Thursday, 30 March 2023

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Catatan kisah 6 Ramadan 1444H / 28 Mac 2023.

Pada awalnya (sebelum sampai KL) kami merancang nak membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan yang terletak di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru (jalan yang menempatkan restoran Nasi Lemak Wanjo).

Tapi rupanya ada bazar Ramadan yang terletak betul-betul di sebelah Hotel Tamu. Dari lobi hotel, kelihatan deretan kanopi biru di sebatang jalan sebelah bangunan hotel. Wah…ini lebih mudah sebab tak perlu melintas jalan yang sesak pada waktu petang untuk menuju ke Jalan Raja Muda Musa. Tambahan lagi di bulan Ramadan, jalanan di sini bertambah sesak dengan pengunjung yang nak membeli juadah berbuka di sekitar Kampung Baru.


BAZAR RAMADAN JALAN RAJA ALANG, KAMPUNG BARU

Saya tunggu encik suami balik dari kerja, barulah kami berdua pergi ke bazar Ramadan. Agak lewat juga kami keluar, iaitu sekitar pukul 6 petang. Pengunjung dah membanjiri bazar Ramadan, jalanan sesak. Ada dua orang polis trafik berkawal di depan gerbang bazar.

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Ini merupakan pengalaman pertama saya ke bazar Ramadan di KL, juga kali pertama ke bazar Ramadan pada tahun ini. Suasana di sini sangat meriah! Saya dengan muka tak malu, pergi ke bahagian depan gerbang untuk merakam foto ini 🤭

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Bazar Ramadan di sini panjang. Ada dua barisan gerai jualan di kanan dan kiri jalan dan juga satu barisan di tengah (pendek je, tak sampai belakang).

Suasana di sini meriah dengan pengunjung yang bersesak, juga pelbagai jualan makanan dan persembahan nyanyian oleh busker & kumpulan qasidah. Siap ramai-ramai ikut menyanyi dengan busker 😄. Selain tu ramai juga individu peminta sedekah berada di sudut tertentu. Eh, beza sungguh ya dengan bazar Ramadan di tempat lain yang pernah saya kunjungi.

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Pulut panggang.

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Kuih akok.

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Beginilah sesaknya, kadang berlanggar bahu dengan orang lain. Masa ni kami dah siap pusing semua gerai  yang ada. Sesekali sampai (mungkin sekali je sebab jauh kan), haruslah kita pusing semua tengok jualan orang KL. Dah siap pusing, barulah membeli. Akibatnya, tak dapat membeli murtabak Singapura yang terletak di pintu gerbang 😅. Adik penjual kata, ‘Dah habis, esok datang ya..’. Emm, tak ada rezeki nak merasa. Kami di KL cuma satu malam je, esok awal pagi bertolak ke Perak pula.


JUADAH BERBUKA 6 RAMADAN 1444H

Sebelum pergi bazar tadi, kami siap rancang - jangan beli nasi sebab nasi mengenyangkan nanti tak boleh makan makanan lain 🤭. Juga, setiap orang cuma boleh beli dua makanan pilihan. Tak boleh lebih sebab kami sedang musafir, tak dapat simpan di peti sejuk macam di rumah.

Juadah pilihan kami. Pinggan & sudu garfu tu saya bawa, mudah nak makan di bilik hotel.

Mi goreng pilihan encik suami - RM4.50.

Kuey teow goreng isi kerang tambah telur mata pilihan saya - RM9.

Kuih pulut panggang
Pulut panggang - RM5 / 3 bungkus.

Kuih Akok
Kuih akok perisa asli dan perisa pandan - RM5 / 5 keping.

Terasa mahal harganya kan? Apa pun, pilihan sama ada nak membeli atau tidak itu terletak pada kita sebagai pembeli. Jangan kita canang sana sini marah harga mahal, tapi masih tetap membeli. Sebelum beli, tanya harga. Rasa mahal, tinggalkan saja. Kami pula, walaupun terasa mahal tapi tetap membeli dengan alasan cuma sesekali ke sini. Yang penting, dah beli tak bolehlah marah pasal harga sebab kita yang buat keputusan membeli.

Jadi, habis ke tak kami makan semua makanan yang dibeli? Kami cuma berjaya habiskan mi dan kuey teow, juga sedikit kuih. Selebihnya sambung waktu sahur, makan bersama nasi lemak Wanjo yang dibeli selepas solat tarawih.







25 comments:

  1. Apabila selalu baca entri Ujie jalan-jalan KL, terasa ingin ke sana kalau balik kampung nanti. Nak jejak tempat lahir arwah ayah saya di Kampung Baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tu kak, jejak kembali kampung arwah ayah.

      Delete
  2. Sy tak g lg bazar
    Esok baru nk try pergi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la pergi sesekali kan, ambik pengalaman.

      Delete
  3. Pulut panggang itu ketankah?rasanya pasti enak karena di bungkus daun pisang...pasti harum...

    Disni kami menyebutnya pedagang musiman yg menjual aneka takjil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...pulut = ketan. Ada inti di dalamnya.

      Delete
  4. Lagi best kak tak perlu jalan jauh-jauh nak ke bazar ramadhan... tapi itulah harganya agak mahal jugak ye kak. Dana pun tak pergi ke bazar lagi tahun ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sebelah hotel je. Jimat tenaga 😁

      Delete
  5. Puan Ujie pergi bazar Ramadan yang inipun meriah. Itulah saya ingat Puan Ujie pergi yang terletak di Jalan Raja Muda Musa.
    Hehe rajin jalan selusuri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa balik kerja, suami saya lalu jalan Raja Muda Musa. Katanya situ kurang meriah. Bazar di jln Raja Alang ni lebih meriah.

      Delete
  6. asalkan sedap kak mahal pun tak apa kan...kami haritu tak sempat merasa nasi lemak wanjo seriau tengok orang beratur ramai time cuti sekolah pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanjo tu setiap kali kami pergi memang beratur panjang, tapi tak lama pun. Pekerjanya pantas layan kita.

      Tapi kalau cuti sek, mungkin lagi panjanglah beraturnya ya.

      Delete
  7. Bazar Jln Raja Alang ni mmg meriah puan... Zaman intern dulu pernah juga ke sini...

    ReplyDelete
  8. Wah, meriahnya... suka juga pulut panggang. Sini, harga RM1 sebiji.
    Bijak, bawa pinggan, sudu, garfu, dari rumah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biasanya bawak pinggan dll tu bila travel. Senang bila nak makan bungkus di bilik hotel 😁

      Delete
  9. Sana-sini meriah dengan bazaar Ramadhan. Banyak tak gerai yang jual nasi dan lauk di situ Kak Ujie? Mana tau tersesat ke sana boleh la singgah beli juadah berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..tak perasan banyak ke tak. Tapi ada laa gerai jual lauk pauk.

      Delete
  10. standard harga di kuala lumpur, tambah pulak harga tapak bukan murah. bagi saya, mahal sikit tak apa. at least ada rasa. kalau tak sedap melangit pun janganlah hangus atau basi

    ReplyDelete
  11. Teringat zaman pkp, memang rindu betul nak berlaga bahu dengan orang. Sebab asyik kena jaga jarak. Sekarang dah rimas kembali hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Syaz...kadang fikir seronok juga masa PKP, tenang2 je kat mana2 😅

      Delete
  12. Wah ..BR Raja Alang antara yang paling meriah sejak dulu.Kalau zaman Tun M jadi PM ke4 dulu ni antara BR kegemaran Tun M jugak ni

    ReplyDelete
  13. oo..ada dua bazar ramadan di kpg baru....bazar Raja Alang yg femes dari dulu...pernah sekali gi je...sedapnya mee goreng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kot Nohas...sebenarnya satu je - kat Raja Alang. Yg di Raja Muda Musa tu mungkin cuma gerai2 jualan, tak sampai tahap bazar.

      Cuma saya yang tak tau, duk fikir bazar Kg Baru di jln Raja Muda Musa 😄

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****