Wednesday, 7 December 2011

Telur Pindang

...sebelum ke cerita telur pindang, saya nak jelaskan kat sini bahawa dalam entri sebelum ini -Ditelan Mati Emak... bukannya saya perlu memilih antara dua orang tau. Tapi memilih diantara dua tindakan bagi suatu masalah rumit. Yang mana tindakan yang diambil pastinya memberi kesan kepada orang-orang yang terlibat...
*******************



Telur ni biasa dibuat untuk majlis perkahwinan di Johor. Gambar di atas ni adalah telur pindang yang dibuat untuk majlis kenduri kahwin adik ipar Ahad lalu. Buat sedikit saja, untuk diletak pada 'bunga telur'. Bunga Telur tu pulak untuk dijadikan Bunga Pahar. Kalau ada yang tak tahu apa tu Bunga Telur dan Bunga Pahar, sila buat carian sendiri kat Google ya! Dah penat, tak rajin nak ambil gambar masa majlis tempohari.

Cara buatnya, telur perlu direbus bersama pelbagai jenis daun seperti daun pokok jambu batu dan daun pokok manggis. Kalau ikutkan, perlu direbus selama beberapa hari untuk lebih rasa dan warna pada telur. Tapi yang dalam gambar ni, kami rebus tak sampai 8 jam. Sebab tu warna pada telur agak cerah. Jadi rasanya pun agak kurang.

Korang yang bukan orang Johor pernah cuba makan telur pindang? Ada orang tak berani cuba sebab macam busuk. Biasalah..kalau tak biasa makan. Kalau saya memang suka makan telur pindang ni!


25 comments:

  1. saya x suka sgt telo pindang...
    x bole makan sbb rasa wangi2(bau)...

    ReplyDelete
  2. mak oii,lama gila masak benda ni ,mesti cepat abis gas dibuatnya..hehe


    *ada kat petronas,ari tu ada mkn,tak mcm lain je rasanya...mgkn sy tak biasa kot sis..

    ReplyDelete
  3. setakat nie tak pernah rasa lagi...hehe..telur nie belah sekali dengan kulit ker???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. sedap nya..
    saya suka makan telur pindang..

    :)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan telur pindang..ujung minggu ni ada majlis kawin kwn hubby..kot2 ada telur pindang..bolehlah cuba.. :)

    ReplyDelete
  6. dulu dok lama juga di johor, memang saya amat gemar dgn telor pindang.
    rindu rasanya....

    ReplyDelete
  7. Salam ujie..,

    telor pindang ni memang "trade mark" org melayu keturunan jawa...

    dah makan dah telor ni , kalau yg cukup masak dan rencah membuat memang "power"..... saya suka walau pun saya bukan org melayu jawa... :)

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan telur pindang..sedap ke kak? :)

    ReplyDelete
  9. sekarang ni akk paling ske telo ni..tp payoh nk dpt..ske sbb rempah2 tu :)

    ReplyDelete
  10. xsukaaaa sebab color dier macam color telor busuk hahahahaha


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html

    ReplyDelete
  11. sukeeeeee sgt! lau ai mkn cepat je habis =)

    ReplyDelete
  12. tak makan telo ni...best kot rasanya pasal ramai yang suka kan...

    ReplyDelete
  13. Telur pindang febret saya ni...

    Yang korang makan tak berapa best tu, mungkin yang dah tak fresh kot...

    ReplyDelete
  14. exora:
    org kelantan kena mkn telur pindang..mmg susah sikit..^__^

    diana:
    terkena yg tak sedap la tu. skrg mmg byk gak jual kalau kat jb tu. dah komersial.

    ws:
    hahaa..smpai abis gas! tapi kan masa kecik dulu, tengok org masak telur ni guna kayu api.

    *achie..awak sabahan, mesti tak kena kat tekak mknn Jawa..^__*

    ReplyDelete
  15. azlan:
    sbg org malaysia..awak kena try!

    eh, takle. telur ni mkn mcm telur rebus je. nak amik gambo cpt..tak buang kulit terus potong.

    lia:
    ok..kita geng!

    lily:
    sementara stay kat johor tu, baik try. kat kedai2 mkn di stesyen larkin pun ada jual.

    ReplyDelete
  16. telor power:
    cam tu lah..tak kenal maka tak cinta!

    azmnor:
    betul3..kalau pernah mkn yg betul2 masaknya, mmg boleh jatuh suka!

    ieja:
    kalau tanya akak..mestilah SEDAP! dah dari kecik biasa mkn. dulu2 kat johor mmg biasa kenduri kawin bg telur pindang.

    ReplyDelete
  17. tihara:
    kalau nak merasa, kena g johor. kdg2 ada jual kat kedai mkn.

    c'axoera:
    telur busuk ada color ehh??
    biasala..citarasa berbeza.

    munnafendy:
    hehe..samalah. satu tak cukup! suami siap warning jgn abiskan telur2 pindang yg ada ni. ^__^

    ReplyDelete
  18. shahdiana:
    kalau dah rasa yg betul sedap, mesti awak suka.
    lps ni kalau jumpa, try tau!

    mie:
    hmm..yelah. diorang 1st time mkn kena yg tak sedap, lps tu mesti terus tak suka.

    ReplyDelete
  19. Oh! belum pernah makan telur ni...kirim dgn sy boleh? haha

    ReplyDelete
  20. rasenye pernah rase sekali telur pindang ni..tu pun sebab housemate wanie yang bagi, die dari johor..

    ReplyDelete
  21. elih:
    boleh pos..tapi sampai kat elih je, dah takleh mkn la..haha..

    wanie:
    rasanya ok tak? hee..dah lupa..

    ReplyDelete
  22. saya org muar,johor.mmg telur pindang tak sah kalau takde dlm majlis kenduri.teringat masa sepupu kahwin,banyak bebenor telur pindang yg dimasak.

    maka ber'tray' telur kami kena tlg distribute.yg bestnya ada yg buat masak samballah,masak black pepper lah,makan macam tu je cecah kicaplah,mmg muak seminggu tu makan telur pindang je ngeee ^*

    tapi itulah keistimewaan kenduri di johor =.=

    ReplyDelete
  23. biasanya telur ni belum sampai rumah dah habis...

    ReplyDelete
  24. telur pindang spesel satu !

    ReplyDelete
  25. tahukah anda cara paling enak makan telur pindang ialah makan bersama kicap masin cap kipas udang !!!

    mcm ner saya tahu..i know-LAH !!!!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****