(Dalam entri sebelum ini, saya ada sebut mengenai percutian ke Pantai Timur - Kelantan & Terengganu. Ini sambungannya..saya catatkan untuk panduan bagi yang ingin ke sana.)
Perjalanan dari Bangi ke Kota Bharu (KB) melalui laluan Lebuhraya Karak - Kuala Lipis - Gua Musang mengambil masa hampir 8 jam. Sempat singgah bersarapan Nasi Lemak di Benta, Pahang. Juga berhenti di beberapa stesen minyak untuk meregangkan badan dan ke tandas.
Hentian Gua Musang
Tiba di Gua Musang, kami singgah sebentar di Hentian Gua Musang yang baru dibuka kira-kira 3 bulan lalu. Pada mulanya kami menyangka ini adalah R&R Gua Musang. Tandasnya bersih, wangi dan siap ada iringan muzik! Keadaan lengang, selain kami berempat (saya, suami dan dua ahli keluarga) tak kelihatan pengguna lain selain pekerja di situ. Stesen minyak juga belum beroperasi.
Hentian Gua Musang |
Destiny Hotel
Untuk malam pertama kami memilih tinggal di Destiny Hotel, sebuah hotel bajet yang terletak di tepi Sungai Kelantan dan bersebelahan dengan Pelangi Mall. Ini merupakan kali kedua saya menginap di sini selepas beberapa tahun lalu. Kadar harga daripada RM59.90 sehingga RM79.90 sahaja! Sesuai dengan harga, biliknya kecil tetapi bersih dan tiada sarapan pagi. Setakat untuk tidur di malam hari memang tiada masalah bagi kami. Bila tinggal di sini bolehlah menyaksikan pemandangan indah sungai di waktu senja dan menikmati ketenangan di awal pagi. Bagi yang berminat, boleh hubungi 09-743 5252.
Sebaris dengan Destiny Hotel, terdapat juga Ridel Hotel. Harganya lebih tinggi sedikit tetapi menyediakan sarapan pagi. Semasa berkunjung ke KB beberapa tahun lalu, saya pernah juga menginap di hotel ini. Tetapi agak kecewa dengan kebersihan tandas/bilik mandinya. Selepas tu saya ada membuat aduan, harap-harap mereka sudah ambil perhatian.
Kanan- Destiny Hotel & Ridel Hotel terletak di bangunan ini. Kiri- Deretan kerusi & meja makan di hadapan bangunan..meriah di malam hari. |
Semasa tiba, kami dapati di tebing sungai dipenuhi kayu dan dahan pokok. Paras air sungai juga kelihatan tinggi dan mengalir deras. Terdapat 'rumah jeti' yang rosak teruk. Maaf, saya tak tau nak sebut apa. Tapi kelihatan jet ski dan bot di situ.
Beginilah keadaannya... |
Tune Hotel
Malam berikutnya kami memilih Tune Hotel sebab nak merasa hotel yang masih baru ni. Lokasinya terletak bersebelahan KB Mall. Tempahan secara online dibuat awal seminggu dari tarikh dan harga yang kami perolehi sekitar RM60 termasuk caj tambahan 'Comfort Package' (12hours air-cond + towel + toiletries kit). Sangat berbaloi sebab bilik agak luas dan mudah bergerak. Tips: Kipas siling memang tersedia, jika tak suka guna air-cond tak perlu add on air-cond. Kecuali dimusim panas, air-cond memang perlu.
Inilah rupa dalaman bilik penginapan kami. (sumber: website Tune Hotel) |
Ok, entri seterusnya saya akan cerita mengenai tarikan pelancongannya pulak. SELAMAT BERCUTI!
Bestnye cuti2 Malaysia..^_^
ReplyDeletebest la ujie....jgn lupa amik gambo byk2. boleh!!!
ReplyDeleteBilik hotel tu yg paling best kalau baca travelog.. Heavennyee....
ReplyDeleteowh..menarik gak rupanya bilik tune hotel nie..berpatutan laa dengan harganya..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
lily:
ReplyDeletecuti2 m'sia je yg mampu..
TP:
ni dah pegila last wk..gambar lain menyusul nanti.
tea:
bilik hotel bajet je..
azlan:
tula..ingatkan kecik. terkejut gak masa masuk tu. lps ni kalau ke KB mmg confirm amik tune hotel je.
tak pernah lagi sampai kat kelantan....
ReplyDeleteRasanya tu rumah rakit la Ujie...
ReplyDeleteWah, KB semakin cantik sekarang ni. Memang dah lama tak ke sana...
agak berpatutan juga ye harga hotel tune...nmpak hotel tune on da way ke KLIA macam menarik je bangunan dia dari jauh.okey jugak nampak biliknya dalam picture...:)
ReplyDeleteujie: ok, aku tunggu....
ReplyDeletewahh best ni ada MFC kat situ..ade masa nk g terjah..tp dh lama tk ke KB..nice journey :)
ReplyDeleteuntunglah sis masih mampu nak pergi bercuti.sy ni asik terperap kat sini je,ermmmm
ReplyDeleteeita:
ReplyDeletetakpe, baca pengalaman org pun ok. utk pengetahuan am.
mie:
yelah kot..tapi bkn jadi tempat tinggal sbb ni kwsn pelancongan.
a'ah..bgnn & menara dlm gambo ni semua baru lagi.
aishah:
tapi sebenarnya harga tune hotel ni bertukar2 tau. ni maybe off peak season, dpt harga rendah.
TP:
tungguu..^__^
tihara:
masa aritu MFC tu blm beroperasi lagi.
WS:
dah umur 30-an ni barulah mampu jln jauh achie..masa kamu akan tiba jugak nanti.
masa umur 20-an dulu, sibuk buat mcm2 kerja utk hidup tau.
seronoknya berjalan2..
ReplyDeletedengan yg tersayang lak tu..
hahahhha///
:)
wahhh..SERONOK !!
ReplyDeletelia:
ReplyDeletebuat apa2 pun kalau dgn org yg kita syg mmg seronok je..^__~
kali ni lebih bermakna sbb tunaikan hasrat emak yg blm pernah smpai kelantan.
maii:
alhamdulillah..seronok walaupun ada sikit problem dek GPS. akan diceritakan kemudian.
Salam,harga makanan kat hentian gua musang tu ok tak?standard biasa ke?
ReplyDeletelivestrong:
ReplyDeletemaaf..psl harga saya tak tau sbb aritu tak mkn kat situ.
tune hotel mmg selesa ea kak?pnh dgr gak..heee
ReplyDeleteseronoknya..
seronoknya bercuti bersama family kan..
ReplyDeletejgn lupa snap pic byk2 n cun ye..nak tgk ;)
j/ira:
ReplyDeleteyg kat tmpt lain tak tau la. tapi tune hotel yg kat KB ni mmg selesa. puas hati la dgn duit yg dibayar.
cik tom:
mmg seronok..^__^
Salam Ujie...
ReplyDeleteLama dah tak ke KB...sampai sana 12tahun dulu....
TQ pasal info hotel budget kat sana boleh cuba sekali kat ctu...
saya selalu kesana tumpang rumah saudara isteri....
azmnor:
ReplyDeletewah..lama sungguh tu!
kena pegi la nampaknya..utk update. ^__^
owh..gitu rupanya gm station..company yana haritu ada projek kat sana..ingtkan macamanalah..hehe..
ReplyDeleteprettywrite:
ReplyDeletecantik & selesa.
akak tau ia baru bukak sbb tanya pekerja kat situ.
wah...semua hotel dia cuba...hehehehe
ReplyDelete