Friday, 30 December 2011

Fiksyen 302


Tajuk: Fiksyen 302
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM21
Muka surat: 492


Buku yang baru saja selesai dibaca. Karya terbaru novelis thriller Ramlee Awang Murshid (RAM) ini memang tak mengecewakan saya. Dengan konsep novel psikologi thriller, ia benar-benar membuat otak saya ligat berfikir! Pengakhiran ceritanya juga mengejutkan dan sukar untuk saya jangka. Bagi yang gemarkan penyiasatan dan suka bermain dengan psikologi, novel ini memang untuk anda. Dan ini memang kegemaran saya!

Sedikit ringkasan novel ini...
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.

Bagusnya novel RAM ni, pada bahagian belakang buku ada diselitkan 'Segmen Ilmu'. Untuk novel psikologi kali ini, pembaca diberi info secara ringkas mengenai psikosis dan neurosis. Sambil baca novel kita dapat ilmu.


p/s: Bagi yang pertama kali membaca karya RAM, pasti akan terasa pening sebab ia memaksa otak kita berfikir. Macam sorang kawan saya dulu..terus takmau baca! ^__^ 


35 comments:

  1. Tunang ija suka sangat baca buku2 hasil tulisan Awang Murshid..dia cakap best..pernah jugak dia bagi buku yg dia beli n suruh baca tapi malas nak baca..hehe

    ReplyDelete
  2. ieja:
    mmg best, lain dari novel biasa! akak ada hampir semua novel dia.

    tunang ieja pun mesti dh baca 302 ni kan..

    ReplyDelete
  3. blm pernah baca karya RAM lagi

    ReplyDelete
  4. wahh..macam best jer..sy suka cerita yang tak straight forward nie..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. khaifaiz:
    tak kenal..tak suka. ^_^

    azlan:
    sesuai la tu!

    ReplyDelete
  6. yg baru ke ni kak?
    pehhh..
    sy memang minat gile novel Ramlee ni
    dr zaman sekolah lag
    novel die bes kan..
    kene p carikkkk
    dgn kadar segera ni
    hehehehe

    ReplyDelete
  7. Salam Ujie..,

    saya tak pernah lagi baca novel tulisan beliau....dan saya ni memang kurang membaca novel ... mungkin boleh cuba baca novel ini sebagai permulaan...

    ReplyDelete
  8. aimie:
    a'ah..latest! tu takleh citer lebih..marah plak org yg blm baca.
    geng la kita...^_~

    azmnor:
    try la..novel ni berbeza temanya drpd novel biasa.

    ReplyDelete
  9. PAA:
    oh..awak dah baca jugak ya.
    boleh sakit otak kan..

    diana:
    wah..syg sgt! tp mmg laris..kalau lmbt kena tunggu next delivery.

    ReplyDelete
  10. ciktom suka novel RAM sbb buat kita berfikir..mostly novel dia dah ciktom bc..stakat ni ada 2 koleksi novel dia je yg ln pnjm..bminat nak beli 1 jgk yg ni!

    ReplyDelete
  11. tulisan beliau mencabar minda...

    ReplyDelete
  12. best ni novel RAM..lama dah tk baca novel..kadang2 cerita macam tu mmg kena ligat berfikir macam kita tengok cite heroes..kalo org tk faham mmg tk leh follow..

    ReplyDelete
  13. saya juga obses dgn hasil penulisan RAM..

    Tapi tak baca lagi laa yg ni..
    tgu saya baca yer.. hehhe..

    p/s : nak cari ungu karmila..
    dah hilang dari simpanan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  14. pasal misteri atau saiko nie ujie??

    ReplyDelete
  15. suka bca novel alaf 21,tapi tak reti nak baca buku RAM ni..macam takut je cover dia..heheee

    slmt tahun baru sis^^moga kekal bersahabat..

    ReplyDelete
  16. Macam best jer critanye ni..
    Lily tak pernah baca lagi novel RAM...boleh cari nanti ni..

    ReplyDelete
  17. cik tom:
    saya pun..tak sume novel RAM ada dlm koleksi.

    beli, baca & slmt berfikir! hahaa

    daddy:
    setuju!

    tihara:
    a'ah..tak sume org boleh terima gaya novel gini.

    ReplyDelete
  18. lia:
    obses jugak? ramai gak geng kat sini ya!

    ungu karmila-kalau kat book store takde, lia order je kat alaf21. ada form blkg buku tu.

    TP:
    misteri pembunuhan yg melibatkan psiko.
    bkn misteri yg hantu2 tu tau!

    ReplyDelete
  19. WS:
    takot?hehe..yg kat cover dia tu gambo Zonan, dalang pembunuhan.

    *insyaallah, sahabat selamanya..^_^

    lily:
    mcm best? sila try!
    mana tau boleh join kami2 peminat novel RAM ni..^__^

    ReplyDelete
  20. wah menarik tu.....akan cuba kubaca nanti hehehe

    ReplyDelete
  21. ujie...ai rasa ai sama macam kawan awk tu..comfirm pening kalau baca! haha

    ReplyDelete
  22. 492 pages...sure tak beli or baco buku tuh..hehe

    ReplyDelete
  23. akak pun baca jugak..baru separuh ...
    ni pun dah pening mikir..sapa yang bunuh semua orang tu...

    ReplyDelete
  24. munna:
    blm baca dah tau pening ya..*__*

    papa & acheeqa:
    kalau dah suka..tak terasa buku tebal gitu..

    eita:
    hehe..nak saya bgtau ke sape yg bunuh??

    ReplyDelete
  25. Lama benor tak datang sini. Kak Ujie sehat? :D

    RAM memang best. Bila baca buat otak berfikir. :)

    ReplyDelete
  26. yana:
    alhamdulillah..yana busy dgn lecture kann..
    akak nk masuk blog yana takleh, dah private kan ya.

    h.j:
    no prob.! akak dah siap baca..^_^

    ReplyDelete
  27. Bizi lecture and exam. Heheh.
    Dah boleh bukak dah. Sebelum ni private kejap, insyaAllah tak dah lepas ni. :D

    ReplyDelete
  28. hee..dah lama xbc karya ramlee awang murshid!

    ada 2 buah buku dia y ira pernah beli..heee :)

    seronok tp agak berat..heee

    ReplyDelete
  29. Wahh..akak baca buku tebal2 macam ni?kalau yna mahu makan 2, 3 bulan ni..kikiki

    ReplyDelete
  30. j.ira:
    betul..karya dia mmg berat. bkn bacaan santai..

    pretty:
    yna..yg ni mmg minat kejap je abis.
    skrg pun ada 2 novel lain yg dh berbulan tak abis baca..sbb kurang minat. °__°

    ReplyDelete
  31. abg ct pon suka bce nvel RAM...cter dia mmg bnyk kena pikir :D

    ReplyDelete
  32. baca novel RAM memang best sangat2.. boleh mengembangkan otak.. suka sangat >_<

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****