Di media sosial sekarang tengah popular #howmuchhaveyouchangedchallenge. Masing-masing tayang gambar dulu dan sekarang. Saya tertarik pada satu gambar ni…
.
.
.
Gambar oleh Fb : stresskmk |
…kerana inilah realitinya 😂😢. Umur semakin meningkat, kadar metabolisme badan makin menurun. Dulu-dulu makan banyak/macam-macam pun berat badan kekal di bawah 50 kg. Sekarang ni nak dapat berat badan ideal iaitu 54 kg pun belum pernah tercapai. Pernahlah hampir-hampir tercapai, tu pun sebab saya mengalami sakit gigi berbulan-bulan. Susah nak mengunyah, mampu makan sikit jelah sampai jadi turun berat badan. Bila gigi dah boleh kunyah, hmmm…berat pun terus-terusan meningkat. Nak kekalkan cara pemakanan yang sihat dan jaga pengambilan kalori memang bukan mudah.
Nak selit sedikit peringatan bagi yang sertai cabaran begini, kalau gambar lama kita tak menutup aurat maka tak perlulah kita letak ya. Memanglah bagus sebab nampak perubahan baik (dulu terbuka, sekarang sudah menutup), tapi tak perlulah kita dedahkan aurat kita yang sekarang kita dah tutup. Kadang bila seronok sertai benda begini, kita jadi terlupa. Takpe, kalau dah terbuat kita boleh delete.
Lawak gambar orang lidi itu.
ReplyDeleteHehe betul itu. Kalau ikuti cabaran jangan terlebih batas.
Lawak bercampur sedih kenang diri sendiri 😅
DeleteSetuju juga..anyway, betul la metabolisme dah menurun. Susah betul nak kurangkan berat sekarang ni berbanding beberapa tahun dulu.
ReplyDeleteFaktor usia. Nak tingkatkan metabolisme, ada caranya. Pun kena rajin usaha juga 😅
DeleteBagus pesanan itu. Ramai yang terlupa sebab teruja.
ReplyDeleteSaya mampu pesan secara umum di sini saja lah. Nak tegur direct belum mampu.
DeleteSaya antara orang yang tak menyahut cabaran tersebut.. hehe
ReplyDeleteSaya jua..
DeleteSaya buattt jugakkk.. Tapi dedua gambo muka jee.. x tunjuk badan gemok or kurusss.. Hahahaha
ReplyDelete🤣 trrbayang diri sendiri ni kak uji.. pkp sj sy da naik 8 kilo😌.baru setahun lebih..
ReplyDeletePKP nak abis ni, semoga kita dapat turun berat lepas ni 😂
Deletelagi lagi PKP ni kak, tak bergerak sangat. Makin naik beratnya. Takut nak timbang terus. Haha..sorok penimbang.
ReplyDeleteBagus pesanan tu kak. Pelik jugak dah berhijrah ke arah lebih baik berhijab. Tiba tiba trend ni terus buka aib lama tunjuk gambar freehair. Aduhaiii..
Akak timbang je, insaf la lepas timbang. Lepas tu masa makan, lupa dah 😄
DeleteHihi..bukan apa, nanti kemurungan tak berselera makan terus.
DeleteChallenge di IG ke? Biasalah tu kak Ujie, bertambah usia, metabolisme pun menurun. Kadang-kadang walaupun mantain berat, tapi badan terasa berat dan tak seaktif dulu
ReplyDeleteYang akak jumpa kat fb. Tapi kat ig pun ada jugak.
DeleteAlamak challenge ni xssuai juga utk shida hahaaa..aduhaii ^_^
ReplyDeleteKenapa tu Shida? 😀
Deletesemenjakpkp hari tu ada terkesan sikit dengan berat badan , asyik makan dan makan je
ReplyDelete