Monday, 12 December 2011

Akhir Sebuah Konflik


"Konflik mendatangkan dua kesan,
samada memusnahkan perhubungan ataupun
menjadikannya lebih baik."



Jika masih merasa diri lebih baik,
Jika masih mencari kesalahan orang lain,
Jika masih menegakkan pendapat sendiri,
Jika masih menyimpan sisa amarah di sudut hati,
Konflik pastinya memusnahkan sebuah perhubungan!

Andai mampu merendahkan diri,
Andai mampu menerima kesalahan sendiri,
Andai mampu menilai kembali pendapat orang lain,
Andai mampu menghidupkan rasa kasih yang terpadam,
Konflik pastinya membuat perhubungan bertambah erat!

Apa jua bentuk perhubungan yang terjalin...
Sahabat, suami dan isteri, sesama keluarga,
Biar sekadar teman sekerja, jiran tetangga,
Konflik sering hadir di antara kita,
Bagaimana akhiran sebuah konflik...
Iman dan akal kita jadi penentunya!


p/s: Ada di antara korang yang sedang berkonflik? Tenangkan diri, senyum lebar-lebar...kemudian tentukan pengakhiran konflik tadi. ^__*

15 comments:

  1. selalu berada dalam situasi mcm tu..kadang2 diri ini bisa bersabar,namun kadang kala tewas dengan godaan syaitan juga..

    #thank sis atas nasihat berguna,cntik kata2 tu^^

    ReplyDelete
  2. konflik ni boleh kira sbgai hadiah jugak utk kita. ajar kita utk lebih matang ^^

    ReplyDelete
  3. ws:
    sesekali tewas..itu biasa. asal sedar kemudiannya.

    *kalau kata2 yg color biru tu..dipetik dari sebuah buku.

    yayan:
    baguslah jika fikir gitu.
    ada yg anggap konflik itu sekadar masalah.

    ReplyDelete
  4. Jarang sekali konflik berakhir dengan sesuatu yang positif. Namun fikiran yang waras boleh menjadikan keadaan sebaliknya...

    ReplyDelete
  5. huhuhu aku selalu mengalah bila konflik terjadi..malas nak bermasam muka lama2

    ReplyDelete
  6. setuju dengan kata2 yg akhir tu..
    Iman & akal jd penentunye..^^

    ReplyDelete
  7. Ujie..terima kasih..
    walaupun ada masanya ingin mengakhiri sesuat konflik itu..tapi dugaanya terlalu kuat..

    ReplyDelete
  8. mie:
    biasanya kita akan biarkan je konflik yg berlaku..

    tp:
    itu mesti mengalah dgn si dia kan..hahaa

    lily:
    sbb kalau ikut hati, mesti lebih buruk keadaannya.

    acik erna:
    hakikatnya..mmg ada konflik yg amat sukar utk diakhiri..

    ReplyDelete
  9. konflik..outcome yang terhasil adalah dari pilihan kita sendiri..hehe..tapi kalau cornflakes outcome dia memang kenyang...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. sangt sukar nak merungkai sebuah konflik itu :)

    ReplyDelete
  11. kebetulan....mmg tgh konflik skrg ni...ermmm

    ReplyDelete
  12. konflik ada kalanya 2 kali seminggu je..tak banyak..haha

    ReplyDelete
  13. azlan:
    pagi2 b/fast cornflakes ke..^__^

    tihara:
    selagi jumpa manusia, terpaksa hadapi konflik.

    munnafendy:
    konflik dgn socso ke? takpe tu takde perhubungan.. *_*

    h.j:
    ait..camne boleh tau 2kali seminggu? konflik takmo pegi kelas ya.. ^__^

    ReplyDelete
  14. salam ujie..,

    biasanya tewas akan jadi dendam dan menang jadi ego....kesabaran dan pertimbangan yang waras saja yg dpt menangani konflik ini...allahua`lam

    ReplyDelete
  15. azmnor:
    hmm..betul sgt!
    kalau gitu, sebaiknya kita usaha amik jalan tengah demi kelangsungan perhubungan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****