Monday, 6 July 2026

Titipan daripada Blogger Anies

Semasa saya terima bungkusan dari blogger Fanny, disertakan juga titipan dari blogger Anies dengan sehelai nota bertulisan tangan. Terasa dekat di hati bila terima nota tulisan tangan, tapi saya sendiri segan nak menulis bila mengirim sesuatu buat rakan blogger. Jari terasa kaku kerana sangat jarang menulis, tulisan pula terasa buruk! Beginilah bila sekian lama jadi suri rumah, saya hampir hilang kemahiran menulis tangan dan kemahiran bersosial.

Oleh-oleh dari tiga buah negara, tentunya dibeli oleh Anies semasa mengunjungi negara-negara tersebut. Saya sendiri belum pernah ke Cambodia dan Vietnam. Anies ni merata tempat dah dijelajahi, banyak pengalamannya.


TERIMA KASIH ANIES 💕
Moga Allah balas budi baik Anies.







19 comments:

  1. Seronoknya bila dapat hadiah, ada pula nota tulisan tangan daripada Anies. Betul, zaman sekarang bila dapat nota bertulis tangan ni rasa dihargai sangat, aura dia lain macam! Alhamdulillah, rezeki Ujie dapat oleh-oleh dari tiga negara terus. Semoga murah rezeki blogger Anies..SA suka FM..memang suka kumpul walau hakikatnya banyak tempat x sampai lagi...

    ReplyDelete
  2. Cantiklah brooch / pin kaabah tu sis =D

    ReplyDelete
  3. seronok tengok anies pusing dunia...

    ReplyDelete
  4. Cantik hadiah²nya.
    Sy pun segan nak menulis, tulisan dah tak sekemas dulu hihi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Tahniah kak. Seronok dapat hadiah dari oversea. Tulisan tangan ni ada sentimental valuenya kan. Skill menulis tu saya masih ada lagi sebab hari hari menulis dalam planner. Cuma skil bersosial tu tumpul sikit. Huhu...
    Fanny dan Anies ni kejap kat sana kejap kat sini. Seronok betul tengok mereka travel ke sana sini.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah.

    ReplyDelete
  7. Baiknya Anies, pergi travel beli buah tangan extra utk bagi dekat kawan2 bloggers.

    ReplyDelete
  8. Betul la, selalu tengok Blogger Anies jalan². Eh, awak pun samalah Ujie, kita tumpang seronok tengok awk terbang sana-sini.

    ReplyDelete
  9. Seronok tgk rakan2 dpt ke negara2 luar
    Travel
    Alhamdulillah rezeki berkwn dgn blogger baik2 hati dan pemurah

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, rezeki dapat hadiah lagi...

    ReplyDelete
  11. semoga murah rezeki buat kak anies. saya pun belum sampai cambodia dgn vietnam. teringin juga nak khatamkan negara SEAbling ni. singapore yg duduk sebelah pun belum jejak lagi haha

    ReplyDelete
  12. Waa rezeki.. dapat ahdiah cantikkkk.. unik sangat kalau Sis tengok hadiahnya tuuu

    ReplyDelete
  13. Anies tu kawan uncle juga tau....

    ReplyDelete
  14. Kalau dapat tulisan tangan ni, auto appreciate lebih. Nampak effort tu lebih.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah.... aminnnn
    terima kasih krn sudi menerimanya.... niat di hati nak bg yg besar tp tu laa kite tumpang parcel org segan nak lbh2 haha

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...rezeki..tulisan Linda pun tak lawa ..kikiki

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****