Thursday, 22 October 2026

Menginap 1 Malam di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh

Entri berkaitan —> Kurang 20 Jam di Kuala Lumpur

Tempahan penginapan kami buat kira-kira satu jam sebelum tiba di hotel - berhenti seketika di kawasan hentian dan buat urusan tempahan menerusi Agoda.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Kami tiba di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada waktu Maghrib.

Tempat letak kenderaan tetamu hotel di kawasan parkir terbuka di sekitar bangunan hotel. Kawasan parkir di hadapan hotel adalah terhad, jadinya kalau kita terpaksa parkir di sisi atau belakang bangunan memang agak jauh jugalah nak berjalan.

Hotel ini dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), ia terletak bersebelahan dengan bangunan menara PKNPk. Kawasan parkir juga berkongsi dengan staf PKNPk, jadinya kalau kita datang pada waktu bekerja mungkin agak susah untuk mendapatkan ruang parkir di kawasan hadapan hotel.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Laluan ke bilik-bilik penginapan. Ceria warna karpetnya, saya terbayang kek lapis Sarawak 😋

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Buah epal hijau untuk tetamu hotel, diletakkan di sudut laluan berhampiran lif. 

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Bilik penginapan kami jenis superior king di aras 5. Alhamdulillah dapat bilik yang selesa - bersih, berkeadaan baik dan keluasan memuaskan. Harga kami dapat RM181 tanpa sarapan.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Kemudahan minuman.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Kemudahan lain yang disediakan.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Bilik air luas, cuma tahap kebersihan perlu dipertingkatkan.


*****

Lepas hantar beg di bilik, kami berdua turun semula untuk makan di Coffee House hotel. Tak larat rasanya nak keluar mencari kedai makan.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Antara menu yang ditawarkan. Menarik semuanya dan harganya tidaklah begitu mahal - sesuai dengan suasana dan tempat makan di sebuah hotel.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Pilihan saya kuetiau goreng (char kuetiau). Saya suka kuetiau goreng style Cina begini, sedap! Hidangan saya ini lengkap dengan isi kerang yang lembut, telur mata dan sambal sotong kembang. 

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Pilihan Encik Suami - mi rebus. Meriah isinya dan rasanya pun sedap. Paling saya suka, ada hirisan daging bakar yang lembut dan berjus. Puas hati makan dan rasa berbaloi membayar harganya. Layanan staf di sini juga sangatlah baik dan mesra.

*****

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Di sini juga terdapat sebuah kedai serbaneka yang beroperasi dari 7 pagi hingga 11 malam.

*****

Paling menarik, terdapat sebuah perpustakaan mini berhampiran kedai serbaneka tadi. Pertama kali saya jumpa hotel yang menyediakan kemudahan begini.

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Dah sekian lama saya tak ke perpustakaan, bila jumpa perpustakaan mini begini dah cukup buat saya rasa teruja 😃

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Seronok dapat membelek deretan buku di rak. 

Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh
Antara buku-buku yang menarik perhatian saya. Hanya mampu membelek, tak sempat membaca.

Satu usaha yang bagus oleh pihak hotel dalam menggalakkan budaya membaca buku. Walaupun yang datang mungkin tak minat membaca atau tak sempat membaca, tapi sekurang-kurangnya susunan buku di rak ini mampu mewujudkan suasana yang baik.






22 comments:

  1. Harga menu antara RM25-26 senang nak ingat. Patut letak satu harga je. Apa pun ruangan Mini Library di hotel adalah satu budaya yang baik. Mungkin sebab hotel milik Perbadanan negeri kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..yelah kan, beza RM1 je.

      Mungkin jugak, sebab saya perasan banyak buku lama dari perpustakaan negeri.

      Delete
  2. Harga makanan ala-carte kat hotel tu dah murah dah tu..pilihan pun banyak..SA pun tertarik dengan dua hidangan tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, seronok nak makan tengok harga ok dan banyak pilihan makanan.

      Delete
  3. Aah la laluan tu dah macam kek lapis dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok lantai, nampak makanan pulak ya 🤭😂

      Delete
  4. Menarik la mini library ni. Dulu takde rasanya...
    Sebenarnya kami bbrp kali juga menginap di Casuarina ni tapi dah lama la tak singgah sini. Dulu anak kecik2, boleh sumbat dlm bilik deluxe, skrg dah remaja belaka, jarang duduk hotel kecuali yg family room atau pun suite. Lagi jimat sewa homestay je : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...betul tu, lebih jimat duduk homestay.

      Delete
  5. Menarik dan selesa nampaknya biliknya kak... tengok menu yg akak dan suami pilih tu nampak menyelerakan. Biasa la harga kat hotel, sesuai dengan layanan nya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, rasa berbaloi harganya tu dengan layanan, suasana dan rasa masakan 👍

      Delete
  6. Kalau pergi Matta Fair selalu jumpa booth Casuarina Hotel ni. Walaupun dulu selalu ke Ipoh, tak pernah menginap di sini. Boleh tahan jugak rupanya hotel ni, baca review Ujie rasa lebih yakin. Dahlah tepi jalan aje tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel lama, tapi kira okeylah selesa bilik yang saya dapat tu. Saya suka masakan dia sedap 😀. Parking je kurang best sebab susah nak dapat yang dekat.

      Delete
  7. Bilik nampak selesa, setuju carpet tu mcm kek lapis warnanya hehe. Ada mini library bosan2 boleh la lepak sini baca buku. Boleh bawak naik ke bilik ke bukunya tu Kak Ujie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu terfikir nak tanya tapi tak jadi sebab memang tak sempat pun akak nak baca kat bilik. Jadinya tak tahulah boleh bawa ke bilik atau tak 😄

      Delete
  8. hotel ini kalau tak salah pernah direkomendasikan oleh nadia juga saat saya nak ke ipoh.. tp karena saya mau pakai aplikasi marriott bonvoy, akhirnya memilih AC hotel..

    cantiiik memang kak.. sukaaaa kalau hotel ada dekorasi warna warni begini... vibe nya ceria sangat kan ..

    dan ada minimarket pula... mudah lah kalau nak beli2 snack kan :D.. trus saya sukaaaa karena ada library juga ^o^ .. bisa puas nak membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Fanny yang datang dari jauh, rasanya akan lebih selesa jika menginap di AC Hotel. Cuma perlu bayar lebih sedikitlah 😀

      Fanny suka membaca, tentu seronok jumpa library 😃

      Delete
  9. mee rebus tu nampak meriah betul!
    haah la, jarang jumpa hotel yang ada perpustakaan mini camni. saya rasa kalau blogger ksarie menginap kat sini, dia tak tidur kat bilik kot. mesti lepak kat library mini ni je

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅😅😅😅😅😅Mungkin jadi begitu ye

      Delete
  10. Cantik bersih kemas hotel dan biliknya dengan banyak kemudahan

    ReplyDelete
  11. Wahhhh menariknya ada mini library di hotel ini. Kalau KSarie mau terduduk lama di mini library ni😅Alhamdulillah semua makanan sedap di kala tidak lalu hendak keluar mencari makan di luar hotel sebab penat.

    ReplyDelete
  12. Menarik kaler dalam bilik.. ceria tapi tidak sakit mata.

    ReplyDelete
  13. Hehe saya baru lepas sarapqn mi rebus.
    Meriah tengok aksesori yang ada pada makanan Puan Ujie dan suami.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****