Harini sudah pun 16 Ramadhan...sekejap je kan.
Saya dan suami dah pun buat perancangan untuk balik kampung raya nanti.
Cuti raya suami baru je diluluskan, cuti yang agak panjang.
Untuk tahun ni kami berada di kampung (Johor) selama 9 hari.
Siap bagi 4 malam di kampung suami dan 4 malam lagi di kampung saya.
Kami memang patuh pada sistem giliran sejak mula berkahwin.
Dan tahun ni tiba giliran meraikan raya pertama di kampung suami.
Cukup 4 malam barulah bergerak ke kampung saya di daerah bersebelahan.
Bila nak tinggalkan rumah dalam jangkamasa lama ni, banyak hal nak kena rancang.
Antaranya pokok dalam pasu yang boleh dikira dengan jari tu...
Tahun-tahun sudah, banyak yang mati atau hampir mati sebab kena tinggal 7 hari.
Tahun lepas okey sikit sebab buat kaedah INI. Takde yang mati.
*Korang pulak...dah ada rancangan balik kampung raya ni?
selamat balik kampung..saya memang duk kat kampung :)
ReplyDeleteAla... kakak dekat aje Ujie. Duduk JB baliknya Pontian dan BP sehari pun boleh pusing semua tempat. Tapi biasa kakak memang balik rumah abang dulu sebab keluarga abang kecik tak macam keluarga kakak ramai kalau satu keluarga tak balik pun masih penuh rumah bapak tu...
ReplyDeletekt umah sy, pokok lumut ja ada..takyah risau2 dh..haha
ReplyDeleteoooo..suami isteri Johorean...beza daerah sahaja...senang tu...balik hari pun boleh..hihihih...
ReplyDeleteSaya raya di Nilai tahun ni..
Tahun lepas dah raya kat JB..
acik dah tak de giliran balik raya..dah tua2 ni..ayah bonda dua belah pihak pun dah tak de..
ReplyDeletelepas solat raya..pi la jalan2 rumah abang2
Tahun ni akak rumah en suami jugak ujie... masa balik buka puasa tu ari mak mertua dah kata, tahun ni raya sini kan, ye mak tak pernah mungkir ;)
ReplyDeletebest lah balik kampung..kita dah memang duk kampung...
ReplyDeletetahun ni kami beraya penuh di selangor kak. en suami pun dah apply cuti siap2. harap2 takde plan kena keje last minute lah nanti...
ReplyDeleteTahun ni macam biasa balik kampung kami yang sekampung tu. Raya pertama kat umah saya, raya kedua rumah suami, pastu ulang alik ulang alik jela.
ReplyDeletesaya tak apply cuti lg...masih samar nak beraya di kl atau balik perak...
ReplyDeleteSaya blk kg suami. Raya ke 2 br blk kg saya. Sistem giliran jgk. Hehe..
ReplyDelete