CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 -14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Jalan-jalan di Wuhua District, Kunming
▶ KUNMING CHANGSHUI AIRPORT
Kami tiba di Kunming Changshui Airport pada pukul 4 petang. Tiada pemeriksaan keselamatan di pintu masuk lapangan terbang. Ini jauh berbeza dengan pengalaman kami sewaktu memasuki bangunan Terminal 2, Guangzhou Baiyun Airport pada September 2024 - entrinya DI SINI.
Kunming Changshui Airport.
Penerbangan kami ke Nanjing menaiki pesawat China Eastern Airlines. Buat pertama kali, dapat tempat duduk Kelas Pertama. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya menaiki pesawat China Eastern Airlines.
Kami menaiki airport tram untuk ke pintu pelepasan di Gate 314.
▶ TERBANG DARI KUNMING KE NANJING DENGAN CHINA EASTERN AIRLINES
Kelebihan pemegang tiket Kelas Pertama, dapatlah kami jadi orang terawal menaiki pesawat. Tak perlu beratur panjang bersama penumpang lain.
Begini rupa tempat duduk kami - dilengkapi dengan bantal kecil, selimut dan selipar. Sayang sekali, ini hanya penerbangan jarak dekat yang mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit - tak sempat nak tidur.
Saya duduk di tepi jendela pesawat, di barisan kedua. Selain kami berlima di ruangan ini, ada seorang penumpang lelaki yang lebih berusia duduk di hadapan saya.
Pesawat kami berlepas kira-kira pukul 6.10 petang.
Selamat tinggal Kunming!
Pramugari berpakaian warna hitam menghulurkan buku menu untuk kami buat pilihan minuman dan makanan.
Minuman kami - jus oren dan air kopi. Pilih makanan yang diyakini halal - salad dan buah.
Masya Allah…pemandangan yang menakjubkan hamparan awan dan bulan penuh.
Pemandangan udara ketika pesawat menghampiri Nanjing - ibu kota wilayah Jiangsu.
Alhamdulillah kira-kira pukul 8.25 malam pesawat kami selamat mendarat di Nanjing Lukou Airport. Satu lagi pengalaman baru buat saya apabila menjadi penumpang pertama keluar dari pesawat. Dapatlah saya menyaksikan prosedur bagaimana pramugari nak membuka pintu pesawat. Selalunya saya jadi antara orang terakhir keluar, tapi kali ini jadi penumpang hadapan kenalah keluar awal.
Sebaik kaki melangkah keluar dari bangunan lapangan terbang, udara terasa begitu sejuk dengan suhu 11℃. Kumpulan kami menaiki sebuah teksi MPV menuju ke hotel penginapan yang terletak di Liyang.
▶ MAKAN MALAM DI LANZHOU BEEF NOODLES, LIYANG
Perjalanan dari Nanjing ke Liyang Marriot Hotel mengambil masa kira-kira 50 minit. Selesai urusan daftar masuk dan letak bagasi di bilik, kami berkumpul kembali untuk makan malam di sebuah kedai makan halal berhampiran hotel.
Lokasi kedai makan tersebut terletak di deretan kedai seberang jalan. Boleh jalan kaki dari hotel. Tak susah nak melintas jalan di sini, tak banyak kenderaan lalu.
Bangunan Liyang Marriot Hotel, foto dirakam dari seberang jalan. Suasana malam di sini kelihatan indah dengan kehadiran bulan purnama menghiasi langit gelap.
Lanzhou Beef Noodles. Ada logo bulat berwarna hijau dengan lambang masjid dan aksara Cina 清真 qingzhen - terma yang digunakan untuk makanan halal.
Kedai makan ini diusahakan oleh sepasang suami isteri. Mereka berdua saja tanpa ada pembantu. Tambah kagum saya apabila mengetahui kedai ini dibuka dari awal pagi sehingga lewat malam. Suami uruskan kedai waktu siang dan isterinya uruskan waktu malam - semua kerja bermula ambil pesanan, memasak sehingga mengemas meja hanya seorang diri. Fuh!
Eh, macam mana saya tahu? Tentulah sebab kawan Cina kami yang berbual dengan pemilik kedai ini. Kebetulan malam ini mereka berdua ada di kedai - suami bantu isteri. Kedua-duanya nampak mesra berbual dengan kawan Cina. Seronok sungguh kan kalau tak ada halangan komunikasi, boleh berbual banyak hal.
Sedap mi tarik ni tau. Cuma, itulah…garpu plastik pakai buang yang dibawa dah terpatah. Jadinya Encik Suami seorang jelah yang dapat menikmati mi tarik dengan menggunakan chopsticks.
Minuman kami. Beli satu kongsi berdua.
Kami masuk kedai buah di sebelah kedai makan. Seronok tengok pelbagai jenis buah tersusun rapi.
Kira-kira pukul 11 malam, kami balik ke bilik penginapan. Alhamdulillah dapat berehat dengan selesa setelah seharian ke sana ke sini. Sebelum tidur, saya check suhu semasa dan waktu solat di sini. Kena set alarm supaya tak terlepas waktu Subuh.















Terliur plak SA tengok mi tarik ada beef tu...dapnyaa...dah la SA ni memang suka noodles....
ReplyDeleteNampak simple, tapi sedap!
DeleteSedapnya mi daging tu......hirup kuah panas2 menyegarkan....
ReplyDeleteMemang sesuai sangat hirup sup panas sebab masa ni udara di Liyang sejuk.
DeleteKalu ciknur pun nmpk buah2 tu terliurrr🤭
ReplyDeleteSaya dah penat sangat agaknya, cuma suka tengok tak rasa nak beli 😄
DeleteWahhhh durian pun ada tu. Berapa la agaknya harga kat sana.
ReplyDeleteTak nampak pulak tanda harganya.
DeleteAda juga buah durian dijual di sana
ReplyDeletetentulah mahal harganya.
Mungkinlah…nak tanya harga segan pulak sebab tak membeli.
DeleteTidak penat suami isteri buka pagi sampai lewat malam.
ReplyDeleteAgaknya tiada cuti/kedai tutup?
Itulah…terkejut bila tahu.
DeleteLupa pulak nak tanya kedai tutup hari apa.
pilihan menu selamat ye Ujie, salad dan buah.. menarik catatan perjalanan Ujie kak ana baca :)
ReplyDeleteBanyak pilihan, tapi nak selamat tanpa perlu bertanya lanjut kami pilih salad dan buah ajelah 😄. Terima kasih kak Ana sudi baca.
DeleteMi tarik sedap nya. View dari atas flight memang cantik kan Subhanallah
ReplyDeleteMacam berada di alam lain 😀
DeleteLawanya gambar awan dan bulan penuh tu. Sejuk betul suhu sana. 9°Celcius saja. Burrr...
ReplyDeleteItulah…rupa-rupanya lebih sejuk berbanding di wilayah Yunnan.
DeleteUntuk jimatkan kos operasi agaknya ye tak ambil pekerja tu...
ReplyDeleteDurian tu mesti harga kayangan kan
Mungkinlah, boleh kurangkan kos.
DeleteSaya belek jugak, tapi tak nampak tanda harga.
pengalaman sama naik flight, biasanya masuk saya bukan di antara orang yang awal.. dan yang pastinya saya di antara yang akhir keluar.. hehe
ReplyDeleteBila duduk hujung, malas nak berebut keluar. Kita tunggu jelah kan orang lain keluar dulu 😄
DeleteAduhai, patah pulak la sudunya. Kena belajar la ni makan guna chopsticks sebab Ujie selalu ke sana.
ReplyDeleteHahaa…takdelah selalu SK. Baru kali ke-dua pergi ikut suami hal kerja. Kat rumah dah lama beli chopsticks, tapi bila entah nak belajar sampai mahir 😄
DeleteMee tarik dorang memang simple jer kan ..tapi selalunya memang sedap kan....
ReplyDeleteEh,Ujie tak beli durian ke🤭🤣
iya, simple je. Tengok rupa tak nampak sedap. Tapi memang sedap, hampir setiap kali makan kami mesti pilih mi tarik.
Deletecantik tgk view bila dpt seat dlm flight tepi tingkap...tk syok bila dpt garfu platik nk mkn mi tarik tu
ReplyDeleteGarpu bawa sendiri, kedai cuma ada chopsticks 😅
DeletePerasan ada buah durian juga. Agaknya berapalah harga sebiji durian dekat sana ya
ReplyDeleteTak nampak tanda harga, tak tahu berapa harganya.
DeleteOh? Ada selipar disediakan? Tak pernah jumpa cam tu
ReplyDeleteAgaknya sebab tiket Kelas Pertama, ada sediakan selipar macam selipar hotel tu.
DeleteNaik kelas pertama tu, business class ke Kak Ujie? Saya tak pernah lagi try China Eastern ni. Dieorang ada pilihan makanan halal ke dalam flight?
ReplyDeleteTak pastilah, akak pun tertanya juga apa beza First Class dengan Business Class. Tapi nampaknya dalam flight ni cuma ada First Class seat.
DeleteBab makanan halal pun akak tak tahu sebab tiket domestic pihak di China uruskan 😄
Bestnyerr
ReplyDeleteAlhamdulillah…best la jugak dapat tengok tempat orang 😄
Deletetrip kak ujie ni pergi ke kunming dan nanjing sekaligus ke?
ReplyDeletehebatnya suami isteri tu, buka kedai dri pagi sampai malam. berapa jam jelah dapat rehat kan, dgn takde pekerjanya..
Iya, Kunming di wilayah Yunnan dan Nanjing di wilayah Jiangsu. Pergi dua wilayah.
DeleteItulah…kagum sungguh dengan semangat mereka berdua.
semua kerja bermula ambil pesanan, memasak sehingga mengemas meja hanya seorang diri.
ReplyDeletetuuuu diaaaa... nak berjimat ke ni? ;-)
teringat sy ada 1 resto cina kat wangsa maju tp diorg ni dr xinjiang. mcm ni laa... laki bini je yg buat keje dlm restoran tu. sudahnya, nk dpt kan mknn hampir sejam! dah laa kami dtg 1 rombongan cik kiah...
Adoiilah...sejam tu terlalu lama 😅
DeleteKedai yang kami pergi ni tak perlu tunggu lama walaupun setiap kali order mi tarik, dia kena uli tarik doh tepung. Agaknya sebab tak ramai pelanggan.