Friday, 6 January 2012

Nasihat atau Celaan?

sekadar gambar hiasan..sebab cantik!

"Barang siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Dan sesiapa yang menasihatimu di depan umum, maka sebenarnya dia sedang menghinamu..."
(Imam al-Syafii)


"Seorang Mukmin menutupi kesalahan seseorang lalu menasihatinya. Tetapi seorang pembuat dosa mengisytiharkan lalu mencelanya"
(Fudhail bin 'Iyadh)


NASIHAT adalah perbuatan atau kata-kata yang bertujuan memberi kebaikan kepada orang lain. Tetapi jika kita rasa bangga ketika nasihat diterima atau rasa marah ketika nasihat ditolak, maka itu petanda ia nasihat yang tidak ikhlas. Kerana orang yang ikhlas menasihati kerana Allah tidak akan marah jika nasihatnya tak didengari, tapi boleh melahirkan rasa sedih.

ADAB memberi nasihat ialah dengan menyampaikannya secara sembunyi, bukan di hadapan orang lain atau orang ramai.

(sumber: Solusi isu 8)


p/s: Rasanya JIKA dalam entri Ustaz Azhar & Gitar saya letakkan link blogger terbabit, saya jadi berdosa kerana menyebarkan / mengisytiharkan kesilapannya. Hmmm..niat yang baik kalau tak kena cara jadi perkara tak baik pulak ya!
Nak nasihat secara umum boleh, asal jangan sebut atau kaitkan dengan individu tertentu.

27 comments:

  1. cara menasihat memang pengting utk tak menimbulkan pertelingkahan..elok laa kita nasihat berdasarkan ape yang kita tahu dan bukan ape yang kita nampak..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. ahaks ... acik baru tulis sal Amalina tuh! erkkkk!

    ReplyDelete
  3. susah juga bab2 nasihat ni..kadang2 jadi salah faham kn

    ReplyDelete
  4. bagus entri nie, baru ku tahu.

    ReplyDelete
  5. Betul tu..menyebarkan keaiban org saja tambahkan dosa diri sendiri, ada baca tentang blogger tu..kalau utk nak popular senang je kan, buat benda yg mendtgkan marah rakyat Malaysia..taktik kotor, huh!

    ReplyDelete
  6. azlan:
    bijak sekali...

    acik:
    dah tak tau kan..lagipun mmg ramai yg tak berapa faham bab nasihat2 ni, termasuk saya! ni sama2 kita belajar.

    tihara:
    betul..tapi jgn berenti menasihati. sbb ia dituntut dlm agama kan..

    TP:
    sama2 kita belajar.

    elih:
    harap2 ada la yg berdepan utk nasihati dia..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. k.ujie..btol tu...sokong2..

    sbb y menerima tu kalo rs mrh mksudnya nasihat tu xditerima la kan..+ xikhlas..kalo ikhlas n x mengaibkan org tu msti org tu akan fikir kebenaran/nasihat y diberikan..

    psss : k.ujie..kek baby tu dr email2 y kakak ira fwd..hee..ada mcm2 bntuk kek..kek gambar toilet ngan eek2 pon ada..tp geliii..wuuu

    ReplyDelete
  9. sememangya ini entry yang bisa membuat ramai blogger bisa tersentap..

    cayalah sis^^

    ReplyDelete
  10. j.ira:
    ira mmg student yg cemerlang!!
    sbb baca & fikir..

    *ooo..akak ada gak tengok kek bentuk najis utk ketua menteri penang, pun dah geli!!

    WS:
    oh ya ke? tapi bkn tu niatnya..cuma nak share ilmu. lps ni dah tau, jgn buat lagi.

    ReplyDelete
  11. kalau boleh elakkan entry yg bsifat provokasi..cth pasal tu la..amalina...ustz azhar..kekadang mcm kita ni galakkan org ngumpat dlm blog..kan?

    ReplyDelete
  12. Salam Ujie..,

    memang nasihat itu perlu diberi dengan secara hikmah...seorang muslim yg menyembunyikan aib seorang muslim yg lain didunia akan ditutup Allah akan aibnya di akhirat nanti....Allahua`lam..

    ReplyDelete
  13. Ujie...

    muga-muga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk membuat sesuatu itu dgn ikhlas kerana NYA...Insyaallah...aaminnn..

    ReplyDelete
  14. betul tu..nk nasihat..kena sembunyi2..bila bntu tutup aib org, allah akan tutup aib kita :)

    ReplyDelete
  15. betul tu..nk nasihat..kena sembunyi2..bila bntu tutup aib org, allah akan tutup aib kita :)

    ReplyDelete
  16. betul la kak...nak tulis apa2 kena jaga aib org gak...erm risau gak kot2 saya dah tertulis benda macam tu...lps ni kena berfikir betol2 sebelum menulis sesuatu.

    p/s:saya pun tak tahu sangat apa itu alexa..hehhe

    ReplyDelete
  17. munna:
    'galakkan org mengumpat dlm blog'..suka statement tu! kena fikir2kan.

    azmnor:
    iyelah, nasihat mesti kena beri jugak kan. cuma kena cari cara..

    semoga diberi kekuatan..

    ctk:
    bijak ct!

    aisha:
    akak pun terfikir gak..ada tak aku tersalah dalam pada syok menulis entri. uhh..

    diana:
    teguran/ingatan utk diri sendiri jugak..sifat manusia mudah lalai.

    ReplyDelete
  18. Btul2..

    kdg2 tu ada sesetengah org sengaja buat2 baik nasihat org lain depan ramai org...

    kengkonon baik..
    TPI kdg2 ia memalukan org yg dinasihati,,

    huuhhu

    ReplyDelete
  19. satu peringatan untuk kita semua..

    ReplyDelete
  20. lia:
    mestilah malu kalau gitu..terus jadi geram dan susah nak terima nasihat tu.

    prettywrite:
    yup!

    ReplyDelete
  21. nilah kelemahan sy kak
    ssh nak nasihat org kalau salah
    wuwuwuw
    sebb sy penakot
    huhuhu..

    ReplyDelete
  22. aimie:
    akak pun tengok orang dulu baru berani tegur/nasihat. sbb takmo jadi bergaduh.

    ReplyDelete
  23. nasihat biar bertempat..jgn malukan org tu dengan nasihat dpn2 org..den pon xdapek nak trime...huhuhu

    ReplyDelete
  24. kalau ada ibu bapa yg menasihati anaknya di hadapan umum? nasihat yg berunsurkan marah. (kononnya marah tanda syg). tp bile xdtrima, melenting. so, maksudnye ibu bpa yg mcm tu ialah mereka yg sedang menghina anaknya?

    ReplyDelete
  25. SECRETG:
    saya pasti ibubapa tu tiada niat utk menghina anak sendiri. cuma mereka tak tahu cara yang betul untuk memberi nasihat.
    Niat mereka nak membetulkan anak kerana sayang, cuma tersilap cara.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****