Monday, 10 November 2025

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi

Beberapa tahun lalu, saya dan Encik Suami pernah makan di FLOW Smoke & Brew yang terletak di Kg. Chubadak, Kuala Lumpur - entrinya DI SINI.

Kemudian menerusi perkongsian sahabat blogger Ily pada bulan lepas, barulah saya tahu FLOW Smoke & Brew sudah pun membuka cawangan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Menarik!

Kebetulan minggu lepas kami menginap selama tiga malam di Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi - bolehlah mencuba makan di FLOW BANGI Smoke & Brew yang terletak di Bangi Gateway. Dekat je. Kami ke sini pada waktu senja, selepas Encik Suami balik kerja. 

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Senang nak kenal pasti restoran ini - di hadapan kedai ada alat salai dan susunan kayu api di rak. Ia bukan sekadar hiasan tapi digunakan untuk memasak daging dengan cara salai. Jadi, hasilnya memang tak mengecewakan - daging lembut dan berjus.

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Rupa bahagian dalam restoran. Dekorasi menarik dan suasana yang cukup selesa untuk kita menikmati hidangan.

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Pesanan makanan dibuat dengan cara imbas kod QR. Saya screenshot sebahagian menu sebagai rujukan. Buku menu turut disediakan, bolehlah membelek dengan lebih puas mata berbanding membelek menu pada skrin.

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Smoked Lamb Ribs
Macam biasa, kami pilih menu berbeza supaya boleh berkongsi merasa makanan berlainan. Pilihan saya Smoked Lamb Ribs / RM54.90 dan Encik Suami pula memilih Smoked Beef Back Ribs / RM99.90 (tiada foto). Menariknya di sini, pelanggan juga diberi pilihan side dish sama ada mahu mashed potato, steakhouse fries atau waffle fries.

Mana satu lebih sedap? Kami sepakat - Smoked Lamb Ribs lebih sedap, lebih lembut. Recommended!

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Minuman saya - soda lemon asamboi / RM10.90.

Hari esoknya, sekali lagi kami ke sini untuk makan malam. Kali ini kami memesan tiga jenis makanan - mushroom soup, steakhouse fries dan nasi goreng kambing.

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Mushroom soup rasa sedap, cuma ia terlalu pekat. Saya kurang suka tekstur begini. Steakhouse fries dengan tiga jenis sos pencicah tu memang sedap. Nasi goreng kambing (tiada foto) pun sedap sesuai dengan cita rasa kami.

Alhamdulillah…senang hati dapat makan sedap di tempat yang selesa begini. Cuma mungkin perlu ditambah baik cara servis oleh pelayan - ianya hal-hal kecil yang memberi nilai tambah pada sesebuah perniagaan.

***********************************

FLOW BANGI Smoke & Brew
D-7-G, Bangi Gateway,
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Waktu operasi :
Selasa - Jumaat | 4 petang - 11 malam
Sabtu  | 12 tengah hari - 11 malam
Ahad | 12 tengah hari - 10 malam
Tutup | Isnin

Lihat menu penuh -> DI SINI






12 comments:

  1. Mushroom soup memang nampak sangat pekat.
    Tak apalah, yang penting boleh diterima tekak.

    ReplyDelete
  2. Sup kalu pekat memang kurang samaaa la ciknur ni
    Soda lemon asam boi nmpkkk sedapp

    ReplyDelete
  3. Tak suka jugak sup terlalu pekat. Nampak sedap semua tu. Ruang makan selesa & cantik.

    ReplyDelete
  4. Kalau daging salai, mesti ambil masa lama untuk masak. Tapi rasa smoky tu memang sedap. Wah... harga bapakkk...

    ReplyDelete
  5. Dekat sgt dgn rumah ayah mertua ni... Boleh terjah sekali sekala huhuu

    ReplyDelete
  6. Sedapnya menu² pilihan, datang dua kali untuk mencuba menu yang berbeza. Menarik dan cantik tempatnya tu, jika ke Bangi boleh singgah ni.

    ReplyDelete
  7. Mushroom soup tu nampak sedap dengan warna agak gelap tak macam biasa. Cuma agak pekat ya. Menu semua sedap ni

    ReplyDelete
  8. Aduh, rugi takde foto makanan RM99 tu hihi... Gurau² je tau PU 😁

    ReplyDelete
  9. oh duduk belah luar ke, patut selalu tak perasan.
    boleh masuk dalam list ni :D

    ReplyDelete
  10. uittt boleh masuk dalam list ni.. kekadang klu ke bangi x tau nak makan kat mana

    ReplyDelete
  11. Nampak pun dah sedap...apa lagi kalau dapat makan...hihihi
    Kalau makan macam ni memang ngam dengan minuman bersoda & berlemon tu

    ReplyDelete
  12. Soup tu nampak cantik je texture dia... Uncle tak suka kalau cair sangat

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****