Wednesday, 8 September 2021

Nak Ke Mana Tu???

Beberapa hari yang lalu, saya minta jiran di rumah NS untuk tolong kumpulkan segala bil dan surat di peti surat rumah saya. Dah lebih 8 bulan tak dapat menjenguk rumah, mesti penuh peti surat.

Selepas tu jiran hantar kepada saya gambar surat-surat yang sudah diikat kemas dan juga gambar berikut…

Hahaha…tu diaaa, nak menjalar ke manalah tu? Masa bulan Mac jiran (yang lain) ada hantar gambar, nampak macam dah mati pokoknya. Agaknya lepas tu musim hujan, hidup kembalilah dia. Menjalar ke arah rumah, jangan sampai saya balik tengok dia melilit di ampaian baju hujung tu sudahlah 😂

Ni gambar yang saya ambil semasa balik ke rumah NS pada September 2020 lalu. Tinggal dua pokok ni yang masih ada di sana. Money plant / pothos dan orkid harimau. Yang lain semua dah bagi orang. Money plant yang cantik melilit tiang pun dah bagi orang, dalam pasu ni tertinggal sikit dan dia berkembang biak sendiri.

Bila tengok gambar rumah NS, sayu jugak hati. Cepatlah segalanya berlalu, nak balik jenguk rumah NS dan balik kampung di Johor.


22 comments:

  1. Elok memanjang pokok tu. Mencari sumber air ke? 😅

    ReplyDelete
  2. samalah kita, jiran yg tolong simpankan bil2 & surat2 di kpg..

    Alhamdulillah, hidup subur..panjangnya menjalar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan jugak nak susahkan jiran, tapi terpaksa..

      Alhamdulillah..berdikari hidup sendiri 😄

      Delete
  3. 8 bulan tinggal rumH lama jugak tu . Mujur ada juga jiran2 yang baik hati tolong tengokkan surat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama..apa nak buat, tak boleh rentas negeri 😌

      Delete
  4. hahaha..adoi..ingatkan ular..bunga menjalar nak ke mana tu ya dek..hehehe

    ReplyDelete
  5. hehehehe kene hujan hidupla dia... memang tahan lasak kan pokok tu
    pokok orkid harimau tu pun tahan lama kan kak... jgnla mati syg betul, dahla bunganya cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la dapat ke tak tengok bunga dia, orkid harimau susah berbunga. Ni lagi pulak dalam pasu kecik 😅

      Delete
  6. Pothos ni memang mudah hidup dan menjalar cepat tanpa perlu penjagaan rapi. Jauh betul pergi dia tu. Harapnya cepatlah dapat rentas negeri, rindu berkumpul dengan familu, pulak tu banyak urusan tergendala. Bila emergency pun agak leceh nak kena pergi balai polis. huhu..sedih dan sayu mengenangkan.

    ReplyDelete
  7. Cantiklah pokok tu.. Kalau buat tempat dia menjalar di tembok pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu saya balik duduk sana semula, nanti dia menjalar rumah sebelah..susah pulak 😄

      Delete
  8. Hehe pokok itu hendak menjalar tengok keadaan dalam rumah.

    ReplyDelete
  9. Dia menjalar ikut arah matahari kot.

    ReplyDelete
  10. Huyoooo.. Nak kemana tuuuu.. hehee

    ReplyDelete
  11. Pokok tu cari tuan rumahnya agaknya. Mana la pergi, lama tak nampak

    ReplyDelete
  12. dia dah tak tahu nk menjalar kemana kak ujie..hehee

    ReplyDelete
  13. nak pegi cari tuan rumah ni, katanya 'lamo na tak nampak'

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****