Semalam merupakan hari ekuinoks. Apa itu ekuinoks?
Jom baca info pada poster berikut :
Poster fb Apadilangit. |
Poster fb falakonline. |
Inilah juga masanya untuk kita lihat di manakah kedudukan TEPAT arah TIMUR dan BARAT dengan cara melihat matahari TERBIT dan TERBENAM.
Disebabkan kedudukan rumah saya di PP ni cuma menghadap matahari terbenam, jadinya tiadalah gambar matahari terbit untuk melihat kedudukan tepat arah timur. Boleh diusahakan, tapi kurang rajin pulak nak keluar rumah.
Matahari terbenam pada 23 September 2021, 7:07pm. Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas. |
Matahari yang kita nampak akan sentiasa berubah kedudukan terbit/terbenam, tidak tetap pada satu kedudukan saja (hakikatnya matahari berada tetap pada kedudukannya, cuma bumi yang berputar mengelilingi matahari. Boleh tonton DI SINI untuk pengetahuan).
Maka semalam dapatlah saya lihat di manakah kedudukan tepat BARAT dengan cara melihat kedudukan matahari terbenam (lihat gambar di atas). Beginilah cara lain nak tentukan arah, selain menggunakan kompas.
Begitu indah dan hebat kuasa Allah mengatur segalanya. Kita sebagai mukmin seharusnya berfikir dan merenung kejadian alam. Semoga dengan rasa ingin tahu kita tentang persoalan ‘bagaimana sesuatu terjadi’, akan mengukuhkan keimanan kita kepada Allah.
.
Tq info nya Uji….. sebab rajin sangat ambik tau kan tu yg Baru tau maksud sebenar equinoks hari ni hihi …
ReplyDeleteDulu belajar Geografi kat sekolah ada ni kak, tapi kita kan dah lama tak sekolah..dah lupa. Ni kira ulangkaji lah 😄
Deletesubhanallah,sungguh chantek n ohsem gmbr mentari sunset tuuuh., tingkat berapa ni makcik Ujie
ReplyDeleteTingkat 16 Wak 😀
Deletesubhanallah. sungguh luas ilmu Allah, tak terjangkau pemikiran kita manusia.
ReplyDeleteDalam minggu ni matahari nampak besar dan bulan pun nampak penuh menerangi malam.
ReplyDeleteAllahuakbar. Bukti kebesaran Allah maha berkuasa.
ReplyDeleteMasyaAllah cantik evening glowing. Seronok menikmati evening glowing bila duduk rumah tingkat atas atas ni.
Oh semalam ya waktu tengok matahari terbit dan terbenam.
ReplyDeleteSemalam terfikir juga pasal ini masa tengok bayang-bayang ketika jalan petang.
Subhanallah cantik waktu terbenam.
patutlah panas betul hari dalam beberapa hari ni...
ReplyDeletesubhanallah
ReplyDeleteada terdengar juga fenomena nih, kat jupem ada diaorang ambil gambar tapi tak sempat nak tengok lagi...
ReplyDeletesubhanallah kak!
ReplyDelete