[Amaran: Catatan ini sekadar menggamit memori lalu, bukan satu promosi untuk Al-Arqam dan seumpamanya.]
Majalah Al-Ain tahun 1988. Sudah 25 tahun dalam simpanan! |
Pernah mengenali majalah di atas? Majalah AL-AIN dengan tagline 'Pembimbing Akhlak Pelajar'. Majalah berunsur Islam yang popular pada suatu masa dulu ni adalah terbitan Al-Arqam (pergerakan yang telah difatwakan sesat & haram pada tahun 1994). Tapi zaman saya baca ni (sekolah rendah) masa tu tak difatwakan sesat lagi tau.
Ketika tu rasanya memang tiada majalah kanak-kanak yang berusur Islam. Bila terbitnya majalah ni, memang sesuatu yang lain dan menarik. Saya dan kakak jadi pembaca setia majalah ni. Harga pun masih mampu beli - RM1. Dalam majalah ni pun banyak peraduan untuk kanak-kanak sertai, tu pun daya penarik bagi saya jugak. Bagi saya, majalah ni bagus sebab ia mendidik kanak-kanak ke arah hidup Islam sambil berhibur.
Muka surat pertama majalah... |
Bila saya belek semula majalah lama ni, memang tiada unsur kesesatan. Cuma ia mungkin mampu menimbulkan rasa suka pada pergerakan Al-Arqam. Suka kerana bangga ada orang Islam yang berjaya dalam bidang penerbitan (khususnya dan bidang ekonomi amnya). Itu apa yang saya rasakan.
Tambahan lagi saya pernah menjejakkan kaki ke sebuah perkampungan Al-Arqam di Pontian (Kayu Ara Pasong jika tak silap), melihat situasinya membuat hati kanak-kanak saya tertarik. Saya datang ke sana secara tak sengaja, bas sekolah yang saya naiki memasuki perkampungan tersebut atas urusan peribadi pemandu bas. Masa tulah saya dapat melihat kehidupan mereka. Ada sekolah, ada sekumpulan kanak-kanak lelaki bawak makanan dalam dulang (masa tu tengahari, itu lunch mereka la kot). Lepas tu terus ada angan-angan nak jadi sebahagian dari mereka bila dewasa nanti.
Sehinggalah tersebar pergerakan ini SESAT, dan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri telah mewartakan ia sesat dan haram pada tahun 1994, angan-angan saya mati sampai di situ. Biarpun saya cuma nampak keindahan luaran pergerakan ini (melalui terbitan majalah dan terbitan album nasyid mereka), tapi saya percaya pada keputusan Majlis Fatwa. Apa pun, majalah, kaset nasyid dan lagu nasyidnya telah menjadi sebahagian dari memori masa lalu saya.
*apa yang sesat tentang Al-Arqam? baca fatwa DI SINI.
pertama kali tgk majalah al-ain ni ... owhh iye ker majlah al-arqam ermmm
ReplyDeleteasal nye arqam ni ok kn??cume bile dh terlalu taksub yg sampai jd sesat..
ReplyDeleteKakak dulu lagi mengikuti kumpulan ini Ujie cuma bab berpurdah kakak tak buat lagi.. cuma kakak pun tak nampak di mana sesatnya. Tapi bacalah yg macam Ujie dah bagi link itu.
ReplyDeleteDulu kami buat sos, kicap semua tau. Pergi sg pencala lagi. Ahh... tinggal kenangan semuanya..
CK:
ReplyDeleteyang akak perhatikan, ok je. Diwartakan sesat sbb fahaman asas yg menyesatkan. wallahu a'lam.
KAK ZAKIE:
oh..akak sempat join. Sg Pencala..teringin nak meninjau tempat tu dulu.
Arqam mmg advance dlm membangunkan ekonomi masa tu, bab tu mmg saya sgt kagum.
oh rasa pernahlah baca...lupa kat mana he3..
ReplyDeleteselamat berbuka puasa ye sis ujie ^^
hebat ye arqam ni, boleh terbit majalah sendiri...
ReplyDeletepertama kali tgk majalah nie.. baru tahu pasal arqam tu..hehe
ReplyDeleteSaya tak ingat majalah al ain ni, tapi al arqam saya ingat. Kumpulan Rabbani dgn Hijjaz pun bekas ahli Arqam gak kan? Lagu2 nasyid derang memang sedap didengar dan kalau dengar lirik lagu2 derang, banyak yang memberi nasihat untuk berjuang menegakkan kembali syiar islam.
ReplyDeleteDah baca link yg ujie bagi tu. Bahagian c(i) ayat pertama tu saya sangat setuju. Hehehe.
x igt dh sy psl majalah ni. tp al arqam tu sy igt.
ReplyDeletesekarang al ikhwan ke ujie..acik pun tak tau sangat..
ReplyDeletesekarang al ikhwan ke ujie..acik pun tak tau sangat..
ReplyDeleteal ain...saya pun antara peminat majalah ini zaman sekolah dulu..karikaturnya cantik..mmg Nampak solehah pada zaman itu..:)
ReplyDeletekak ujie, izan pun pernah baca majalah ni dulu2. cuma tak ingat ada simpan lagi ke tidak. tapi kalau kaset2 nadamurni tu mmg ada...
ReplyDeletekg sg penchala tu dulu2 izan selalu pergi sbb kak long dulunya mmg org arqam. yg paling izan ingat, pernah juga masuk studio rakaman nasyid dorang. masa tu rasa teruja jugaklah. cuma sayang... lepas diwartakan haram, perkampungan tu dah tak semeriah cam dulu2.
Masa sekolah dulu pernah baca mjlh ni...
ReplyDeleteTeringat masa sekolah men dulu, ikut lawan sekolah ke tempat dia orang....
ita pernah baca jugak dulu..pjam yg kawan2
ReplyDeleteSaya pernah masuk perkampungan al-Arqam ketika mereka masih aktif dulu kerana kebetulan ada kawan yg menyewa rumah dekat perkampungan itu. Terpesona dgn gaya hidup pengikut mereka, mengingatkan kita kpd cara hidup sahabat2 di zaman Nabi. Juga kagum dgn empayar bisnes mereka yg bukan saja bertapak di Malaysia tapi berjaya hingga keluar negara. Siapa sangka tanpa bantuan kerajaan dan mengamalkan gaya hidup penuh Islamis mereka mampu bergerak sejauh itu??
ReplyDeleteSaya juga tak faham mengapa al-Arqam diharamkan. Ada org kata ia ada kaitan dgn agenda politik mereka yg berkuasa, wallahualam.....
Nota: Terima kasih Ujie atas hadiah itu....
LYD:
ReplyDeleteBetul...saya kenal mereka (esp. Ustz asri) dari album nasyid terbitan Arqam lah. Ramai lagi 'keluaran' Arqam sbnrnya..
ACIK:
Rufaqa...pastu Global Ikhwan.
DIANA:
Takde yg seumpamanya masa tu...haruslah berebut kan.
IZAN:
Uwaaa...terkenang kaset Nadamurni akak. Abis dah anak sedara yg kecik kerjakan...ditarik tape nya.
JR:
Sbb tu saya dulu tertarik nak join gak...
Mereka bkn je takde bantuan kerajaan, tapi tak buat loan bank sbb takmo RIBA. itu yg saya tahulah.
Terima kasih kembali...sudi mewarnai dunia blog saya.
majalah ni ok..mmg takdey g pelik.
ReplyDeletecuma gerakan dia bahaya kan..
tak sangka...
mereka pun taksub sgt dgn abuya nya kan..
kat temerloh pn ada perkampungan dia..
masa form two sy nyaris nk ke sana..
Salam ujie.
ReplyDeleteSejujurnya inilah pertama kali sy dpt tahu ttg Majalah ni. Sayang seribu kali sayang kerana Al-Arqam sebuah organisasi islam yg begitu hebat terutamanya dlm bidang ekonmi akhirnya rebah kerana kesesatan.
murah jugak harga majalah tu kan
ReplyDeleteyumida kalau beli majalah tertarik dgn aktiviti dlm majalah tu anjurkan
coz ade hadiah..hehe
salam ramadhan...
ReplyDeletesaya pernah bl time2 diaorg aktig. ababg berserban naik moto dtg jual, best jgak majalah dia coz yg terlibat dlm ni semua org2 bijak kn
ReplyDeleteAllahuakhbar..
ReplyDeleteinilah majalah pertama yg sy baca ketika umur sy 6 tahun.
yg menariknya sy menjumpai majalh ini ketika sy menyelongkar almari utk mencari brg permainan.namun apa yg sy jumpai adalah timbunan majalah kanak2 dlm keadaan lusuh dan berhabuk.sebaik diselak,kolum komik syaitan menarik minat sy. sy yg ketika itu tidak tahu membaca mengambil inisiatif mengeja setiap perkataan utk mengetahui isi kandungannya..sejak hari itu (jika tidak keluar bermain) sy akan duduk dalam dunia sy sendiri membaca majalah ini samada dibawah katil, dicelah almari dsb.
tidak dapat dinafikan kelancaran bacaan sy ketika kecil smada huruf rumi atau jawi adalah hasil berdikari sy membaca majalh ini..pemupukan nilai murni juga dpt sy terap melalui pembacaan ketika kecil ini.alhamdulillah tiada siapa paksa sy utk ini malah seingat sy, majalh ini bukan dibeli utk sy..tetapi utk abg dan kakak sy sbgai pembacaan mereka ketika kecil..namun sy yg berada digenerasi seterusnya terus mendapat manfaat drnya..Alhamdulillah sekali lagi