Thursday, 2 July 2026

Mencari Laban di Safwah Tower

CATATAN KEMBARA 8 HARI 7 MALAM DI BUMI HARAMAIN
HARI KETIGA | KHAMIS, 9 APRIL 2026

Sambungan entri terdahulu —> Ziarah Luar | Sekitar Mekah


Masih lagi cerita pada hari ketiga di Mekah.

Pada hari ketiga, barulah saya dan Encik Suami ada masa dan tenaga meronda deretan kedai yang ada di dalam Safwah Tower - lokasi hotel penginapan kami. Bukanlah meronda semua tempat pun, sekadar ke kawasan terdekat. Tujuan utama, nak mencari pasar mini sebab saya nak membeli laban.

Dulu masa saya belajar bahasa Arab, laban tu maksudnya susu. Tetapi di sini, laban merujuk kepada minuman yogurt.

Sebelum ke sini, saya dapat info ramai yang cadangkan minum laban untuk kesihatan. Katanya dapat mengelakkan terkena demam, selsema dan batuk. Rasanya juga dikatakan berbeza berbanding minuman yogurt di Malaysia. Selaku peminat yogurt, tentulah saya teringin nak mencuba laban.

Setelah beberapa ketika masuk lorong sana keluar lorong sini, akhirnya kami jumpa pasar mini yang dicari. Lokasinya agak tersorok, tak begitu mudah dilihat dari laluan utama.

Pasar mini dengan saiz sederhana luas. Pelbagai pilihan makanan ada dijual di sini. Seronok saya membelek makanan yang nampak asing dan tiada di tanah air.

Walaupun rasa tergoda, tapi saya tak membeli.

Deretan pilihan sayuran dan buah yang dijeruk.

Tak tahu ini apa, entah jenis keju atau jenis makanan lain.

Tiba di rak yang satu ni, saya terkejut tengok ada produk minuman Guinness. Walaupun ianya Draught 0.0 alcohol free, tetapi ia haram diminum kerana dikilangkan oleh pengilang arak. 
“Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.” - Petikan artikel ‘Produk Minuman Yang Menyerupai Arak’, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Perasaan saya bercampur baur. Entah sedih, kesal atau rasa malu - produk dari kilang arak ini berada di rak jualan di Tanah Suci Mekah, begitu hampir dengan Kaabah. Tetapi kita tak mampu kawal peraturan negara orang, jadi kita kawal diri sendiri jelah ya - cari ilmu dan tetapkan pendirian.

Rujukan lain oleh Dr Zakir Naik, boleh klik DI SINI.

Rak kegemaran saya! Susu, yogurt dan minuman yogurt (laban).

Fresh Laban jenama Nadec. Ambil fotonya je, tak beli jenis ni.

Perisa mango juga jenama Nadec.

Encik Suami bukan peminat susu dan yogurt, dia lebih tertarik beli minuman buah delima. Mencuba jenama Almarai.

Ambil-letak-tukar. Akhirnya ini minuman yang kami beli. Semuanya kira-kira 24 riyal.

Saya ambil laban jenama Almarai sebab teringat orang kata jenama ni lebih sedap berbanding jenama Nadec. Pada hari lain, saya cuba jenama Nadec pula. Benarlah cita rasa manusia itu berbeza, nampaknya saya lebih gemar minum laban jenama Nadec.

Perbezaan jelas laban di sini dengan minuman yogurt yang pernah saya minum di Malaysia - rasa laban tidak begitu manis. Kalau di Malaysia saya tak suka minuman yogurt, tapi di Mekah dan Madinah setiap hari saya minum laban (sejak jumpa pada hari ketiga).

Mungkin betul apa orang kata - berkenaan minum laban untuk kesihatan, saya alami demam ringan dan batuk ringan semasa hari keempat dan kelima (hari pergerakan dari Mekah ke Madinah). Balik Malaysia saya tidak demam atau batuk. Encik Suami pula tak minum laban, sebaik sampai Malaysia terus demam dan dapat cuti sakit selama beberapa hari. Apa pun, ini sekadar perkongsian pengalaman saya saja ya. Bukanlah bermaksud kalau minum laban setiap hari dijamin tak alami demam dan batuk.







27 comments:

  1. Aduuuuuh menyesal saat di sana tak cari yoghurt atau laban . Padahal saya juga penyuka yoghurt kak. Apalagi yg plain atau original. Kalau dah ditambah rasa2 buah, kurang suka, sebab gula JD tinggi.

    Nanti kalau bisa umroh lagi, pasti nak beli.

    Itulaaah, sedih lihatnya kan. Sama Sedih nya saat tahu Arab Saudi ini sekutu Amerika πŸ˜”.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti umrah lagi bolehlah cuba makan yogurt dan laban. Akak ni pun tak sempat nak cuba pelbagai jenis sebab trip umrah singkat.

      Kan…rasa kesal.

      Delete
  2. Masa Sis di sana pun, takde rasa nak beli dan cuba laban semua ni, lagipun masa tu takde pulak yang bagitau.. inshaallah ada rezeki nak cuba semua sebab dulu masa perginya tengah SOP, banyak semua tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya cari info berkenaan persiapan umrah, jumpa pulak pasal laban. Itu yang rasa teringin πŸ˜„

      Delete
  3. Kalau di malaysia memang tak ada ye laban yang macam kat sana,teringin pulak nak merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat carian saya, tak ada jual di Malaysia sebab produk mudah rosak. Kalau ada, seronoknya!

      Delete
  4. Petisa mangga konpom sedap hahaha.. kita bab susu yogurt ni mmg seriau nak minum yg xde perisaπŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa…sedap! Sama la, tak berani cuba yang plain.
      Tapi masa hari last ada orang bagi yogurt plain, saya try makan. Eh sedap! Berbeza dengan yogurt plain yang pernah saya makan.

      Delete
  5. Ya orang kata khasiatnya elak batuk, selsema dan drmam. Wallahua'lam. Saya tidak pernah minum laban sebab tidak tahu khasiatnya ketika itu.
    Tq kongsi pasal syarikat arak hasilkan air tiada alkohol hukum minumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Na, bahaya kalau orang yang tak cari tahu hukum terus fikir boleh minum sebab 0.0 alkohol.

      Delete
  6. yogurt sana mmg sedap..hari2 saya mkn waktu pergi umrah dulu...x jumpa lagi yogurt sedap mcm tu dekat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Yogurt dan laban antara perkara yang saya rindu/teringat.

      Delete
  7. Alhamdulillah, seronok ikuti catatan umrah Ujie. Baru tahu beza laban dekat sana kurang manis berbanding minuman yogurt kita dekat Malaysia. Terima kasih juga kongsi pencerahan pasal hukum minuman alcohol-free tapi dari pengilang arak tu. Semoga perkongsian ni jadi ladang pahala buat Ujie. Menarik tengok deretan jeruk dengan keju tu, walaupun tak beli, cuci mata tengok makanan tempat orang pun dah seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minuman yogurt kita ni lebih rasa manis je, beza dengan laban.

      Sama-sama SA :)

      Delete
  8. Sekdar melawat tempat terdekat pun dah kira okay juga tu. Dapatlah mencari apa yang perlu. kalau peminat yogurt tu wajiblah mencari kan.
    Banyak pilihan yang ada, kita pun jadi rambang mata nak pilih. Ada juga ye sayuran dan buahan jeruk.
    Rasa macam tak patut je ada minuman arak tu walaupun alcohol free.
    Alhamdulillah sihat tubuh badan masa beribadah di sana.

    ReplyDelete
  9. Saya peminat yogurt. Mungkin kalau ada rezeki jumpa laban, saya akan suka.

    ReplyDelete
  10. Kalau ada di Malaysia boleh try.

    ReplyDelete
  11. Saya peminat laban.. Sedap. Masa haji baru2 ni, sempat rasa yang jenama almarai je, tak sempat pula rasa jenama nadec ni.

    ReplyDelete
  12. saya penggemar yogurt...
    terkejut tengok ada arak tu kak..means ada permintaan juga la di sana kan?undang-undang negara tu pun dah longgar gayanya

    ReplyDelete
  13. Betul, kita belajar Bahasa Arab dulu laban = susu.. masa baca tajuk Sy ingatkan PU minum susu, rupanya yogurt :)

    ReplyDelete
  14. Eh macam mana minuman tu boleh ada kat sana?. Dulu pernah kerja kat Kontena Nasional PJ dan sebelah tu kilang Guiness. Sesekali ada bau masam2. Proses penapaian air tu la agaknya.

    ReplyDelete
  15. Masa trip umrah, kakak kedua saya hari-hari minum laban. Saya minum sikit jer, sekadar nak merasa, lepas tu perut rasa bergolak, rasa nak cerry berry kalau minum yogurt drink ni.
    Oh, ada juga minuman guinness walau tiada alkohol.

    ReplyDelete
  16. Terus saya google Laban dan Nadec tu, kot ada dijual di kedai tapi hanya jumpa dijual atas talian je.

    ReplyDelete
  17. KSarie bukan peminat minuman yogurt tetapi membaca entry ini membuatkan KSarie tetiba rasa hendak minum yogurt pulak dah. Sedih bila membaca tentang minuman 0 alkohol keluaran Guinness itu dan terkenangkan berita-berita tentang hubungan Arab Saudi dengan USA terutamanya daripada segi kerjasama urusan jual beli senjata.

    ReplyDelete
  18. Minuman yougurt rupanya... patutla negara malaysia jadi negara terbaik tentang produk halal dan urusan makanan.

    ReplyDelete
  19. terkejutnya ada guiness kat tanah suci.. masa saya pergi pasaraya takde nampak pulak. air laban ni sedap! selalu beli perisa strawberry. masa buat umrah haritu kerap jugakla beli berbotol air manis sebab semuanya nampak tempting xD

    ReplyDelete
  20. Tak teringat pula Linda Laban tu susu...yang ingat burtuqol oren.. hihi ...
    Sedapnya kalau minum sejuk²..asbab je kan, tak demam batuk tu..Alhamdulillah

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****