Rampasan kuasa di Mesir telah menyebabkan kepimpinan Presiden Mesir, Muhammad Morsi diguling. Rampasan kuasa berkenaan telah dilakukan oleh pihak tentera Mesir (yang didalangi pihak tertentu). Sebagai Muslim, wajarlah kita terkesan dengan peristiwa ini dan memberikan sokongan kepada kepimpinan beliau.
Ada apa dengan presiden Morsi sehingga kita patut menyokong beliau? Kerana beliau adalah pemimpin yang mendukung Islam. Mari kita kenali beliau...
Kebenaran perlu diperkatakan, Dr Muhammad Morsi adalah
1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik (secara demokrasi).
2) Presiden awam yang pertama.
3) Presiden arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.
4) Presiden arab pertama dari pihak parti islam.
5) Presiden arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.
6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.
7) Presiden arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.
8 ) Presiden arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain.
9) Presiden arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri.
Sejarah akan menilai Morsi, sama ada dia mempunyai kesilapan atau tidak, beliau setakat ini merupakan pemimpin arab yang terbaik, jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain dan anda akan tahu sendiri.
Beliau bukanlah seperti pemimpin yang mengambil duit rakyat dan memasukkan dalam poket sendiri!
[sumber: Syria Care]
*Jumaat yang barakah...marilah kita mendoakan kemenangan & kesejahteraan pihak pendukung Islam di Mesir dan di seluruh dunia. Pertolongan yang mudah (doa) tapi besar pada makna.*
Beliau mmg layak di angkat sebagai pemimpin..berjaya dalam akademik...berjaya dlm keperibadian, keagamaan..dan mendidik anak anak menjadi tahfiz semuanya...dan beliau sendiri tahfiz...Moga Allah permudahkan usaha beliau membangunkan Mesir...dan moga apa jua yg terjadi lepas penggulingan beliau, beliau di rahmati dan di lindungi Allah.
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan perjalanan kepimpinannya . Tapi sesungguhnya ... yang benar itu .... selalunya amat sukar ...
ReplyDeleteKerana tak mahu lebih ramai terkorban relakan dulu apa yg terjadi kini pada beliau. Tapi sepertimana komen TGNA tidak mustahil beliau akan kembali berkuasa satu hari kelak..
ReplyDeleteOrgg dok update kat fb tapi sy satu pun x faham...knapa? Sapa dia?
ReplyDeleteMekasih bkongsi uji..bru saya fahamm cerita awalnya...sama2 kita doakn...
tadi dah baca kat blog kak tiha...lagi sekali baca kat blog akak...
ReplyDeletesemoga satu hari nanti dia akan berkuasa balik..
Sbrnya, dunia tahu siapa dalangnya tapi masing2 pun tutup mulut.
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan segalanya.
allah maha mengetahui ...
ReplyDeleteAllah Maha Besar......... kita rakyat Islam patutnya bersatu menyokong pemimpin yang menjalani hukum Islam....
ReplyDeleteMoga Allah terus menjatuhkan bala ke atas musuh Islam
Nak tambah... dia juga berbeza dgn mubarak bila dia tak perlu diescort utk ke mana-mana. Menurut yang saya baca, dulu masa mubarak nak lalu habis jalanraya akan jammed.
ReplyDeleteSemuga Allah memberi keselamatan kepada beliau dan kejayaan kepada ikhwanul muslimin..sedih kan
ReplyDelete*hadiah dari ujie saya dah dapat, terima kasih moga murah rezki :)
InsyaAllah mudah-mudahan aminnnn :)
ReplyDeletePuak2 sekular di Mesir semamangnya tidak pernah berdiam diri Morsi menguasai Mesir. Mereka anti -Ikhwan Muslimin sejak awal-awal lagi, malah merekalah yg membunuh Hasan al-bana, Syed Qutb, Abd Qadir Audah dana lain-lain tokoh ikhwan muslimin.
ReplyDeletehttp://www.bicaradariaku.com/2012/06/dr-mohamed-morsi-antara-doa-dan-harapan.html
salute....pemimpin begini yg kita mahukan
ReplyDeleteinsyAllah ~ kita bukan kalah dengan pihak sekular ~ tapi belum menang ~ insyAllah , kemenangan itu pasti !
ReplyDeleteMemang ramai yg tidak senang dgn Islam. Dulu mereka cuba gulingkan kerajaan kerajaan PM Erdogan yg pro-Islam di Turki tapi gagal. Kini mereka berjaya di Mesir. Agaknya jika parti Islam memerintah Malaysia pemimpinnya akan menerima nasib seperti Morsi??
ReplyDeleteJom berdoa utk kemenangan Islam....
kesiann dia
ReplyDeletebanyak kisah dia lately nie kuar ..
semoga dia dan ummat islam mendapat lindungan dari allah yg maha besar !
moga beliau dirahmati Allah
ReplyDelete