Wednesday, 14 January 2026

Jalan-jalan Menikmati Keindahan Pagi

Catatan hari Ahad, 11 Januari 2026.

Morning walk pertama saya bersama Encik Suami pada tahun 2026. Bila ada peneman, bolehlah saya berjalan lebih jauh.

Data dari Samsung Galaxy Watch. Kami berjalan santai, banyak kali saya berhenti bagi memerhati dan memotret itu ini. Syukurlah dikurniakan suami yang memahami, sabar je bila saya tiba-tiba tak meneruskan langkah dan mula halakan lensa kamera telefon ke arah subjek.

Hasil foto yang sempat saya rakam :

Pukul 7.40 pagi - menyaksikan keindahan matahari terbit di sebalik bukit. Masya Allah cantik sangat dilihat depan mata. Nampak besar saiz matahari, ia muncul sedikit demi sedikit sehingga kelihatan sepenuhnya.

Matahari terbit lewat sekarang ni, waktu syuruk di sini sekitar pukul 7.30 pagi. Foto di atas nampak suasana sangat gelap disebabkan faktor pencahayaan, saya zoom-in bagi mendapatkan foto matahari yang jelas.

Deretan pokok yang menarik perhatian saya kerana ia jelas menunjukkan perubahan mengikut musim. Sebelum ini daun pokok berwarna hijau segar merimbun, tetapi kini daunnya bertukar warna coklat perang dan banyak yang luruh.

Perlis kini sedang mengalami musim angin timur - cuaca panas, kering (kurang atau tiada hujan) dan tiupan angin kencang. Rumput belukar mulai kering dan mudah terbakar. Kejadian kebakaran terbuka yang pertama berlaku berhampiran kawasan tempat tinggal saya direkodkan pada petang hari Rabu, 7 Januari 2026 lalu. Dan sekarang ketika entri ini dihasilkan, sedang berlaku satu lagi kebakaran yang membawa bau asap masuk ke rumah dan menurunkan ‘salji hitam’ iaitu debu kebakaran di luar rumah.

Bacaan lanjut berkenaan situasi ini dan pengalaman saya pada tahun 2024 DI SINI. Semoga musim angin timur kali ini cuaca panas dan kering tidak ekstrem seperti tahun 2024.

Saya mendongak ke langit, rupa-rupanya bulan masih belum bersembunyi. Pukul 8 pagi, ia masih mahu menjadi penyeri alam. Kebetulan pula sebuah pesawat sedang melintasi ruang udara di sini, bolehlah berfoto dengan sang bulan separa.

Pandang pula semak belukar tepi jalan, nampak si cantik berwarna biru ungu tumbuh melata.

Bunga seri pagi (morning glory).

Masya Allah kembang cantik! Jarang saya nampak bunga seri pagi warna begini.

Saya rasa bahagia dapat memerhatikan dan menikmati keindahan pagi. Suasananya juga nyaman sejuk. Tapi tak boleh berlama, selepas tu cuaca bertukar panas terik.

Terima kasih Allah 💙







36 comments:

  1. Cantiknya view. Tenang je bila tengok.

    ReplyDelete
  2. cuaca kering dan mudah terbakar rumput di sana.. moga sentiasa dilindungi amin..
    cantik bunga tu.. tak sabar nak balik perlis raya nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh…bukan kata nak raya kat luar negara? 😀

      Delete
    2. Aah la kan... Tiket mcm dah beli hahahahaa.. 😅

      Delete
    3. Eh lupa.. raya kan sebulan 😁

      Delete
  3. Saya suka sangat tengok pokok² yang daun gugur. Rasa tenang saja tengok pemandangan cantik dalam gambar² Ujie di atas.

    ReplyDelete
  4. Sini pun sudah panas tapi drngan angin kuat yang sejuk jadi tidur malam tidak perlu kipas.
    Subhanallah. Memang cantik bunga seri pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah…sejuk sangat tu sampai tak perlu kipas. Saya banyak lemak, tetap juga nak ekon bila tidur malam 😄

      Delete
  5. Cantiknya si morning glory tu...
    Semuanya menenangkan alhamdulillah terasa damai di hati

    ReplyDelete
  6. cantik gambar matahari terbit tu kak... yelah sekarang subuh dah mula masuk lambat kan 6.11pagi rasanya subuh kt Selangor. Seronok menikmati keindahan alam pagi-pagi kan kak... berjalan pagi dapat rasa kabus dan embun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau pukul 7 tu masih gelap sangat.
      Kali ni tak ada kabus, tapi tetap seronok.

      Delete
  7. subhanallah cantiknyaaaa view! skrg ssh dah nak jmpa morning glory kembang mekar cmtu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Perlis agak mudah juga jumpa sebab masih banyak kawasan semak belukar 😄

      Delete
  8. maknanya bahaya kalau buat pembakaran terbuka sekarang... silap2 jd punca dan boleh kena tangkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Perlis ni memang ada letak notis larangan pembakaran terbuka. JAS pun aktif buat siasatan dan dakwaan. Masalah sekarang, orang tak buat pembakaran tapi terbakar sendiri atau orang buang puntung rokok masih ada bara.

      Delete
  9. Cantiiiiik sangat foto sunrise itu kak ❤️❤️❤️. Bulatnya pun terlihat, seolah muncul dr bukit.

    Kebakaran Krn pengaruh musim ini seram lah. Apalagi kalau terjadi dj hutan atau bukit. Api sekecil apapun bisa merembet jadi besar.

    Bunga morning glory ini saya suka salah bedakan dengan bunga Telang. Agak mirip kan 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, sini banyak kawasan belukar luas. Sekali terbakar memang merebak besar.

      Hehe…warna lebih kurang, tapi rupa bentuknya ada perbezaan.

      Delete
  10. Cantik semuanya tembakan lensa kak ujie.. nasib la kan dpt suami jenis melayan.. alhamdulillah, sy pn bersyukur dpt anak² dan ayahnya yg melayan ibunya jugak... kalau x ambik gambar si bongsu la suka tanya, ibu dah ambik gambar ke? hihihi

    ReplyDelete
  11. Gambar dari aplikasi Samsung Health cantiiik.... 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  12. cantik2 betul gambar kak ujie ni! warna morning glory tu menyerlah sangat. dia macam ucap selamat pagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kalau lalu situ lagi, mau akak terbayang dia ucap selamat pagi kat akak 😁

      Delete
  13. cantiknya morning glory. tengok rasa berbunga hati

    ReplyDelete
  14. ya Allah.. cantik2 semua gambarnya kak.. yang gambar kapal terbang dengan bulan separa tu lagi wow.. macam profesional gambarnya

    ReplyDelete
  15. Bunga morning glory tu cantik.....suka gambar deretan pokok Ujie tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata kita sama. Suami saya tengok, nampak biasa aje 😄

      Delete
  16. Subhanallah sunset cantik, bunga pun cantik.

    ReplyDelete
  17. Selamat Tahun Baru 2026... Best kalau pagi briskwalk... rasa bersemangat ja sepanjang hari... cantik gambar2 semua

    ReplyDelete
  18. bestnya dapat brisk walk pagi..femes ya skg guna jam yang ada apps boleh tengok masa dan jarak kita berjalan/berlari..husband sha pun ada 1, rasa teringin juga mengira pergerakan kaki ini melangkah..boleh request nnt dkt husband..selamat menikmati keindahan awal pagi..

    ReplyDelete
  19. Cantiknya pemandangan semua tu Ujie...bunga morning glory..SA suka tengok sekarang duduk bandar susah nak jumpa

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****