Ratusan Orang Islam Bantah Larangan Bertudung Di Sebuah Sekolah Di Bangkok
BANGKOK: Ratusan penduduk Islam mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri di sini pada Selasa bagi membantah tindakan sebuah sekolah menengah aliran Buddha melarang seorang pelajar Islam memakai tudung.
Muslim Group for Peace menyifatkan Sekolah Menengah Wat Nongjok di sini yang tidak membenarkan seorang pelajar Islam memakai hijab atau bertudung kepala sebagai satu tindakan prejudis terhadap Islam.
Mereka berkata tindakan sekolah itu bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran memandangkan seorang pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam.
"Sebenarnya, Kementerian Pelajaran telah menghantar surat yang menandakan tindakan sekolah itu sebagai salah laku," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu di tempat perhimpunan.
(Petikan berita dari mstar online)
*************************************
Walaupun larangan bertudung ni berlaku hanya di sebuah sekolah di Thailand, tetapi kesungguhan penduduk Islam di sana mempertahankan syariat menutup aurat amat dikagumi. Bagaimana dengan kita penduduk Islam di Malaysia yang tiada larangan sebegini? Sudahkah semua pelajar Islam kita memakai tudung untuk menutup aurat? Adakah mereka memakai kerana tunduk dan patuh pada perintah Allah, atau kerana ikut-ikutan? Tamat masa persekolahan...tamat sudah masa untuk menutup aurat. Itu yang harus kita fikirkan dan ambil pengajaran apabila membaca berita sebegini.
Untuk anak/adik yang baru belajar menutup aurat, perlu diterangkan bahawa ia adalah perintah yang wajib daripada Allah. Ia bukan satu pilihan samada mahu menutup aurat atau tidak, bagi insan yang mengaku dirinya Islam.
kat malaysia lebih kurang mcm kat turkey jugaks,tp depa buat tk nampak
ReplyDeletemenutup aurat itu adalah wajib..bukanye krn ikut2an..
ReplyDeleteSalam Ujie..,
ReplyDeleteKita kat sini lalai dgn kemakmuran dan keselesaan tu yg tak bersungguh-sungguh dalam mempertahankan perintah Agama dan lebih takut pada perintah manusia...nauzubillahi minzalik...Allahua`lam
sekarang kita kat Malaysia ni bukan setakat dedah aurat lebih dari itu pun dah byk sgt berlaku...yg terkini murtad..., semuga Allah memberikan perlindungan dari segala kemurkaanNYA...Insyaallah...aaminnn.
ReplyDeleteandai kita yg cipta peraturan itu... kan mudah
ReplyDeletediana:
ReplyDeletebila bertudung bkn krn nak tutup aurat, majikan larang bertudung pun tak kisah.
tihara:
turki..me'liberal'kan Islam. tu jadi gitu.
lily:
itu yg perlu difahami.
azmnor:
betul sgt! kemakmuran negara buat ramai yg lalai..makmur itu juga ujian sebenarnya.
tea:
tea nak cipta peraturan apa..agak2nya ek? ^_^
ira mula pkai tudung ms darjah 4..sbb cikgu suruh..hee..alhamdulillah lm2 jadi biasa..dl anak murid smua cikgu ckp, semua ikut..sekarang anak2 murid dah berbeza..tp sekolah rendah ok lagi..:)
ReplyDeletepss : thankss k.ujie..doakan y tbaik buat Ira..heee
kat sekolah darjah empat dah diwajibkn bertudung dulu.alhamdulillah kekal sampai sekarang.ramai yg pkai tudung on off...
ReplyDeletecik x tau ape peranan sultan..kata ketua agama tp ape yg dibuat untuk mneguhkan agama Islam ..
ReplyDeletegila dan ngada2 lah sekolah tu. buat mcm isu besar plak. mcm tak tahu plak tentang pemakaian org islam
ReplyDeleteSedihkan bila tengok adik-adik kita cuma pakai tudung bila pergi sekolah je.. Habis waktu sekolah, habislah "tempoh" menutup aurat yang satu tu..
ReplyDeletePakai sebab ikut peraturan sekolah je.. bukan sebab peraturan ALLAH..
p kelas pakai tudung,balik dari kelas tudung ntah kemana..
ReplyDelete#mgkn tudung sekadar trend kot..pelik^^
tudung sudah jadi fesyen kini.. +_+
ReplyDeletej/ira:
ReplyDeletebesar la pahala cikgu ira tu sbb berjaya didik ira.
nanti ira jadi gitu jugak lah ya!
aishah:
alhamdulillah..
samalah, akak pun start darjah 4.
OCT:
sultan..tak lebih dari sekadar simbol! opss..takleh komen lebih, kena tangkap susah pulak. ^__^
TP:
ada hikmahnya, boleh tengok setakat mana keteguhan iman org Islam.
cik sara:
tanggungjawab yg lebih tua utk mendidik PERATURAN ALLAH itu..
WS:
kalau achie yg nasihat, mesti dia ikut..hehe
lia:
jadinya..jgn berfesyen bila bertudung! cukup sekadar kemas & tutup aurat.
sebenarnya benda nie mungkin tak terjadi sebab agama rasmi negara kata masih islam..tapi andaikan benda ini terjadi terpulang kepada individu itu sendiri..pasti ade tempat yang tak mementingkan duniawi..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
azlan:
ReplyDeletebetul! tepuk dada tanya iman..kalau tak boleh ubah keadaan, cari je tmpt lain.
sian kn org2 yg dok kat ngara yg xbg pki tdung..
ReplyDeletesy b'syukur sy org M'sia.. >_<
nisa:
ReplyDeletebetul tu..kita patut bersyukur, dgn cara pakai tudung (tutup aurat).
alhamdulillah bersyukur kat malaysia xde kes camtu cuma ramai je yg xde kesedaran nak pakai tdung..
ReplyDeleteBak kata ustaz azhar..
ReplyDeletePakai tudung tak wajib..pakaila baldi kat kepala pahtu wat lubang kat mata 2 butir jd la tudung..
Hok wajib tutup aurat..hehe
cik tom:
ReplyDeletetu lah saya maksud entri ni..^__~
prettywrite:
betul..bertudung cuma salah satu cara kita tutup aurat.
ada yg pkai sebab terpakse la..kena ajar dr kecik sebenarnyer :)
ReplyDelete