Wednesday, 24 June 2026

Sabun Tanah Liat Untuk Sertu

Baru-baru ini saya beli sabun tanah liat untuk tujuan sertu. 

Apa itu sertu? 
Sertu adalah cara bersuci daripada najis mughallazah iaitu anjing dan khinzir yang terkena pada pakaian, badan atau tempat dengan membasuh air sebanyak tujuh kali dan salah satu daripadanya dengan air tanah.

Beli sekotak sabun tanah liat di kedai Shopee - mypapillon.

Dalam kotak terdapat tiga buku sabun bersaiz kecil.

Tujuan saya beli sebagai persediaan jika bermusafir ke tempat yang susah nak dapatkan tanah untuk melakukan sertu. Persediaan dibuat setelah berlaku satu hal ketika kembara saya dan Encik Suami ke Lijiang, Yunnan, China pada bulan lepas.

Ceritanya - ketika kami berjalan-jalan di Lijiang Old Town, kaki seluar Encik Suami telah bersentuhan dengan hidung/mulut seekor anjing peliharaan. Keadaan di situ agak sesak, bukan saja dengan manusia tetapi ramai pula yang membawa bersama anjing kecil. Saya perasan ada seekor anjing comel berhampiran kami yang aktif bergerak ke sana sini, menghidu itu ini. Tak sempat nak mengelak, hidung/mulut anjing tersebut dah pun menyentuh kaki seluar Encik Suami. Saya nampak dengan jelas.

Nak segera basuh di penginapan, mana pulak nak cari tanah. Jadinya dengan berhati-hati seluar tersebut dibungkus untuk basuh bila balik rumah. Kebetulan masa tu tidaklah terdesak - masih ada seluar bersih yang lain dan lagi dua hari akan balik ke tanah air.

*****

Nak faham lebih jelas berkenaan anjing sebagai najis mughallazah (najis berat), jemput baca penulisan oleh Dr. Zulkifli Al-Bakri  —>  Pakaian Bergesel dan Dicium Oleh Anjing Dikira Terkena Najis?


Ragu-ragu adakah sabun tanah liat boleh menggantikan tanah? Baca penulisan ini —> Menggantikan Tanah dengan Sabun Tanah Liat






11 comments:

  1. Alamak... tak pasal-pasal kena sertu seluar. Baru tahu wujudnya sabun tanah liat ini. Betul juga, kalau gali tanah yang tidak dipijak untuk tujuan sertu, nanti kotor kesan tanah pula seluar ya.

    ReplyDelete
  2. Elok stand by simpan kat rumah ni....

    ReplyDelete
  3. Mujur perasan tu. Baru tau jugak ni ada dijual. Memudahkan sangat ni.

    ReplyDelete
  4. Teman saya muslim, dia pelihara beberapa anjing di rumah. Dan selalu ada sabun tanah utk mereka bersuci lah. Sekarang memang dah banyak kemudahan kan. Tak susah utk mencari tanah buat bersuci jika terkena liur anjing.

    ReplyDelete
  5. wah kita baru berangan nak pi travel yunnan. Kena beli ni buat persediaan. TQ ujie

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni,Ujie. Bagus ada entri macam ni sebab masih ramai yang ragu-ragu tentang penggunaan sabun tanah liat untuk sertu. Kisah kat Lijiang tu memang satu pengajaran yang baik benda nak jadi sekelip mata je, mujur Ujie cepat perasan

    ReplyDelete
  7. Bagus jugak ada yang jual sabun camni kan kak... akak suka travel sesuai sangat kene ada simpan kot terjadi kejadian yang tak diingini. Terjadi macam masa akak ke China tu kan

    ReplyDelete
  8. Betul kalau bawa memang senang dah siap ada. Belum pernah beli tapi rasa kalau ke China memang kena bawa sikit kan.

    ReplyDelete
  9. Bagus ada produk begini, memudahkan. Tq info ye PU

    ReplyDelete
  10. Ya senang ada sabun begini. Nasib baik nampak seluar dihidu anjing.
    Sabun ini boleh guna untuk sertu pinggan mangkuk.

    ReplyDelete
  11. Peringatan yang bagus, sebelum ke China kena beli sabun sertu ni. Terima kasih Kak Ujie.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****