Petang hari Isnin, 22 Jun 2026. Saya terima bingkisan dari sahabat blogger Indonesia - Fanny yang sedang bercuti di Malaysia.
Meriah sana sini entri kisah percutian dan pertemuan Fanny dengan sahabat blogger Malaysia. Seronok saya tengok jalinan persahabatan yang bermula hanya menerusi komen-komen di blog, seterusnya bertemu depan mata.
Berbalik kepada cerita bingkisan wangi yang saya terima.
Fanny beri rangkaian produk Secret Garden - Room & Linen Spray, Eau De Parfum dan Hand Cream. Juga produk Habbie - Aromatic Cajuput Oil.
Room & Linen Spray sangat membantu mengurangkan bau buah durian dalam kereta kami. Bawa durian cuma sekali, tapi nak hilangkan bau punyalah susah ya. Selepas dua kali sembur dengan produk pemberian Fanny, barulah selesa naik kereta dengan aroma segar.
Sehelai tudung empat segi berwarna maroon dengan kemasan pembalut putih di dalam kotak hitam. Tudung ini juga berbau wangi!
Entah suratan atau kebetulan - saya baru membeli sehelai baju warna maroon tanpa corak dan bila diacu baju tersebut dengan tudung pemberian Fanny ni, memang sesuai sangat. Tersenyum lebar saya.
![]() |
| Klik foto untuk paparan lebih jelas ya. |
Saya tertarik dengan kata-kata pada kad dalam kotak tudung ni. Penuh inspirasi.
***
Setinggi penghargaan buat sahabat blogger Fanny yang sudi mengirim bingkisan buat saya. Rasa terharu dan gembira saya menerimanya. Alhamdulillah…blog mampu menjadi jambatan ukhuwah antara dua negara.
TERIMA KASIH FANNY 💕
Moga Allah membalas segala kebaikan Fanny.



seronoknya kak dapat hadiah jauh dari seberang...tumpang seronok juga tengok blogger2 semua dapat berkumpul bertemu mata
ReplyDeleteFanny dah macam YB balik kawasan, banyak perjumpaan sana sini 😁
DeleteAlhamdulillah, tumpang gembira tengok bingkisan wangi daripada Blogger Fanny buat Kak Ujie. Seronok tengok ukhuwah blogger dua negara begini. Tudung maroon tu pun cantik sangat, memang satu kebetulan yang indah sebab match dengan baju baru Ujie
ReplyDeleteHaha…itulah, masa bukak tu terkejut jugak sebab memang saya baru je beli baju maroon.
Deletealhamdulillah...
ReplyDeletesuka saya baca kata2 dekat gift card tu..
wangi2 je la kak Ujie nanti
Kan…sangat memberi inspirasi, tu yang letak kat blog boleh ulang baca.
DeleteHehe…wangi sana sini dengan hadiah Fanny.
saya google produk secret garden tu, rupanya produk local dari Bali. mesti wangi baunya.
ReplyDeletecorak tudung tu cantiklah!
Ha'ah, ada tulis di kotak tu produk dari Bali.
DeleteBau wangi yang segar, akak suka 😊
Ya, sesuai dengan citarasa akak yang lebih gemar tudung corak abstrak 😀
Tahniah! Tumpang seronok.
ReplyDeleteTerima kasih 😊
DeleteAlhamdulilah meriah hadiahnya..
ReplyDeleteScret Garden tu Sis baru juga beli masa ke Batam baru ni.. suka spray bedsheet .. wangian dia pun wangi...
Iyaa..saya pun buat spray bedsheet, segar bilik 🥰
DeleteCantik corak tudung ni Kak Ujie. Pandai Fanny pilihkan utk akak 👍🏻
ReplyDeleteKan...😊
DeleteHahaha alhamdulilah G... bingkisan mu berbalas dengan haruman yg sedap di bau ye... dedua pun dpt pahala yg tak terhingga...semoga persahabatan kita semua ni berpanjangan
ReplyDeleteHehe...itulah, kita nak bagi dia, rupa-rupanya dia pun nak bagi kita jugak 😁
DeleteAamin!
Alhamdulillah rezeki dapat hadiah dari Fanny.
ReplyDeleteAlhamdulillah 🥰
DeleteSerba wangi hadiah Fanny.
ReplyDeleteCantik betul tudungnya.
Cantik dan wangi pulak tu tudungnya 😊
DeleteCantik tudung tu PU 😍
ReplyDeleteSy dapat warna biru gelap, jenama ni juga.
Wah...pun cantik tu biru gelap.
DeleteAlhamdulillah rezeki dari seberang untuk Ujie daripada blogger Fanny yang sangat ramah itu. Cantik tudungnya. Pasti Ujie mewangi dengan perfume itu. Enjoy the gifts😊
ReplyDeletePatutlah tau Fanny peramah, rupa-rupanya KSarie dah jumpa dengan Fanny 😀
DeleteFanny pemurah hati, seronok tengok bertukar² hadiah. Sy boleh bayangkan senyuman tu bila dapat tudung sedondon dengan pakaian yg dah sedia ada.
ReplyDeleteHehe...gembira sebab boleh pakai baju baru dengan tudung baru! 😀
DeleteAlhamdulillah dapat bingkisan istimewa...
ReplyDeleteAlhamdulillah 🥰
Deletealhamdulillah...
ReplyDeleteselamat tiba di tangan penerima...
mudah-mudahan berpanjangan pahala buat fanny
aminnnn
Alhamdulillah.
DeleteTerima kasih buat Anies jugak 😊
mcm2 gift dr fanny...cantik tudungnya..dlu pn time jmpa fanny dpt byk btul gift dia bagi
ReplyDeleteKagum betul dengan tahap rajin dan teliti Fanny kan.
DeleteAla tak tahu pulak Fanny datang lagi ke Malaysia. Tak ada rezeki lagilah nak berjumpa. Kalau Fanny bagi hadiah, macam-macam isinya. Alhamdulillah rezeki kak Ujie dapat hadiahnya. Wangian dan Fanny berpiasa tiada.
ReplyDeleteAkak tau sebab baca di blog Fanny. Tapi tak dapat jumpa, takde ke KL masa tu.
DeleteItulah..naik segan kita punyalah macam-macam diberi.
Alhamdulillah rezeki buat Ujie
ReplyDeleteAlhamdulillah 🥰
DeleteSeronoknya baca entry ni - bertemu dengan blogger Fanny.
ReplyDeleteDapat pulak macam-macam hadiah, Alhamdulillah.. rezeki.
Akak bertemu dengan hadiahnya aje 😀. Kawan-kawan blogger lain yang bertemu mata.
DeleteFanny tu ulang alik ke malaysia dah macam rumah kedua dia dh kan kak hehehhe. Bila la dapat jumpa fanny tu agaknye heheheh.
ReplyDeleteTeringiin juga jumpa kak dana 🤗🤗🤗. Next saya ke KL harap2 bisa. Saya sering kesana, sebab tiket ke Malaysia jauh lebih murah drpd tiket saya balik ke Medan 🤣🤣🤣. Ntahlah, tiket ke overseas bisa lebih murah drpd domestik, tak paham saya memang
DeleteHaha...tu diaa Fanny jawab persoalan Dana.
DeleteSama2 kak ujiiie. Saya pun sukaaaa sangat dengan hadiah yg kakak bagiiii ❤️❤️❤️. Belum sempat semua cerita di KL dan Johor kemarin saya tulis, sebab masih ada cerita dari bandung blm selesai 🤣🤣.
ReplyDeleteDah tak sabaaar sebenarnya nak menulis ttg teman2 semua.
Teringinlah bisa jumpa kak Ujie. Semoga next bisa yaaa. December ini pun saya akan di Malaysia lagi 2 Minggu. Tp di Johor dan KL. Nah celebrate tahun baru di sana 😄.
InsyaAllah Fanny, kalau ngam masanya boleh jumpa di KL. Wah..lamanya 2 minggu.
DeleteTahniah sis kerana dapat rezeki hadiah dari blogger Fanny..
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih sis 😊
DeleteBetul tu seronok tgk blogger bertemu ni
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki hadiahh best tu
Wangi
Bila pula kita nk bertemu jga kan
Alangkah ada perjpaan blogger kat Kl
Menarik jugak tu kalau ada yang rajin aturkan 😀
DeleteAlhamdulillah syukur.. jauh datang hadiah dari seberang laut nun sana..
ReplyDeleteRajin Fanny bawa dari jauh kan..terharu.
DeleteNak jumpa Fanny kena buat appointment ya. Serius. Hahaha....ada je yang ajak jumpa.
ReplyDeleteWow…level selebriti ni 😁
DeleteAlhamdulillah, tumpang seronok, Ujie dapat hadiah dari Fanny. Saling bertukar hadiah la antara Ujie dan Fanny, kan. Cantik warna tudung.
ReplyDeleteHehe..itulah, saya kirim hadiah top commentator yang tertangguh. Rupa-rupanya Fanny pun nak beri hadiah jugak.
Delete