Wednesday 9 February 2022

Jom ke Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, Perlis

AHAD | 30.01.2022

Sebelum ini saya dan encik suami cuma sempat ke View Point Wang Kelian dan Dataran Empangan Timah Tasoh. Eksplorasi di negeri Perlis kami teruskan lagi, kali ini kami ke Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam. Perjalanan bermula dari rumah PP selepas solat Subuh.

Panorama yang dapat dilihat sewaktu kami menuju ke Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam. Pokok-pokok kekeringan, seakan pemandangan pada musim luruh. Di beberapa tempat juga kelihatan kesan rumput terbakar. Perlis ketika ini (sewaktu kunjungan kami) sedang mengalami cuaca panas dan kemarau. Sama situasinya di Kedah dan Pulau Pinang.


PUSAT EKO PELANCONGAN GUA KELAM
Kami sampai di sini sekitar pukul 10 pagi. Beberapa hari sebelumnya, encik suami dah membuat tempahan slot dengan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perlis untuk kami meneroka Gua Kelam 2. 

Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, Perlis
Maklumat kadar bayaran yang dikenakan di sini.

Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, Perlis
Masuk dan berhenti di pondok sebelah kanan untuk pembelian tiket secara pandu lalu. 

Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, Perlis
Tiket masuk ke sini, RM2 seorang dewasa dan RM1 bayaran parkir. 

Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, Perlis

Apa yang menarik di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam? Selain daripada boleh berkelah dan bermain air sungai, kita boleh melakukan aktiviti di tempat-tempat berikut :
  • Eksplorasi Gua Kelam 1
  • Eksplorasi Gua Kelam 2
  • Galeri 3D Gua Kelam
  • Rumah Cermin
  • Berkhemah di Tapak Perkhemahan Hujan-Hujan
Berkenaan kadar bayaran, boleh rujuk gambar maklumat bayaran. Kecuali untuk Rumah Cermin, tiada maklumat bayaran yang saya perolehi kerana ia merupakan produk baru di sini. Dan semasa saya ke sini ianya masih belum di buka untuk pengunjung.

Aktiviti pertama kami di sini, eksplorasi Gua Kelam 2. InsyaAllah catatannya pada entri akan datang.


18 comments:

  1. Rajin betul Puan Ujie dan suami terima alam semulajadi. Murah harga tiket masuk.
    Tidak sabar baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tiket masuk tu memang murah amat.
      Tapi harga masuk Gua Kelam 2 lain pula, kira per trip. Trip kami berdua je…jadi mahal la 😅

      Delete
  2. Cuaca panas dan musim kemarau di negara kita mampu mengubah pandang darat fizikal terutamanya kawasan yang sebelum ini hijau dengan dedaunan rimbun. Warna rumput dan daun-daun kering memang ala-ala musim luruh juga kan Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la berangan jap konon kat negara dengan musim luruh 😄

      Delete
  3. Uncle seram gua-gua ni... jumpa batman tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batman gua ni dah lari...takde dah 😄

      Delete
  4. Banyak jugak tarikan kat sini. Harga tiket pun murah. Nanti dah dibuka mesti ramai yang datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Cermin tu katanya sekarang dah dibuka. Bertambahlah tarikan yang ada.

      Delete
  5. Cantik tempatnya. Mama baru first time jejak Perlis Dec lepas. Nanti boleh masuk wishliy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang lagi, bolehlah ke Gua Kelam ni pulak. Ada tarikan tersendiri.

      Delete
  6. Tak sabar tunggu next entry. Masuk berdua pun kena bayar Rm 80 lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Sal 😅
      Nak sangat masuk kan..pejam mata la bayar.

      Delete
  7. Bestnya Gua Kelam ni. Macam2 aktiviti boleh dibuat rupanya. Menarik, TQ for sharing :)

    ReplyDelete
  8. dah lama teringin nak ke Perlis. Sebelum ni cuma singgah di jeti Kuala Perlis aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki nanti boleh jalan-jalan Perlis.

      Delete
  9. explorasi alam...pernah sekali masuk gua, seram jg..walaupun tak gelap..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****