Catatan terakhir berkenaan makan-makan di kota Medan. Kami ke Restoran Garuda yang terletak tidak jauh dari Tjong A Fie Mansion untuk menikmati hidangan Nasi Padang.

Garuda Restaurant, Kota Medan, Indonesia
Ada pilihan untuk makan di ruang terbuka atau ruang tertutup yang lebih selesa dengan alat pendingin hawa. Kami memilih makan di ruang tertutup.

Nasi Padang Garuda Restaurant
Tak lama kemudian, satu persatu lauk dihidangkan di tengah meja.

Nasi Padang Garuda Restaurant
Siap dihidang, ada 15 jenis lauk pauk semuanya 😄

Nasi Padang Garuda Restaurant
Semuanya nampak menyelerakan. Rambang mata nak memilih lauk mana satu nak dimakan.

Nasi Padang Garuda Restaurant
Antara lauk yang kami makan - sambal hijau dan lauk pucuk ubi masak lemak. Lauk pucuk ubi tu ada dua jenis, satu pucuk ubi biasa dan satu lagi pucuk ubi ditumbuk.

Nasi Padang Garuda Restaurant
Lauk kegemaran encik suami - kikil/tunjang. Harganya Rp. 55k.

Nasi Padang Garuda Restaurant
Selesai makan nasi, dihidangkan pula dengan agar-agar santan dan juga potongan buah-buahan. Kami cuma makan satu bekas agar-agar santan dikongsi berdua, buah pula tak makan langsung. Dah kekenyangan, tak mampu nak menambah muatan perut.

Dah siap makan, barulah pelayan kedai kira harga makanan yang kita makan. Makanan yang tak disentuh, tak dikira. Kalau ayam goreng tu, dikira ikut berapa ketul yang kita ambil. Kos makan-makan kami termasuk cukai PPN 10% adalah sebanyak Rp. 345.510

Secara keseluruhannya, kami puas hati sebab semua lauk pauk yang dimakan memang sedap! Ayam goreng berempah masih panas, daging dendeng (kering) yang rangup, juga lauk sotongnya yang sangat lembut tak liat. Makan pula di ruangan yang cukup selesa dan diberi layanan mesra. Alhamdulillah.






24 comments:

  1. Sampai 15 jenis memang rambang matalah jawabnya hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun belum cukup banyak. Pernah dihidang hampir 20 jenis di sebuah restoran Nasi Padang, Pekanbaru 😄

      Delete
  2. fevert nih..nasi padang...kat sini, kena pilih lauk...tak dihidang banyak2 mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Datang Indonesia barulah boleh merasa cara asli Nasi Padang dihidang.

      Di Indonesia sebenarnya pun boleh jugak kalau kita tak mau dihidang banyak2. Kita pilih lauk sendiri.

      Delete
  3. Salam kenal 🙏..Bahkan saya belum pernah coba di rumah makan garuda pun...wah lumayan juga harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal 😊
      Harganya menurut saya sesuai dengan makanannya yang enak, layanan yang bagus & ruang makan yang selesa.

      Delete
  4. Pernah makan juga nasi padang yg dihidangkan begini, di Jakarta. Ikan emas ada puan? Dlm seleksi hidangan kami dulu ada, tp bukan ikan emas versi kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak saya. Kalau tak dibagitau atau bertanya, memang tak taulah.

      Tapi kalau tau, mungkin tak mampu nak cuba walaupun bukan ikan emas versi kita 😄

      Delete
  5. Li... Liii.... Liiiii.... Limabelas!?!?! Woww!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dihidang 15, idok ler kami makan semua 15 jenis 😄

      Delete
  6. rindunya nak travel dan makan2 kat Indonesia ni...tapi kena sabar dulu

    ReplyDelete
  7. Rindu nya makanan kat sana. Memang camtu kan dihidang byk jenis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah tempat akan tanya sama ada kita nak pilih lauk atau dihidang banyak2.

      Delete
  8. Wah, banyaknya lauk. Kikil/tunjang tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian kaki lembu, ada yang panggil otot / urat kaki. Rasa kenyal.

      Delete
  9. Terliur kita tengok semua lauk ni Kak Ujie. Pedas tak masakan padang? Tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas jugaklah bagi akak, kecuali masak lemak pucuk ubi tak pedaslah.

      Delete
  10. Masyaa Allah sedapnya lauk pauk nasi padang..
    Kalau saya tak boleh tidak mesti la nak gulei kekel & sambal ijo tu...ish telan ayaq lioq ni

    ReplyDelete
  11. Lama tidak makan makanan berhidang banyak-banyak di kedai.
    Alhamdulillah lauk dirasa sedap semua.

    ReplyDelete
  12. dulu masa ke Medan, macam pelik sampai2 je kat restoran berjenis2 lauk dihidang atas meja..rupanya kita pilih yg mana kita nak je..style kat sana macamtu..peghak sekejap..haha...

    ReplyDelete
  13. Rindunya hendak makan nasi Padang. Macam-macam lauk yang menggoda selera!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****