Tuesday, 13 January 2026

Ke Pulau Tikus, Georgetown Memenuhi Rutin Enam Bulan Sekali

Catatan hari Sabtu, 10 Januari 2026.

Setiap enam bulan sekali saya akan ke Pulau Pinang bertemu dengan doktor pakar periodontik untuk pemeriksaan dan rawatan gigi/gusi di Tria Dental Specialist Centre yang terletak di Pulau Tikus, Georgetown. Jauh ya dari Perlis, tapi sebab enam bulan sekali taklah rasa terbeban sangat.

Pukul 7.20 pagi - singgah sarapan di Dapoq Tok Su Lijah di Changlun, Kedah. Kami pelanggan pertama 😀

Kami selalu singgah makan sarapan di sini. Saya suka nasi lemaknya sedap cukup rasa lemak santan. Dah cuba beberapa menu lain tapi kurang menepati selera saya. Servis di sini pantas dan mesra, walaupun ramai pelanggan tapi tak perlu menunggu lama. Cuma sesekali kita akan terganggu dengan bau tak menyenangkan dari longkang berhampiran 😅

Pukul 9.30 pagi - di atas Jambatan Pulau Pinang menuju ke bahagian pulau. Landskap di sini sedikit berubah dengan kewujudan pembinaan tiang di sepanjang tepi jambatan (dalam foto - sebelah kiri). Carian saya mendapati ia merupakan projek pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kami tinggalkan kenderaan di kawasan parkir berhadapan dengan Queensbay Mall, Bayan Lepas dengan kadar caj RM1/jam. Dari situ kami naik kenderaan e-hailing menuju ke klinik. Cara begini lebih mudah sebab kami tak perlu memandu dalam kesesakan jalan di Georgetown (dinobatkan sebagai bandar paling sesak di Malaysia pada tahun 2024) dan tak perlu susah payah mencari parkir berhampiran klinik.

Mula-mula dulu je kami memandu terus sampai ke klinik, lepas beberapa kali terus ubah strategi. Saya ni dahlah seriau gigi nak ‘dikerjakan’, tapi belum jumpa doktor dah letih mental jadi pembantu driver nak tengok jalan mana nak masuk dan hadap ragam sesetengah pemandu, belum lagi penat melilau mata cari parkir 😅

X-ray Gigi | Rawatan kali ini dengan Dr. Ying. Saya maklumkan ada sedikit rasa sakit pada gusi bawah kanan, lepas diperiksa tak nampak apa-apa terus kena buat x-ray. Mula-mula x-ray fokus ke bahagian yang sakit, tapi tak jelas jadi buat pula x-ray untuk seluruh mulut. Masih juga tak jelas apa punca masalah. Jadinya rawatan kali ini - x-ray dan scaling sahaja. Kos rawatan sebanyak RM475. Janji temu seterusnya pada 4 Julai 2026.

Pukul 12.45 tengah hari - makan di The Chicken Rice Shop, Queensbay Mall. Saya order Crispy Wanton. Sekali bila dapat, terkejut tengok rupanya jauh berbeza dengan gambar menu. Pembelian yang tak berbaloi dengan rasa dan rupa persembahan hidangan 😅

Masjid Nagore Alor Setar
Masjid Nagore Alor Setar - masjid yang dibina pada tahun 1881 oleh komuniti India Muslim dari Nagore, India.
Pukul 6.30 petang - singgah makan sizzling yee mi di Sizzle Eatery, Alor SetarKunjungan kali kedua ke sini. Kali ini saya sempat memotret foto Masjid Nagore yang terletak berhadapan dengan restoran.

Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kira-kira pukul 8.45 malam. 







35 comments:

  1. SA kan baru ni 27 Dec scaling dan tampal gigi..tempat tampal 4 gigi geraham atas bawah sebelah kanan masih rasa ngilu dan sakit..rasa macam nak pergi jumpa dentist lagi sekali tapi elaun baru blom masuk lagi..kena tunggu..x pasti kenapa masih sakit...dah tampal tapi kalau mengunyah jadi ngilu dan makanan ada sangkut kat area situ..jenuh tiap kali lepas makan kena gosok gigi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada infection, sebab tu rasa sakit. Moga cepat sembuh gigi SA ya.

      Delete
  2. Macam mana sekarang sudah tidak rasa sakit di gusi sebelah bawah kanan ke? Risau juga kalau tidak jumpa punca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lepas jumpa doktor, sehari dua lepas tu rasa sakit hilang walau tanpa rawatan khusus. Lega 😀

      Delete
  3. Waduh, tengok hidangan tu terus rasa terliur. Lauk nampak penuh warna, nasi gebu terhidang elok, siap ada sambal yang confirm pedas manis padu. Memang jenis makanan yang buat orang tak sabar nak suap berkali-kali.

    ReplyDelete
  4. agak kering sangat wantan goreng tu kan Ujie, bijak Ujie park dan naik grab ye , jimat dan tak stress drive dalam jemmed :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kering dan siap berminyak dalam pinggan 😅
      Lepas beberapa kali, baru jadi bijak 😁

      Delete
  5. rumah mak pak cik sy ada kat situ. tp sekarang abg dia yg duduk. dekat jalan Burma...

    tak sedap ke wanton tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit wanton ada rasa liat. Isinya biasa je. Minyak pulak tak tos, berminyak di pinggan 😅

      Delete
  6. Aduii lama jugak tak ke dentist ni, seriau je bila dengar dentist. Rindu lama tak ke Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi dan gusi elok takpe Mulan. Setahun sekali pun ok je. Saya sebelum ni ada masalah gusi tu yang follow up 6 bulan sekali.

      Delete
  7. Bulan lalu sayapun pergi ke dokter gigi, ada gigi yang di tambal, harusnya saya ke sana lagi, tapi tunggu bentar lah, di rumah masih repot, belum sempat jadinya, memang perkara gigi harus rajin dan rutin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau tak rajin nanti semakin tambah masalah 😅

      Delete
  8. Sy harap gigi saya takde la masalah berulang, trauma betul bila gigi sakit ni :(
    Kawan sy pergi bercuti di Penang, kereta park di hotel. Nak kemana² esp hotspots, naik e-hailing je. Senang

    ReplyDelete
  9. Pandai pulak telur goreng tu imbang badan atas nasik! hehehe
    Selamat berdentist!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh…saya pun ada terfikir gitu tau masa nasi lemak sampai 😂

      Delete
  10. dah beberapa blog cie tengok nasi lemak ni. nampaknya memang kena cari nasi lemak jugak la ni.

    ReplyDelete
  11. Tak selesa pula bila makan bau busuk tu datang...macam pernah saya makan...sesekali bau tinja kambing tu datang....alahai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…harapnya ada perubahan. Kedainya dah bagus.

      Delete
  12. wlupun jauh xpe demi gigi yang sihat kan kak ujie ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..iya, gigi tak ada ganti nak pakai seumur hidup.

      Delete
  13. Jauh juga ya apointment giginya. Kami yang di Penang belah tanah besar pun kalau boleh malas nak masuk Penang belah pulau sebab jammed. Baru tahu kewujudan Masjid Nagori, unik binaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa saya menetap di Penang buat rawatan dengan klinik ni sebab perlukan pakar periodontik, jadinya sambung jelah follow up walau jauh.

      Ya, dulu pun saya tak jalan-jalan belah pulau sebab malas hadap sesak. Sempat jalan-jalan masa Covid tu je 😄

      Delete
  14. Enam bulan sekali tu kira cuti wajib berjalan -jalan la hahahaa.. Walau jauh tapi okla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah sekali gus beli barang kat Penang, lebih banyak pilihan 😀

      Delete
  15. Jauh Ujie jumpa dentist. Sekali dapat berjalan di Penang. Balik hari saja, ya.
    Sedap, tengok nasi lemak tu. 😋

    ReplyDelete
  16. Nasi lemaknya memang nampak sedap 😍😍😍.

    Dulu zaman saya kuliah, Georgetown tak terlalu parah jammed nya, biasa hanya di waktu2 jam orang balik kerja.

    Tapi makin kesini, memang laah makin padat yaa 😅😅. Semua orang pindah ke Penang agaknya 😄.

    Tapi tetaplah, diantar semua tempat di Malaysia, Penang yg selalu memorable buat saya.

    Jadi penasaran pula bentuk wanton goreng itu macam mana di buku menu kak 😂. Rasanya pun tak sedap ya? Memang tak berbaloi lah.

    ReplyDelete
  17. Jauh jugak dr perlis nk ke penang tu.. tp rutin 6 bulan sekali xpe la, boleh la jugak jenjalan kan

    ReplyDelete
  18. jauh betul nak jumpa doktor gigi tu, tapi okaylah sebab setiap 6 bulan sekali je. alahaii sedih betul tengok rupa wantan tu. hidanglah penuh berseni sikit..

    ReplyDelete
  19. takut tengok kos rawatan gigi kan? xray memang mahal kan..huhu.scalling je kadang paling murah pun 70+

    ReplyDelete
  20. perlis dengan PP tak jauh mana pun.. hihihi... alhamdulillah selamat pergi dan balik

    ReplyDelete
  21. Masih utuh dan masjid yang dibina pada 1881 ye. Binaan dulu-dulu memang tahan. Saya kalau kena pergi ke klinik gigi pun berdebar-debar sebab takut tak tau kenapa. Saya berasal dari Pulau Pinang di Butterworth.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****