Friday, 10 September 2021

#howmuchhaveyouchangedchallenge

Di media sosial sekarang tengah popular #howmuchhaveyouchangedchallenge. Masing-masing tayang gambar dulu dan sekarang. Saya tertarik pada satu gambar ni…
.
.
.
Gambar oleh Fb : stresskmk

…kerana inilah realitinya 😂😢. Umur semakin meningkat, kadar metabolisme badan makin menurun. Dulu-dulu makan banyak/macam-macam pun berat badan kekal di bawah 50 kg. Sekarang ni nak dapat berat badan ideal iaitu 54 kg pun belum pernah tercapai. Pernahlah hampir-hampir tercapai, tu pun sebab saya mengalami sakit gigi berbulan-bulan. Susah nak mengunyah, mampu makan sikit jelah sampai jadi turun berat badan. Bila gigi dah boleh kunyah, hmmm…berat pun terus-terusan meningkat. Nak kekalkan cara pemakanan yang sihat dan jaga pengambilan kalori memang bukan mudah.

Nak selit sedikit peringatan bagi yang sertai cabaran begini, kalau gambar lama kita tak menutup aurat maka tak perlulah kita letak ya. Memanglah bagus sebab nampak perubahan baik (dulu terbuka, sekarang sudah menutup), tapi tak perlulah kita dedahkan aurat kita yang sekarang kita dah tutup. Kadang bila seronok sertai benda begini, kita jadi terlupa. Takpe, kalau dah terbuat kita boleh delete.



19 comments:

  1. Lawak gambar orang lidi itu.
    Hehe betul itu. Kalau ikuti cabaran jangan terlebih batas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak bercampur sedih kenang diri sendiri 😅

      Delete
  2. Setuju juga..anyway, betul la metabolisme dah menurun. Susah betul nak kurangkan berat sekarang ni berbanding beberapa tahun dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faktor usia. Nak tingkatkan metabolisme, ada caranya. Pun kena rajin usaha juga 😅

      Delete
  3. Bagus pesanan itu. Ramai yang terlupa sebab teruja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mampu pesan secara umum di sini saja lah. Nak tegur direct belum mampu.

      Delete
  4. Saya antara orang yang tak menyahut cabaran tersebut.. hehe

    ReplyDelete
  5. Saya buattt jugakkk.. Tapi dedua gambo muka jee.. x tunjuk badan gemok or kurusss.. Hahahaha

    ReplyDelete
  6. 🤣 trrbayang diri sendiri ni kak uji.. pkp sj sy da naik 8 kilo😌.baru setahun lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKP nak abis ni, semoga kita dapat turun berat lepas ni 😂

      Delete
  7. lagi lagi PKP ni kak, tak bergerak sangat. Makin naik beratnya. Takut nak timbang terus. Haha..sorok penimbang.

    Bagus pesanan tu kak. Pelik jugak dah berhijrah ke arah lebih baik berhijab. Tiba tiba trend ni terus buka aib lama tunjuk gambar freehair. Aduhaiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak timbang je, insaf la lepas timbang. Lepas tu masa makan, lupa dah 😄

      Delete
    2. Hihi..bukan apa, nanti kemurungan tak berselera makan terus.

      Delete
  8. Challenge di IG ke? Biasalah tu kak Ujie, bertambah usia, metabolisme pun menurun. Kadang-kadang walaupun mantain berat, tapi badan terasa berat dan tak seaktif dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang akak jumpa kat fb. Tapi kat ig pun ada jugak.

      Delete
  9. Alamak challenge ni xssuai juga utk shida hahaaa..aduhaii ^_^

    ReplyDelete
  10. semenjakpkp hari tu ada terkesan sikit dengan berat badan , asyik makan dan makan je

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****